Wednesday, 30 May 2018

PUASA TAPI TAK SOLAT

Ibadah puasa diperintahkan oleh Allah dengan tujuan membentuk insan yang bertakwa. Salah satu pengertian takwa yang cukup sederhana adalah melaksanakan perintah Allah dan menjauhi larangannya.
Dengan demikian, salah satu indikator yang pasti tentang kualiti puasa seseorang adalah ketaatannya terhadap perintah Allah, termasuk solat.
Seorang Muslim tidak boleh meninggalkan solat dalam keadaan apa pun, kecuali yang dibenarkan agama, seperti saat haid atau nifas bagi perempuan.
Ancaman siksa dari Allah dan Rasul-Nya sangat keras terhadap orang yang meninggalkan atau melalaikan solat
( al-Maa’un/107: 4-7).
Dalam hadis:
“Perjanjian antara kami dengan mereka adalah solat. Barang siapa meninggalkan solat maka ia telah kafir.”
(HR Tirmidzi, Ahmad, Al-Nasai, dan Ibnu Majah).
Kafir yang dimaksud dalam hadis ini adalah melakukan dosa besar yang dipersamakan dengan orang kafir yang tidak solat, bukan dengan pengertian kafir yang bererti keluar dari Islam.
Meninggalkan solat mengakibatkan keluar dari Islam bila disertai pengingkaran atas kewajibannya. Namun, jika ditinggalkan kerana malas atau lainnya, dengan tetap meyakini kewajibannya maka ia hanya dipandang telah melakukan dosa besar.
Seorang Muslim harus melakukan semua ibadah yang diwajibkan, di antaranya solat, puasa, zakat, haji, dan lainnya. Serta, tidak boleh pilih-pilih mana yang dia suka dalam mengerjakannya, dengan mengerjakan sebahagian dan meninggalkan lainnya.
Allah berfirman :
“Apakah kamu beriman kepada sebagian kitab dan ingkar kepada sebahagian yang lain?”
( al-Baqarah [2]: 85).
Setiap ibadah tersebut memiliki ketentuan masing-masing berupa syarat dan rukun, yang tidak ada kaitannya dengan syarat dan rukun ibadah lainnya.
Selama seseorang telah melakukan suatu ibadah sesuai dengan syarat dan rukunnya maka ibadahnya sah dan kewajibannya tertunaikan meski ia berdosa karena meninggalkan ibadah lainnya.
Jadi, seseorang yang puasa tapi tidak solat... puasanya sah sebab tidak disebutkan syarat sah puasa adalah mendirikan solat. Selama puasanya sesuai ketentuan, yakni tidak makan, tidak minum, dan tidak berhubungan seks, serta menghindari hal-hal yang membatalkannya, maka puasanya sah.
Hanya saja, ia BERDOSA BESAR kerana meninggalkan solat dan harus segera BERTAUBAT.
Yang pasti, seseorang yang puasa dan menjalankan solat pahalanya lebih besar dan lebih banyak daripada yang puasa tapi tidak solat.
Sekiranya kamu termasuk di antara golongan yang berpuasa tetapi tidak solat, teruskan puasa kamu. Lakukan dengan berkualiti. Ikhlas kerana ALLAH dan ikuti sunnah Nabi SAW. Dalam masa yang sama, berusaha untuk sempurnakan keislaman dan keimanan kamu. Seandainya puasa yang kamu tunaikan semata-mata kerana patuhkan arahan ALLAH, ibadat solat lebih utama untuk dipatuhi. Tunaikan puasa dan dirikan solat. Jika kamu ingin berubah, inilah masanya yang sesuai. Ramadhan bulan orang ramai bergegas dan berebut melakukan kebaikan. Segera bertaubat dan kembali tunaikan 'ganti' solat yang sengaja ditinggal.
Sekiranya kamu sanggup berlapar dahaga menahan diri kerana ALLAH, apa pula yang menghalang kamu untuk bersolat? Berubahlah. Katalah sebelum ini kamu tidak menjaga solat lima waktu, sekaranglah masanya untuk "komited" dengan solat. Jika sebelum ini kamu tidak berhijab menutup aurat, sekaranglah masanya kamu konsisten. Jika sebelum ini kamu jauh dengan al-Quran, sekaranglah masanya kamu hampirkan diri dengannya. Sebelum ini kamu jarang solat berjemaah, sekaranglah anda mula latihkan diri beriltizam dengan solat jemaah. Jika kamu sebelum ini janggal untuk hadir ke masjid, sekaranglah masanya untuk kamu selalu imarahkan masjid. Jika sebelum ini kamu jauh dengan agama, inilah masanya untuk kamu hidup di atas landasan agama. Jadikan Islam sebagai cara hidup kerana Islam bukan hanya di masjid dan semasa Ramadhan sahaja.
Percayalah, tidak akan rugi sedikit pun orang yang berusaha berubah ke arah kebaikan.

Copy and paste: FB SITI WAN MAHANI
30.5.2018: 9.25 am

No comments: