Wednesday, 30 May 2018

UTHMANIYAH BANKRAP KERANA PERJANJIAN DAGANGAN ANTARABANGSA

Sebelum Uthmaniyah membuat pinjaman bank dengan Rothschild, kerajaan Islam Turki itu terlebih dahulu diserang melalui perjanjian dagangan bebas yang luar biasa. Rothschild menggunakan kerajaan British bagi mengekang ekonomi Uthmaniyah.
Untuk memujuk Uthmaniyah membuat pinjaman bank kepada Rothschild adalah sukar. Maka British telah menggunakan beberapa agennya di dalam kerajaan Uthmaniyah bagi mendesak Sultan menandatangani perjanjian dagangan British-Turki pada 1838.
TREATY OF BALTA LIMANI 1838
Sultan berjaya dipujuk untuk menandatangan Treaty of Balta Limani pada 15 ogos 1838. Ia sejenis perjanjian berat sebelah yang lebih memihak kepada peniaga-peniaga Inggeris.
Antara kandungan perjanjian ialah;
 Cukai import peniaga tempatan 3%
 Cukai eksport peniaga tempatan 12%
 Pedagang Inggeris boleh berniaga di mana-mana sahaja di dalam Turki

British menggunakan sebaik-baiknya perjanjian Free Trade ini. Semua barang-barang pengguna dibawa masuk ke dalam Turki, Mesir dan Palestin untuk dijual. Produk-produk British jauh lebih murah dari produk keluaran tempatan. Maka permintaan produk keluaran British meningkat mendadak.
Peniaga-peniaga tempatan majoritinya tidak dapat bersaing dengan produk British. Malah banyak permohonan pinjaman bank tempatan ditolak.
Kerajaan Uthmaniyah pula di bawak gerakan pemodenan telah mengamalkan dasar mengimport barangan luar untuk kegunaan kerajaan. Pakaian-pakaian tentera diimport dari industri tekstil luar negara khususnya bagi menghadapi Perang Cremea (1853-1856).
(*Memandangkan pendapatan negara semakin berkurang, Uthmaniyah terpaksa membuat perjanjian pertama dengan bank Rothschild pada 1854 sebanyak 3 juta pound bagi menampung kos pentadbiran kerajaan dan polisi sosial.)
Ketika ini, institusi perbankan British di bawah kekuasaan Baron Lionel de Rothschild.
Di bawah perjanjian ini juga, Uthmaniyah membenarkan kilang-kilang asing dibuka melebihi kilang dimiliki rakyat Turki. Kerajaan juga membenarkan syarikat-syarikat asing melombong hasil bumi Turki melalui peraturan baru iaitu Mine Regulation 1861.
Dalam tempoh 20 tahun selepas perjanjian 1838, permintaan untuk produk import dikalangan rakyat Turki meningkat kerana harganya lebih murah. Produk tempatan mengalami kemerosotan.
Menurut Donald Quataert (1988) dalam bukunya, disebabkan perjanjina 1838 ini, sebanyak 100,000 rakyat Turki telah hilang pekerjaan dalam bidang tekstil. Ia belum lagi statistik kehilangan kerja bagi bidang-bidang lain. Ini kerana masyarakat Turki lebih gemarkan produk murah luar negara.
(Sumber)
📙 Donald Quartaert (1988), Ottoman Handicraft and Industry in the Age of European Industrial Hegemony 1800-1914.
📙 Donald Quataert (1974), An Economic and Social History of the Ottoman Empire 1300-1914

Copy and paste: 
FB Teori Konspirasi Malaysia 
30/5/2018 : 3.57 pm

No comments: