Friday, 26 January 2018

BERSEDIA UNTUK MATI

Kita tidak tahu bilakah masanya kita akan mati. Hanya Allah jua yang maha mengetahui. Adalah lebih selamat jika kita sentiasa bersedia untuk mati.

Antara persediaan yang boleh dilakukan:

-Sentiasa melakukan amalan yang memberi pahala.
-Sentiasa jauhi dari melakukan dosa.
-Sentiasa bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah.
-Mohon maaf dari orang yang kita ada kesalahan.
-Sentiasa berdoa mohon keselamatan dan rahmatNya.
-Sediakan wasiat.
-Banyakkan amal jariah.
-Ajarkan ilmu yang bermanfaat.
-Didik anak agar menjadi anak soleh dan solehah.
-Lunaskan hutang piutang.
-Lazimkan zikir La ila ha illAllah moga menjadi akhir kalam nanti.
-Sentiasa berperasaan khauf dan raja'. Klik Sini 
-Sentiasa berbaik sangka kepada Allah. Klik Sini 

Rasulullah bersabda maksudnya: "Apabila mati anak Adam maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara iaitu: 1. Sedekah jariahnya 2. Ilmu yang bermanfaat 3. Anak yang soleh yang akan mendoakannya." (HR Muslim)

"Orang yang CERDIK ialah orang yang selalu menjaga dirinya dan beramal untuk bekalan sesudah mati." ( HR Tirmidzi)

Wallahu a'lam.

(Copy Paste: lenggangkangkung-my.blogspot.my)

No comments: