Sunday 21 January 2018

Ringkasan Sejarah TLDM


SEBELUM PERANG

Kanun Straits Settlement No. 3 dalam 1934 telah memberi kuasa untuk menubuhkan The Straits Settlement Royal Navy Volunteer Reserve (SSRNVR), yang kemudian dikenali sebagai “The Malayan Royal Naval Volunteer Reserve (MRNVR). Satu pasukan SSRNVR telah ditubuhkan pada 27 April 1934.  Cdr L.W. Johnson dilantik sebagai Pegawai Memerintah SSRNVR yang pertama.

Pasukan Malayan Royal Naval Volunteer Reserve telah dikerah sepenuh masa pada 4 September 1939. HMS Laburnum adalah pengkalan bagi anggota MRNVR yang terletak di Teluk Air Basin, Singapura. Ia sebenarnya adalah sebuah kapal yang dijadikan pengkalan ketika itu.

HMS Pelandok bertempat di Sembawang, Singapura merupakan Pusat Latihan dan Berek bagi anggota-anggota Malay Navy.

Pegawai dan Jurulatih HMS Pelandok adalah:
  1. Lt Kdr. H.Vickers – Pegawai Memerintah
  2. Lt. Spillman
  3. CPOSM Nasron – Jurulatih
  4. CPOSM Hashim - Jurulatih
  5. CPOSM Johari – Jurulatih
  6. POSM Dollah – Jurulatih
  7. ABSM Hussein bin Othman – Jurulatih
  8. ABSM Peddy @ Khamis bin Ahmad – jurulatih
  9. LRSM Melan bin Suradi – jurulatih
  10. LRSM Ismail bin Hassan – jurulatih



PERANG DUNIA KEDUA

  • Perang Dunia Kedua bermula di Tanah Melayu apabila Tentera Jepun mendarat di Kota Bharu, Kelantan pada 8 Disember 1941. HMS Pelandok telah dibom oleh Tentera Jepun.


  • 2 buah kapal perang British iaitu HMS Prince of Wales dan HMS Repulse telah tenggelam di perairan Kuantan, Pahang pada 10 Disember 1941 akibat serang kapalterbang penggempur Tentera Laut Jepun.


  • Kapal-kapal Perang British yang terlibat mempertahankan Tanah Melayu adalah HMS Scorpion, HMS Dragonfly, HMS Fastnets, HMS Barrier, HMS Surveyor, HMS Barricade, HMS Barlane, HMS Rosemary, HMS Midway, HMS Lady Bird, HMS Grasshoper, HMS Bardwell, HMS Personate, HMS Sylvia, HMS Scarab, HMS Pengawal dan HMS Pengail. 


  • Kapal-Kapal Dagang yang dilengkapi Senjata untuk mempertahankan Tanah Melayu antaranya ialah HMS Darvel, HMS Angby, HMS Circe, HMS Bangka, HMS Ampang, HMS Gemas, HMS Malacca, HMS Intan, HMS Rawang, HMS Rimba, HMS Terengganu, HMS Kemunting, HMS Ipoh, HMS Tien Kwang, HMS Siang Who, HMS Kelantan, HMS Kedah, HMS Raub, HMS Larut, HMS Kudat, HMS Pangkor, HMS Matahari, HMS Vyner Brooke, HMS Lipis, HMS Siang Who, HMS Mambau, HMS Kampar, HMS Tung Song, HMS Hong Peng dan HMS Song Siang.


  • Pada 30 Disember 1941 HMS Kudat telah diserang oleh Tentera Jepun di Teluk Gadong menyebabkan kapal tersebut tenggelam. Seorang anak kapal HMS Kudat ABSM Abdul Kadir bin Said telah dianugerahkan oleh Kerajaan British pingat Distinguised Service Medal kerana keberanian beliau membalas tembakan kapalterbang Tentera Jepun.


  • Pada Januari 1942 dua buah kapal Malayan Naval Force iaitu HMS Surveyor dan HMS Kampar telah ditenggelamkan oleh Tentera Laut di perairan Malaya.


  • Pada 13 Januari 1942 Tentera Jepun telah menenggelamkan 2 buah kapal MNF iaitu HMS Matahari dan HMS Larut.


  • HMS Laburnum telah diserang oleh Tentera Jepun 11 Februari 1942. Lt Cdr H. Vickers telah mengarahkan anggota Malay Navy samaada pulang ke kampong atau ikut berjuang dengan Tentera Laut British menentang Tentera Jepun.


  • Pada 14 Februari 1942, kapal HMS Vyner Brooke, HMS Siang Wo dan HMS Shu Kang tenggelam di perairan Tanah Melayu akibat serangan Tentera Jepun.


  • Singapura jatuh ke tangan Tentera Jepun pada 15 Februari 1942.


  • Pada 8 Mac 1942, Kapal HMS Kedah tiba di Colombo setelah diserang oleh Tentera Jepun.

  •  


Anggota Malay Navy yang menyertai FORCE 136 semasa Perang Dunia Kedua:
  1. Allahyarham S/Lt. Mohd Zain bin Hussein
  2. LRSM Ismail bin Hassan (bersara Kapten TLDM).
  3. ABSM Omar bin Yahaya
  4. ABSM Sulaiman bin Dol
  5. Allahyarham ABSM Md Nor bin Rani
  6. ABSM Membar bin Itam – menyertai latihan Kader F 136 di Johor.

Anggota Malay Navy yang menganggotai OSS 404:
  1. CPOSM Johari Md Amin
  2. ABSM Shariff bin Mahmud
  3. ABSM Awang bin Salleh
  4. Ismail bin Hassan – menyertai 2 misi OSS 404 di Burma.

8 anggota MRNVR bertugas di Mombasa, Afrika Timur di bawah Chief of Intelligent Staff Eastern Fleet mulai Mei 1943 – Ogos 1944:
  1. Yasin bin Endut
  2. Bansir bin Salim
  3. Ramli bin Hadi
  4. Ahmad bin Sulaiman
  5. Hashim bin Mohd Nor
  6. Mustafa Sheikh Ismail
  7. Abdullah Dakan
  8. Omar bin Abd Rahman


Beberapa anggota Malay Navy telah di anugerahkan Pingat  Keberanian semasa Perang Dunia Kedua:
  1. S/Lt Mohd Zain bin Hussain (bersara Pengarah Filem Negara) – dikurniakan Member of British Empire (MBE) dari Kerajaan British. Beliau menyertai Force 136 semasa Perang dan menyertai Perbarisan Kemenangan di London pada 1945. Allahyarham adalah anggota Malay Navy yang pertama dikurniakan tauliah di dalam Tentera Laut. Beliau meninggal dunia pada 10 Mac 1978 ketika berusia 58 tahun.
  2. ABSM Abdul Kadir bin Said (bersara CPOSM) – dikurniakan Distinguished Service Medal (DSM) dari Kerajaan British (anak Melayu pertama menerima anugerah tsb dari Kerajaan British.
ABSM Abd Kadir telah menunjukkan keberanian membalas tembakan kea rah Tentera Udara Jepun yang mengembom kapalnya HMS Kudat pada 30 Disember 1941. Allahyarham meninggal dunia pada 19 September 1986 di Singapura.
  1. Dato’ Mohd Nor bin Rani – anugerah Dato’ Amar Pahlawan Negeri Perak dari Sultan Perak.
  2. CPOSM Johari bin Mohd Amin – Defence Medal, War Medal, Pacific Star dan Naval General Service Medal With Clasp Malaya kerana khidmat beliau dengan OSS 404 US Army semasa perang.

SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA

Anggota Malay Navy / MRNVR yang menyertai Perbarisan Kemenangan di London selepas Perang ialah :
  1. S/Lt Mohd Zain bin Hussein
  2. CPOSM Ismail bin Hassan
  3. L.Sig. Wahidudin bin Pandak Udin
  4. LRSM Sheikh Hussin bin Sheikh Ali
  5. LRSM Yaakob bin Hj Ahmad
  6. CPOSM Ismail bin Md Yatim
  7. Yeoman Sig. Ahmad bin Barjan
  8. PO Sickbay A. Ghani bin Mohd Shariff
  9. LR.Tel. Ibrahim bin Hj Ahmad
  10. LRSM Sulaiman bin Majid
  11. POSM Md Nor bin Ismail
  12. LRSig. Hashim bin Md Nor

Selepas Perang, Malayan Naval Force (MNF)ditubuhkan pada 22 Disember 1948.
  1. Captain H.E.H. Nicholls,RN dilantik sebagai Senior Officer MNF pada 18 Februari 1949 dengan Lt.Kdr Henton RN sebagai Setiausaha.
  2. Sarkawi bin Bujang adalah yang mula-mula melapordiri dengan nombor tentera MNF800001.

Kerajaan British menanugerahkan gelaran ‘DiRaja” kepada MNF pada 29 Ogos 1952.

Tentera Laut DiRaja Malaya diserahkan secara rasmi kepada Kerajaan Persekutuan pada 1 Julai 1958.

Captain A.D. Norman, RN dilantik menjadi Ketua Pemerintah TLDM yang pertama.

No comments: