Tuesday 24 July 2018

2018 - MQA PUTRAJAYA

PROGRAM : WORKPLACE
TEMPAT : AKADEMI KELAYAKAN MALAYSIA, PUTRAJAYA
TARIKH : 24 - 26 JULAI 2018





Program Pemeriksaan Kesihatan di Akademi Kelayakan Malaysia (MQA) kali ini dijalankan di pejabat baru mereka di Jalan Teknokrat 7, Cyber 5, Cyberjaya. Sebelum ini program di MQA dijalankan di Jalan Yong Shook Lin, Petaling Jaya. 

Perjalanan dari pejabat Yayasan Jantung Malaysia di Jalan Semarak ke Cyberjaya adalah sejauh 36 km dan mengambil masa lebih kurang 36 minit. 

Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) sebelum ini dikenali sebagai Lembaga Akreditasi Negara (LAN), telah ditukar kepada nama sekarang setelah Kerajaan memutuskan  untuk menggabungkan LAN dengan Bahagian Jaminan Kualiti, Kementerian Pengajian Tinggi (BJK, KPT) pada 21 Disember 2005. Ianya menjadi sebuah entiti baru yang bertanggungjawab ke atas jaminan kualiti pengajian tinggi bagi sektor awam dan swasta. 
MQA bertanggungjawab melaksanakan Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) dalam menjamin kualiti pengajian tinggi di negara ini. 


Cyberjaya dibangunkan daripada ladang kelapa sawit seluas 2,890 hektar terletak di daerah Sepang, Selangor. Cyberjaya berada kira-kira 50 km di selatan Kuala Lumpur, bersebelahan Putrajaya. Ianya diasaskan sebagai bandar pintar mengikut konsep Silicon Valley di Amerika Syarikat. 
Bandar ini telah dirasmikan pada Mei 1997 oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad. 





No comments: