Monday, 4 February 2019

GEORGIUS THIODORIUS – Panglima Tentera Rom yang Syahid

Pernahkah mendengar nama Georgius Thiodorius
Beliau adalah seorang Jenderal Tentera Romawi yang sangat hebat dan juga saudara kepada Kaisar Rome , Heraclius. 
Dalam Perang Yarmuk, tentera Romawi berjumlah 240,000 orang manakala tentera Islam di bawah pimpin Khalid ibn Walid yang dikenali dengan panggilan “PEDANG ALLAH” hanya berjumlah 40,000. 
Sebelum perang dimulai Georgius ingin mengetahui kemampuan dan kehebatan Khalid ibn Walid yang sering diwawarkan oleh tentera-tentera Romawi. Ia begitu ingin tahu siapa sebenarnya panglima yang mendapat julukan “Pedang Allah”, apakah benar Khalid mendapatkan pedang secara langsung dari Allah?

Lalu bagaimana wujud pedang itu sehingga membuat kemenangan selalu berada ditangannya. Hingga Georgius pun maju dan memanggil Khalid, maka Khalid pun maju ke hadapan bertemu dengan Georgius. Maka Georgius pun bertanya apakah benar khalid mendapatkan pedang dari Langit? Lalu Nabimu (Muhammad saw.) memberikan kepadamu (khalid)? Sehingga dalam setiap peperangan engkau selalu beroleh kemenangan?
Maka khalid pun menjawab hal itu adalah tidak benar.
Khalid mengatakan kepada Georgius, "Dahulu kaumku didatangi seorang nabi, dan ia menyeru kepada kaumku, sebahagian ada yang membenarkan dan sebahagian lagi mendustakan, maka dikala itu akupun turut mendustakannya, sehingga Allah memberikan hidayah kepada kaumku, termasuklah aku. Dan aku turut serta dalam setiap peperangan yang dipimpin oleh Baginda.....sehingga Rasulullah saw.telah memberiku julukan “pedang Allah” kepada ku.
Jawapan yang jujur dan rendah hati Khalid, serta lembah lembutnya membuatkan Georgorius semakin kagum. Bagaimana mungkin seorang panglima besar yang terkenal handal memiliki sifat yang lembut dan rendah hati, kecuali karena keyakinannya kepada agamanya yang begitu dalam.
Maka Georgius terus bertanya kepada Khalid semakin mendalam, dan Khalid menjawabnya dengan kejujuran dan keterangan yang masuk akal. Georgius pun semakin kagum dan tertarik kepada agama khalid, maka kejadian yang menggemparkan terjadi dimana Georgius mencampakkan senjatanya, dan meminta Khalid mengajarnya tentang Islam. Sungguh diluar dugaan, hidayah Allah turun kepada Jenderal tentera Romawi itu. Maka Khalid pun membawa Georgius masuk ke dalam barisan tentera Islam untuk belajar islam.
Dimulakan dengan bersuci dan bersolat 2 rakaat, karena dalam suasana pertempuran hanya itu yang dipelajari oleh Georgius, dan hanya itu sahajalah amal ibadah yang dilakukan Georgorius dalam islam.
Namun keimanan yang sudah menebal dalam hati Georgius, Georgius pun berganti pakaian dan berdiri bersama pasukan tentera Islam. Hal ini membuatkan tentera Romawi menjadi gempar. Dalam pertempuran itu tentera Islam beroleh kemenangan yang besar kerana di barisan tentera Islam telah ada 2 orang Panglima yang hebat iaitu Khalid ibn Walid dan Georgius Thiodorius yang baru memeluk Islam.
Inilah hidayah Allah swt, tak mengenal siapa dia, ketika Allah menurunkan hidayah kepada seorang hamba maka tak seorang pun yang dapat menghalanginya.
Georgius yang baru sahaja memeluk Islam dan hanya bersolat 2 rakaat mendapat syahid dalam pertempuran itu….. ALLAHU AKBAR….SESUNGGUHNYA HIDAYAH ITU MILIK ALLAH….

No comments: