Friday, 18 May 2018

Tips istiqamah dalam beribadah ( kekal berubah buat amalan 

- Jaga konsistensi ibadah kerana ia adalah jambatan hubungan kita dengan Allah. 
( Jika jambatan rapuh bagaimana mahu berhubung dengan dia untuk terus menguatkan )

-Berada bersama-sama dengan orang yang inginkan perubahan / biah yang soleh, solehah.
 ( Tidak perlu umum atau canang perubahan yang kita lakukan. Cukup setkan minda mahu berubah dan berusaha )

- Ambil sedikit masa untuk take a step back and reflect - muhasabah diri.
 ( Persoalkan diri kenapa berubah , apa kita mahu ubah , apa akan terjadi, kesan dan ganjaran )

- Buat perubahan yang kecil dan termampu. 
( Sedikit yang berterusan lebih disukai Allah ) 
“Rasulullah s.a.w bersabda: Amalan yang paling disukai Allah adalah amalan yang dilakukan secara istiqamah (terus-menerus) walaupun ianya sedikit.” (HR Bukhari dan Muslim) 

- Displin yang tegar . Latih , latih dan terus berlatih . Percaya semua perubahan mampu dilatih.- Jangan sesekali cuba untuk kembali kepada jahiliyyah walaupun sedikit. 
( Sentiasa dekat dengan Allah. Jika dah merasai kemanisan iman , tidak akan rasa mahu kembali ke jalan maksiat lagi )

- Doa, doa , doa - “ Allahumma yaa muqallibal qulub, tsabbit qulubana a’la deenik” Sentiasa doa pada Allah, minta kekuatan untuk ikhlas beristiqamah

- Membuat matlamat dan plan yang terperinci in terms of steps and strategies untuk mencapai matlamat dan perubahan. 

- Memperbanyak istighfar dan mengimbau kesalahan-kesalahan lalu. Bila kita muhasabah kita akan rasa malu banyak buat dosa. Jadi kita kena tingkatkan kebaikan berbanding dosa. 

@DakwahSteady

Copy and paste: Whatsapp Group Haji 2/2017
18.5.21018: 8.51 am

No comments: