Saturday 13 January 2018

Kisah Pertempuran British Dan Jepun Di Kampar (1941 -1942)



Pertempuran Kampar yang bermula dari 30 Disember 1941 dan berakhir pada 2 Januari 1942 merupakan pertempuran sewaktu Perang Dunia Kedua yang melibatkan tentera British dan India dari 11th Indian Infantry Division dan Divisyen Ke 5 Tentera Jepun. Pada 27 Disember, dalam usaha untuk mengelak dari pengkalan udara tentera British RAF Kuala Lumpur ditawan, 11th Indian Infantry Division telah mendirikan kubu pertahanan Kampar yang turut memiliki lapisan pertahanan semulajadi yang ampuh.
Gen Tomoyuki Yamashita

Mereka juga mempunyai tugas untuk menghalang dan melewatkan kemaraan pasukan tentera Jepun sehingga 9th Indian Infantry Division mempunyai cukup masa untuk selesai berundur dari pantai timur semenanjung. Tentera Jepun pula mempunyai matlamat untuk menawan Kampar sebagai hadiah Tahun Baru kepada Maharaja Hirohito dan pada 30 Disember tentera Jepun mulai mengepung kedudukan tentera British dan India. Pertempuran kemudiannya bermula di keesokan harinya. Tentera bersekutu berjaya bertahan selama empat hari sebelum berundur pada 2 Januari 1942, dan berjaya mencapai objektif untuk memperlahankan kemaraan tentera Jepun. 


Tapak dimana pertempuran tersebut berlaku dikenali sebagai Rabung Hijau (Green Ridge). Rabung tersebut bersama dengan rabung yang berdekatan iaitu rabung Thompson, Kennedy dan Cemetery mengadap jalan utama ke selatan dari arah Ipoh dan mempunyai kedudukan yang sangat strategik. Rabung ini berada di Gunung Bujang Melaka, pada kedudukan 4,070 kaki dari paras laut. Gunung ini menawarkan permandangan jelas lembah sekeliling yang meliputi tapak perlombongan dan paya. Dengan tertawannya bandar dan gunung tersebut, tentera Jepun akan memperoleh pandangan jelas kawasan Lembah Kinta ke arah selatan. Tentera bersekutu tahu sekiranya Divisyen Ke 5 Tentera Empayar Jepun berjaya menawan Kampar, mereka akan menggunakannya sebagai kubu kuat dalam Lembah Kinta.



Dengan bermulanya pencerobohan Angkatan ke 25 Tentera Jepun pimpinan Jeneral Tomoyuki Yamashita ke atas semenanjung Malaya, III Indian Corps yang mempertahankan utara Malaya terpaksa berundur ke selatan. Hasil pengunduran yang diarahkan oleh Malaya Command secara tidak teratur ini telah memburukkan keadaan tentera British. Kegagalan yang dialami oleh 11th Indian Division dalam pertempuran di Jitra, Kroh, Alor Star dan Gurun membuatkan divisyen tentera British dan India hampir dimusnahkan.


Setelah kekalahan di Kedah, 12th Indian Infantry Brigade (pasukan simpanan dan mahir dalam pertempuran hutan) telah menggantikan 11th Division dan telah bertempur dengan sangat hebat dan berjaya berundur ke kedudukan pertahanan British di Kampar dengan membuatkan angka korban yang tinggi dikalangan tentera Jepun. Tugas 12th Brigade adalah untuk melengahkan-lengahkan kemaraan tentera Jepun serta bergabung dengan 11th Division membuat persiapan pertahanan di Kampar.

Seramai lebih kurang 1,300 tentera British dan India yang mempertahankan Kampar dalam berhadapan dengan Jepun. Major Jeneral Archie Paris (komander 11th Division) terpaksa mempertahankan kawasan dari Telok Anson (sekarang Teluk Intan) sehingga ke kubu pertahanan di Kampar. Kawasan pertahanan berada di Gunung Bujang Melaka di timur pekan Kampar mengadap arah kemaraan tentera Jepun dan dilindungi dengan hutan tebal.


Tentera British telah menempatkan pemerhati meriam di cerun barisan hadapan dan dilindungi dengan 15th/6th Brigade di bahagian barat serta 28th Gurkha Brigade melindungi bahagian timur. Kedua-dua briged ini dibantu dengan 88th Field Artillery Regiment yang dilengkapi dengan meriam 25 pounder dan meriam 4.5 inci milik 155th Field Artillery Regiment. Apabila 12th Brigade telah melalui Kampar, Major Jeneral Paris menghantar mereka untuk melindungi kawasan pantai dan kawasan pengunduran di Telok Anson. 
Pasukan penyerang tentera Jepun pula terdiri daripada Divisyen Ke 5 pimpinan Lieutenant General Takuro Matsui. Tentera Jepun mempunyai kekuatan seramai 9,000 tentera darat yang dibantu dengan 200 kereta kebal dan 100 pucuk meriam. Pada 30 Disember, briged pimpina. Kawamura tiba dan mula mengepung kedudukan tentera British. Keesokannya pada 31 Disember, Kawamura memulakan serangan keatas kedudukan 28th Gurkha Brigade dibahagian kanan dengan batalion dari 11th Regiment pimpinan Watanabe. Setelah kedudukan Gurkha yang berlindung dengan cara penyamaran telah berjaya dikesan, tentera Jepun memulakan serangan dan kemudiannya meriam milik tentera British dari 155th (Lanarkshire Yeomanry) Field Artillery mula membedil kearah tentera Jepun. Serangan tentera Jepun pada 31 Disember telah berjaya dipatahkan oleh pasukan Gurkha bersama bantuan jarak dekat serangab meriam. Pada tengah malam masuknya Sambutan Tahun Baru 1942, komander 155th Field Regiment iaitu Lieutenant Colonel Augustus Murdoch, “mengarahkan agar tembakan tabik 12 das untuk ditembak kepada tentera Jepun”. Pada pukul 7 pagi 1 Januari 1942, Kawamura melancarkan serangan utama pada kedudukan barat pertahanan British. Serangan ini dilaksanakan oleh 41st Regiment dan menentang kawasan yang dipertahankan oleh Batalion British pimpinan Lieutenant Colonel Esmond Morrison. 41st Regiment menyerang terus ke arah kedudukan Batalion British dengan dibantu oleh serangan mortar. Pertempuran kemudiannya menjadi ganas apabila kedudukan Jepun dan British ditawan kembali diambil alih dengan serangan jarak dekat menggunakan pisau bayonet.


Tentera Jepun mengalami kematian yang sangat tinggi dengan jumlah tentera yang cedera berterusan melalui markas Kolonel Okabe. Tentera Jepun kemudian berterusan mengebom kedudukan tentera British dan Matsui membawa masuk tentera baru menggantikan tentera yang terkorban dan cedera. Keganasan dan kekeliruan yang berlaku dalam pertempuran jarak dekat di Batalion British nyata lebih ganas di barisan hadapan. Lieutenant Edgar Newland, yang memimpin plantun 30 Leicesters, berjaya bertahan di kedudukan paling hadapan Batalion British. Platun beliau telah terkepung dan terputus hubungan dengan pasukan utama, namun Newland dan anggotanya menentang kesemua serangan dan bertahan dikedudukan terpencil tersebut selama 2 hari. Diatas keberanian tersebut, beliau telah dianugerakan pingat Military Cross oleh kerajaan British. Semasa pertempuran dua hari tersebut, tentera Jepun berjaya menawan kubu parit di bahagia timur Rabung Thompson. Setelah dua serangan balas dari D Company oleh Batalion British dan yang ketiga dari Jat-Punjab Battalion gagal, pasukan simpanan yang terdiri dengan 60 orang Sikh dan Gujars dari Jat-Punjab Battalion telah dibawa masuk untuk cuba menawan semula kubu parit tersebut. Kompeni yang berada dibawah arahan Kapten John Onslow Graham dan Lieutenant Charles Douglas Lamb ini memasang pisau bayonet dan menyerbu ke arah kedudukan tentera Jepun.

Tembakan balas tentera Jepun terlalu hebat sehingga menyebabkan 33 orang tentera British termasuk Lamb terbunuh dalam serbuan tersebut. Graham kemudian memimpin serangan meskipun cedera dan hanya berhenti setelah bom tangan meledak dan menghancurkan kedua-dua belah kakinya. Dalam keadaan tersebut pun beliau tetap menjerit memberi semangat kepada anggotanya dan beliau dilihat membaling bom tangan ke kubu parit yang diduduki Jepun. 34 orang tentera India terbunuh namun kedudukan tersebut kembali diduduki. Graham maut sehari kemudian akibat kecederaan yang beliau alami dan keberanian beliau di Rabung Thompson telah disebut dalam rekod keberanian. Leftenan Jeneral Matsui menyedari bahawa kedudukan British di Kampar terlalu kuat untuk ditawan, justeru itu Jeneral Yamashita mengarahkan agar tentera Jepun mendarat di pantai barat selatan Kampar berhampiran kedudukan 12th Brigade di Telok Anson untuk mengapit dan memutuskan arah pengunduran Divisyen Ke 11 Tentera British. Rejimen Infantri ke 11 Tentera Jepun mendarat di Hutan Melintang dan menyerang Telok Anson dari arah selatan dan pasukan dari Divisyen Pengawal Empayar bergerak melalui Sungai Perak untuk menyerang Telok Anson dari arah utara.



Tentera Jepun berjaya mendarat dan Telok Anson berjaya ditawan setelah berlaku pertempuran dengan pasukan dari 3rd Cavalry dan 1st Independent Company milik tentera British pada 2 Januari 1942. Setelah Telok Anson ditawan, 3rd Cavalry dan 1st Independent Company berundur kearah 12th Brigade yang berjaya melengahkan tentera Jepun dari menawan jalan utama. Major-General Paris, akibat arah pengunduran telah terancam kemudian mengarahkan kedudukan pertahanan Kampar agar ditinggalkan. 12th Brigade melindungi pengunduran Divisyen ke 11 dan tentera British berundur kearah kedudukan pertahanan baru di Slim River. Dalam tempoh empat hari diantara 30 Didember 1941 sehingga 2 Januari 1942, Divisyen ke 11 British berjaya menentang serangan hebat tentera Jepun dan membawa angka korban yang tinggi dikalangan tentera Jepun. Diantara kesan yang disebabkan tentera British tersebut ialah Rejimen ke 41 Tentera Jepun tidak dapat menyertai pencerobohan Singapura. Surat khabar Jepun melaporkan angka korban di kalangan tentera Jepun seramai 500 orang dan tentera bersekutu seramai 150 orang, namun tiada maklumat secara rasmi dikeluarkan mengenai angka sebenar korban tentera Jepun.

Pertempuran ini merupakan kekalahan pertama tentera Jepun dalam misi menawan Malaya. Meskipun pertempuran ini merupakan kejayaan buat tentera bersekutu, namun kekurangan pasukan tambahan untuk membantu Divisyen ke 11 menyebabkan divisyen tersebut terpaksa berundur ke Slim River. Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com .

Sumber:
Copy and paste



No comments: