Tuesday, 25 December 2018

NOTA ILMU : AL-KITAB (SEJARAH DAN KEYAKINAN)

1. Kitab itu ada 2 iaitu:
  • Kitab Samaawi (Samaawiyyah) - kitab-kitab yang datang dari Allah s.w.t. , manakalal kitab yang berbentuk hilaian dan isinya tidak lengkap disebut "Suhuf", Contoh kitab Samawi : Al-Quran, Taurat, Injil dan Zabur
  • Kitab Duniawi - kitab- kitab agama hasil gubahan atau rekaan ahli agama dan bukan dari Allah s.w.t. 
2. Al-Quran menyebut perkataan kitab sebanyak 260 kali. 
3. Kesemua Kitab-Kitab Samaawi diturunkan dalam bulan Ramadan :
  • Suhuf Nabi Ibrahim a.s.  - awal Ramadan
  • Taurat diturunkan kepada Nabi Musa a.s. - 6 Ramadan
  • Zabur diturunkan kepada Nabi Daud a.s - 8 Ramadan
  • Injil diturunkan kepada Nabi Isa a.s. - 13 Ramadan
  • Al Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. - 17 Ramadan. 
4. Kitab Taurat diturunkan dalam bahasa Ibraani, Kitab Zabur diturunkan dalam bahasa Suryaani, Kitab Injil diturunkan dalam bahasa Ibraani dan Al Quran diturunkan dalam bahasa Arab. 
5. Jumlah kitab-kitab Allah itu adalah sebanyak 104 buah iaitu :
  • 4 buah kitab Besar - Al Quran, Taurat, Zabur dan Injil. 
  • 50 buah suhuf kepada Nabi Syiith a.s. 
  • 30 buah suhuf kepada Nabi Idris a.s.
  • 10 buah suhuf kepada Nabi Ibrahim a.s.
  • 10 buah suhuf kepada Nabi Musa a.s. 
6. Perbezaan Kitab-Kitab Allah:

Nama      Erti             Penerima            Bahasa       Tempat      Umat
Taurat      Bacaan        Nabi Musa a.s.      Ibraani        Bkt Tursina   Bani Israel
Zabur       Pendidikan   Nabi Daud a.s.      Suryaani     Palestin        Bani Israel
Injil          Pengembira  Nabi Isa a.s.         Ibraani       Palestin        Bani Israel
Quran       Bacaan        Nabi Muhammad   Arab           Mekkah        semua umat
                                  s.a.w

7. Kesemua kitab diatas digelar "AL-KITAB" (Kitab-kitab Allah dari langit). Bila disebut "Ahlu Al-Kitaab" (Ahli Kitab) merujuk kepada pemegang kitab-kitab sebelum Al Quran iaitu Yahudi (Zabur dan Taurat) dan Nasrani (Injil). Kesemuanya terkenal dengan gelaran "Bani Israel". 

KITAB TAURAT dan Penyelewangannya
1. Dikurniakan kepada Nabi Musa a.s. pada 1716 S.M. 
2. Perkataan "Taurat" diambil dari kata "Tuuraa" dalam bahasa Ibriyyah yang bermaksud "Qaanuun" (Undang-undang). 
3. Kitab Taurat diturunkan sekali gus kepada Nabi Musa a.s. ketika baginda bermunajat di Pergunungan Tursiina (Sinai) di utara Laut Qalzum (Laut Merah) dalam bahasa Ibraani atau Hebrew, iaitu rumpun bahasa Semit (Sam bin Nuh a.s.). juga merupakan bahasa Pertuturan Nabi Ibrahim a.s. 
4. Dalam Kitab Perjanjian Lama (Old Testament) dikatakan wujud 10 Hukum dalam Taurat Nabi Musa a.s. (10 Commandment) iaitu :

  • Hukum berkenaan Najis
  • Hukum berkenaan haid dan nifas
  • Hukum berkenaan bersuci
  • Hukum berkenaan berkhitan
  • Hukum berkenaan kahwin dan cerai
  • Hukum berkenaan zakat
  • Hukum berkenaan qurban
  • Hukum berkenaan pusaka
  • Hukum berkenaan riba
  • Hukum Halal dan Haram.
5. Kitab Taurat yang ada pada zaman ini bukanlah Kitab Taurat asal yang kita diperintahkan untuk beriman kepadanya (seperti disebut dalam Al Quran). Kitab yang ada sekarang ini telah diubah oleh pendeta-pendeta Yahudi selepas kewafatan Nabi Musa a.s. 
6. Tokoh-tokoh agama Yahudi tidak memelihara kitab Taurat yang asal diturunkan Allah s.w.t, mereka menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah s.w.t dan mengharamkan apa yang dihalalkan Allah s.w.t. 
7. Taurat yang ada pada orang Yahudi sekarang ini mempunyai naskah yang berbeza-beza iaitu:
  • Taurat yang menjadi pegangan orang Yahudi - 24 bahagian
  • Taurat yang menjadi pegangan orang Kristian - 39 bahagian
  • Taurat kaum Saamiriy (Taurat Samaria)
8. Kitab Taurat sekarang telah dimasukkan ke dalam suatu nama yang baru iaitu "Kitab Perjanjian Lama" (Old Testament). 
9. Kitab Taurat kini juga dibahagi kepada 4 kitab:
  • Taurat Musa - Pentateuch (Kitab yang 5 Bahagian)
  • Safar Sejarah (Neviim)
  • Safar Doa dan Syair  (Ketuviim)
  • Safar Nabi-Nabi. 
10. TAURAT MUSA dikenali dengan "Kitab yang 5 Bahagian" iaitu:
  • Book of Genesis (Kitab Kejadian)
  • Book of Exodus (Kitab Keluaran)
  • Book of Leviticus (Kitab Imaamat orang Lewi)
  • Book of Numbers (Kitab Bilangan)
  • Book of Deutronomy (Kitab Ulangan)
11. Disamping kitab Taurat, Kaum Yahudi mempunyai beberapa kitab Suci lagi, iaitu :
  • Talmud - Tafsiran Kitab Taurat, terbahagi 2 iaitu Talmud Yerushalmi (Jerusalem) dan Talmud Balvi (Babylon). Terdapat 2 Bahagian utama Kitab Talmud iaitu Mishnah dan Gemara.
  • Tanakh - Perkataan 'Tanakh' diambil daripada huruf awal 3 kitab suci Yahudi iaitu Taurat, Nevi'im dan Ketuvim. 

KITAB ZABUR
1. "Az-Zabuur" kitab yang diturunkan kepada Nabi Daud a.s. dalam bahasa Suryaani iaitu bahasa orang-orang Syam (Syria). 
2. Diturunkan pada 20 Ramadan. 
3. Kitab Zabur tidak mengandungi hukum-hukum syariat (perundangan) kerana Nabi Daud a.s. disyariatkan oleh Allah s.w.t mengikuti Syariat Nabi Musa a.s. dan umat Nabi Daud a.s. juga disyariatkan supaya berpegang kepada syariat Kitab Taurat. 
4. Kitab Zabur juga telah diselewangkan oleh pendeta mereka. 
5. Kitab Zabur juga dikenali dengan nama "Mazmur" dalam Kitab Perjanjian Lama. 
6. Orang Inggeris menyebut Zabur dengan nama "Psalms", Orang Belanda menyebutnya "Psalmen" dan dalam bahasa Ibraani disebut "Tehellim".

KITAB INJIL dan penyelewengannya
1. Diturunkan kepada Nabi Isa a.s. sekali gus dalam bahasa Ibraani / Aramia.
2. Kata Injil dalam bahasa Yunani ialah "Evagelion", dalam bahasa Romawi ialah "Evangelium", dalam bahasa Belanda ialah "Evangelie" dan dalam bahasa Inggeris ialah "Gospel" yang bererti "Berita Gembira". 
3. Seperti juga Taurat dan Zabur, Kitab Injil yang asal sudah tiada lagi dan telah digubah oleh Pendeta-pendeta Nasrani. 
4. Pemegang Kitab Injil disebut "Nasraani" atau "Nasara" dan juga "Kristian". Perkataan "Nasara" terbit dari kata "An-Naasirah" (Nazaret) iaitu nama tempat Nabi Isa a.s. menyebarkan ajarannya. 
5. Agama Masehi Nabi Isa a.s. telah diselewengkan oleh pendeta yang bernama Paulus.  Paulus sendiri tidak pernah berjumpa atau melihat Nabi Isa a.s. 
6. Sahabat Paulus yang bernama Barnaba tidak menyetujui tindakan Paulus merubah kitab Injil. Beliau kemudian menulis sebuah kitab Injil yang dinamakan "Injil Barnabas". Kitab Injil Barnabas ini ditolak sepenuhnya oleh pengikut - pengikut Paulus dan sehingga kini tidak dibenarkan digunakan di dalam gereja-gereja Kristian kini, kerana Injil Barnabas membawa ajaran yang diterima terus dari Nabi Isa a.s. 
7. Ajaran Kristian kini berpegang kepada fahaman "Trinity", iatu kesatuan yang 3 iaitu Tuhan, Isa dan Roh al Qudus.  Fahaman ini dimulakan oleh Maharaja Rom di Konstatinople pada 389 Masehi. Fahaman Trinity ini menyamai Ajaran Trimurti agama Hindu iaitu gabungan Tuhan Brahma, Vishnu dan Syiwa. Juga menyamai ajaran Trinity orang Parsi iaitu Ormudz, Ahriman dan Mithras. 
8. Injil Kristian kini bukanlah injil asal yang diturunkan kepada Nabi Isa a.s.  Injil Kristian yang diakui oleh orang-orang Kristian kini ada 4 Injil iaitu :
  • Gospel of Matthew - ditulis oleh Matius antara tahun 60-66 Masehi dalam bahasa Yunani (Greek). 
  • Gospel of Mark - ditulis oleh Marcus dalam tahun 69 Masehi dalam bahasa Yunani. 
  • Gospel of Luke - ditulis oleh Lukas  antara tahun 58 - 60 Masehi dalam bahasa Yunani. Lukas adalah anak murid Paulus dan Gospel of Luke banyak dipengaruhi oleh Paulus. 
  • Gospel of John - (Johannes / Yahya) ditulis oleh Yohannes pada tahun 64 Masehi.   
          (Keempat-empat Kitab diatas ditulis setelah Nabi Isa a.s. diangkat ke  Langit, malah empat penulis tersebut tidak pernah bertemu Nabi Isa a.s.)

9. Kitab-kitab Samaawi ini telah dirubah oleh tangan manusia dan diberikan dengan nama baru iaitu :
  • Kitab Perjanjian Baru (New Testament)  - Kitab Injil dihubungkan dengan dengan Risalah Rasul-Rasul (Murid-murid Nabi Isa a.s.) disebut "Surat Kiriman Rasul". 
  • Kitab Perjanjian Lama (Old Testament) - Kitab Taurat dihubungkan dengan Kitab  Zabur. 
10. Kumpulan antara Kitab Perjanjian Lama dan Kitab Perjanjian Baru ini kemudian digabungkan dan kini dikenali dengan nama "Bible"

Nota: 
Perkara yang sama juga berlaku kepada Kitab Agama Hindu. Pada asalnya Kitab Agama Hindu hanya ada 4 Buah Veda sahaja iaitu Rig-veda, Yajur-veda, Sama-veda dan Atharva-veda. 
Kemudian pendeta-pendeta agama Hindu menambah lagi dengan kitab Brahmana, Upanishad, Ramayana dan Mahabharata dan terakhir sekali ditambah lagi dengan Kitab Purana

11. Kristian bermazhab Katholik mempunyai kitab yang lebih banyak daripada kristian bermazhab Protestant dan Orthodok. 

KITAB PERJANJIAN BARU DAN KITAB PERJANJIAN LAMA
1. Kitab Bible yang berada pada orang Kristian kini terbahagi pula kepada Kitab Perjanjian Lama (yang juga kitab suci orang Yahudi) dan Kitab Perjanjian Baru (kitab yang diterbitkan oleh Gereja Nasara Kuno). 

2. Kitab Perjanjian Lama  - 39 kitab kesemuanya (diturunkan sebelum kedatangan Nabi Isa a.s. )

Pentateuch (kelima kitab Musa) - 5 kitab
Genesis, Exodus, Leviticus, Numbers dan Deutronomy

Kitab-kitab Sejarah - 12 kitab
Yosua, Hakim-hakim, Rut, 1 Samuel, 2 Samuel, 1 Raja-Raja, 2 Raja-Raja, 1 Tawarikh, 2 Tawarikh, Ezra, Nehemia, Ester.
Puisi - 5 kitab
Ayub, Mazmur, Amsal, Pengkhotbah, Kidung Agung
Nubuat - 17 kitab
Nabi-nabi besar - Yesaya, Yeremia, Ratapan, Yehezkiel, Daniel
Nabi-nabi kecil   - Hosea, Yoel, Amos, Obaja, Yunus, Mikha, Nahum, Habakuk, Zefanya, Hagai, Zakharia, Maleakhi.

3. Kitab Perjanjian Baru - 27 kitab semuanya. 

  • Kitab-kitab sejarah - Matthew, Mark, Luke, John dan Act
  • Surat-surat Paulus - Roman, 1 Corinthians, 2 Corinthians, Galatians, Ephesians, Philippians, Colossians, 1 Thessalonians, 2 Thessalonians. 1 Timothy, 2 Timothy, Titus, Philemon
  • Surat-surat non Paulus - Hebrew, James, 1 Peter, 2 Peter, 1 John, 2 John, 3 John, Jude, Revelation
4. Perjanjian Lama Kaum Katholik mempunyai 46 kitab manakala Kitab Perjanjian Lama Kaum Protestant hanya mempunyai 39 Kitab. 

5. Kitab Bible dalam bahasa Inggeris kini adalah:
  • King James Version (1611 M)
  • Revised Standard Version (1952)
  • The Yerusalem Bible (1966)
  • New English Bible (1970)
  • New American Bible (1970)
  • New American Standard Bible (1971)
  • The Living Bible (1966)
  • The Holy Scripture (1917)
  • New Testament in Modern English (1958)
  • Today's English Version (1966)
  • New International Version (1973)
Rujuk Wikipedia untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Bible:

INJIL BARNABA
1.Kitab Injil Barnaba ialah kitab Injil yang mendekati Injil Nabi Isa a.s. yang asal dan juga mendekati kitab suci Al Quran
2. Kitab ini ditemukan di Kota Paris tertulis dalam bahasa Itali. 
3. Kitab ini tidak diakui oleh Umat Kristian dan gereja-gereja di Barat bilamana kandungannya berbeza dengan Injil-Injil yang lain, malah ianya lebih mendekati Kitab Al Quran. 
4. Kitab ini ditulis oleh St. Barnabas, dimana melalui beberapa sumber yang didapati beliau dikatakan adalah seorang dari 12 Murid Nabi Isa a.s. yang disebut Hawariyyun. Beliau juga adalah adalah guru kepada Markus (penulis Gospel of Mark). 
5. St Barnabas gagal menyekat Paul of Tarsus (Paulus) yang telah menyeleweng kan kitab Injil Nabi Isa a.s. menyebabkan beliau mengambil keputusan menulis kitab Injil Barnabas untuk menyatakan kebenaran ajaran Nabi Isa a.s.
6. Kitab Injil Barnaba menyebut "Muhammad" dengan kata-kata yang jelas sebagai utusan yang ditunggu. 

NASKAH QUMRAAN (DEAD SEA SCROLL)
1. Naskah Qumraan (Dead Sea Scroll) ditemui di Jordan, tidak jauh dari Laut Mati disebuah gua di Lembah Qumraan oleh 2 orang gembala pada tahun 1947. 
2. Naskah ini tergolong dalam Kitab Perjanjian Lama. Kandungannya mendekati Injil Barnaba dan mendekati dengan kebenaran Al Quran. 
3. Naskah ini lebih tua dari kitab Injil yang ada sekarang ditulis dalam bahasa Ibraani dan Aramia. 
4. Naskah ini amat berbeza dengan Kitab Injil yang ada sekarang, para pengkaji Barat yang meneliti Naskah ini mendapati ianya adalah lebih asli dari Kitab Injil yang ada ditangan orang-orang Kristian sekarang. Mereka mengatakan bahawa Kitab Bible sekarang telah banyak mengalami perubahan tangan manusia. 

KITAB AL QURAN
1. Kitab Al Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Jibril a.s. di Gua Hira, Mekkah pada 17 Ramadan. 
2. Kata "Qur'an" dalam bahasa Arab bererti "Bacaan". 
3. Al Quran diturunkan dalam tempoh 22 tahun, 2 bulan dan 22 hari di Mekkah (ayat Makkiyyah) dan di Madinah (Ayat Madaniyyah).
4. Al-Quran mengandungi sebanyak 114 surah dengan 6236 ayat. Ia mencakupi 30 juzuk di mana setiap juzuk terbahagi kepada 2 hizb (bahagian). Oleh itu sebanyak 60 hizb terkandung di dalamnya.
5. Terdapat 2 kumpulan surah dalam Al-Quran:
  • Surah Makiyyah (diturunkan di Mekkah sebelum Hijrah) sebanyak 86 surah.
  • Surah Madaniyah (diturunkan di Madinah selepas Hijrah) sebanyak 28 surah.
6.  Setiap surah dimulai dengan kalimah Bismillah kecuali surah at-Taubah, manakala surah An-Naml mengandungi 2 Basmalah.
7.  Surah yang terpanjang adalah Surah Al-Baqarah iaitu 286 ayat. Surah yang terpendek ialah Surah Al-Kautsar mengandungi 3 ayat. Manakala Surah al-Ikhlasadalah satu-satunya surah yang didalamnya hanya ada satu baris kasroh.
8.  Terdapat 29 surah dimulakan dengan huruf Muqathaiah (Thahaa, Yaa Sin, Shad, Qhaf, Alif Lam Miim dan lain-lain).
9. Terdapat 15 surah dalam Al-Quran terkandung di dalamnya Ayat Sajadah yang dihukumkan sunat muakkad untuk melaksanakan Sujud Tilawah ketika sampai pada bacaan ayat tersebut.
10.   Bilangan setiap pasangan perkataan disebut sama rata, contoh:
a.      Dunia disebut 115 kali dan akhirat juga disebut sebanyak 115 kali.
b.      Syurga (77 kali) dan Neraka (77 kali)
c.      Malaikat (88 kali) dan Syaitan (88 kali)
d.      Hidup (145 kali) dan mati (145 kali)
e.      Faedah (50 kali) dan rugi (50 kali)
f.       Lelaki (24 kali) dan perempuan (24 kali).
g.      Perkataan Bulan disebut sebanyak 12 kali manakala hari disebut           sebanyak 395 kali (bersamaan dengan kiraan bulan dan hari).
11. Nabi Musa a.s adalah nama yang paling banyak disebutkan, manakala Maryam adalah satu-satunya nama perempuan yang disebut dalam Al-Quran.

Credit : Hj Zulheimy bin Maamor
25 Disember 2018 : 8.55 pagi







No comments: