Saturday, 13 January 2018

Pertempuran Jepun Dan British Di Slim River Pada 1942

By Rayyan - 27 April 2017


Pertempuran Slim River berlaku sewaktu Perang Dunia Kedua pada awal Januari 1942. Peristiwa ini melibatkan pertempuran diantara Tentera Empayar Jepun dengan Tentera British India di Trolak dan Slim River, Perak. Angkatan tentera Jepun telah menceroboh bahagian barat laut Malaya melalui selatan Thailand pada 11 Disember 1941 dan timur Malaya melalui Kota Bharu pada 7 Disember 1941. Daripada Thailand, angkatan tentera Jepun mara dengan pantas ke bahagian pantai barat semenanjung dan berjaya mematahkan cubaan British untuk menghalang kemaraan mereka. Pada hari Krimas 1941, tentera Jepun telah berjaya menawan keseluruhan barat laut semenanjung. Terdapat beberapa ketika dimana pihak British mampu membina sistem pertahanan yang berkesan menentang Jepun dalam taktik yang dilakukan berhampiran Kampar iaitu di Sungai Dipang. Sewaktu pertempuran empat hari di Kampar, pertempuran tersebut menyaksikan keberkesanaan penggunaan meriam yang menyebabkan tentera Jepun mengalami angka korban yang tinggi. Pada 2 Januari 1941, tentera British dari 11th Infantry Division telah diapit dari arah selatan kedudukan Kampar dan tentera Jepun yang lebih ramai serta cuba untuk memutuskan hubungan divisyen British tersebut dari jalan menuju ke Singapura. Keadaan ini menyebabkan tentera British berundur ke arah kedudukan pertahanan baru di Trolak yang berada lima batu arah utara Slim River.

Pertahanan British di jalan ke Trolak bermula dengan koridor seluas empat batu pada pos sejauh 60 batu merentasi hutan tebal yang hampir tidak dapat ditembusi, selepas melalui kampung jalan tersebut melalui arah kawasan lapang di estate getah Cluny yang terletak kira-kira lime batu sebelum tiba di jambatan keretapi Slim River. Jalan tersebut kemudiannya selekoh ke timur dan mengikut arah hulu sungai untuk enam batu lagi sebelum merentasi Slim River melalui jambatan. Komander British, Pemangku Major-General Paris telah kehilangan satu daripada tiga briged sewaktu pertempuran di Kampar. Briged 5/16 yang bergabung selepas berundur melalui Briged ke-12 telah bergerak menuju selatan ke arah pantai untuk mempertahankan bahagian barat divisyen dan juga untuk berehat serta menyusun kembali organisasi. Ini menyebabkan Major General Paris hanya tinggal dikedudukan pertahanan tersebut bersama Lt.Col. Ian Stewart yang memimpin Briged ke-12 Tentera British India dan Lt.Col.Ray Selby yang memimpin Briged ke-28 Gurkha, yang kedua-dua briged tersebut telah mengalami kekurangan kekuatan akibat anggota yang terkorban sewaktu pertempuran sebelum ini di Jalan Gerik dan Kampar. 


Batalion pimpinan Stewart berada di kiri dan kanan jalan yang menuju ke koridor arah utara Trolak dimana terletaknya Estate Getah Cluny serta markas tentera Lt. Col. Stewart. Pasukan dari Rejimen ke 4/19 Hyderabad bertahan di kedudukan hadapan dengan halangan anti kereta kebal dan sekatan jalan raya. Kedudukan pertahanan terakhir di pertahankan oleh pasukan dari Rejimen ke 5/2 Punjab. Pasukan 2nd Argyll dan Sutherland Highlanders telah dikumpulkan dalam kedudukan bertahan namun tidak memiliki sebarang halangan anti kereta kebal atau sekatan jalan raya. Pasukan Gurkha pimpinan Selby pula berselerakan disepanjang jalan raya dan laluan keretapi yang menghala arah jambatan dan bersedia dengan bahan letupan. Angkatan penyerang tentera Jepun terdiri daripada pasukan serangan pimpinan Kolonel Ando (kebanyakannya terdiri daripada Rejimen ke-42 Infantri Jepun) dimana telah mengambil alih Rejimen pimpinan Okabe (41st Infantry Regiment) yang mengalami angka korban yang tinggi sewaktu serangan hendap di Kampar. Kedua-dua unit tersebut dari Divisyen ke-5 Tentera Empayar Jepun. Pasukan serangan terdiri daripada 17 kereta kebal sederhana jenis Type 97 dan 3 kereta kebal ringan jenis Type 95 Ha-Go dibawah arahan Major Toyosaku Shimada. Shimada mempunyai rancangan yang tidak biasa dilakukan sewaktu Perang Dunia Kedua iaitu serangan pada waktu malam menggunakan kereta kebal sebagai senjata penggempur. Ianya sebenarnya suatu cadangan yang berbahaya buat kereta kebal disebabkan jarak penglihatan sangat terhad diwaktu malam yang boleh membahayakan krew kereta kebal itu sendiri. Pada tengah hari 5 Januari 1942, Briged ke-5/16 tentera Jepun berundur melalui kedudukan Briged ke-12. Sejurus selepas itu pasukan dari Rejimen ke-42 pimpinan Kolonel Ando tiba di kedudukan pasukan Hyderabad dan melancarkan serangan awal keatas tentera British namun serangan tersebut berjaya dipatahkan dengan 60 orang tentera Jepun terkorban. Kolonel Ando memutuskan untuk bertahan dan menunggu bantuan kereta kebal sebelum melancarkan serangan seterusnya. Keesokan harinya pada 6 Januari, kompeni kereta kebal pimpinan Major Shimada tiba dan Shimada merayu kepada Kolonel Ando agar membenarkan pasukan beliau untuk menyerang terus kearah pasukan British berbanding menggunakan taktik biasa tentera Jepun dengan mengepun kedudukan British dari arah belakang. Pada jam 3.30 pagi 7 Januari 1942, sewaktu hujan lebat, pasukan Shimada memulakan serangan mortar dan meriam ke atas kedudukan British yang diduduki oleh Rejimen ke-4/19th Hyderabad pimpinan Major Alan Davidson Brown. Kemudian kereta kebal tentera Jepun mulai mara melalui pertahanan British dan menerima serangan balas dari pasukan Hyderabad yang menghubungi meriam artilari untuk melakukan pengeboman yang akhirnya menyebabkan satu kereta kebal Jepun musnah. Pasukan Hyderabad kemudiannya terputus hubungan dengan pasukan sokongan meriam artilari dan tidak mempunyai sebarang senjata anti kereta kebal untuk bertahan. Pasukan infantri pimpinan Ando dari Batalion ke-3 dan Rejimen ke-42 berjaya memecahkan halangan di sekatan jalan raya yang didirikan oleh pasukan Hyderabad. Dalam masa 15 minit, engineer dari tentera Jepun berjaya memusnakan sekatan jalan raya dan tentera Jepun kemudiannya mara dan menyebabkan pasukan Hyderabad berpecah kepada kumpulan-kumpulan kecil. Pasukan tentera Jepun kemudiannya mengikuti kereta kebal yang dengan mudah merempuh melalui pasukan Hyderabad yang tinggal. Pasukan Hyderabad yang berbaki kemudiannya lari ke arah hutan dan pada pukul 4 pagi tentera Jepun menuju ke arah kedudukan British yang seterusnya.


Hanya sedikit dari pasukan Hyderabad yang berundur kepada Rejimen ke-5/2 Punjab pimpinan Lt.Col.Cecil Deakin dan mereka memberi amaran kepada Rejimen Punjab bahaya kereta kebal sedang menuju ke arah kedudukan mereka. Shimada kehilangan dua kereta kebal akibat periuk api dan senapang anti kereta kebal dikedudukan hadapan milik askar Punjabi yang lebih berpengalaman. Askar Punjabi kemudiannya berjaya menyebabkan sebuah lagi kereta kebal terbakar dengan menggunakan bom Molotov cocktail, yang menyebabkan kereta kebal Jepun tersekat dijalan raya yang sempit. Jika pada waktu tersebut pasukan sokongan meriam British berjaya dihubungi (pada waktu ini wayar yang menghubungi pasukan meriam telah dipotong) pasukan Shimada pastinya mudah untuk dihentikan akibat tersekat dan kedudukan mereka lebih terdedah. Peluang keemasan untuk tentera British ini telah hilang dan tentera Jepun berjaya menembus pasukan Punjabi, manakala pasukan kereta kebal pula menemui laluan untuk ditembusi yang membolehkan mereka melintasi kereta kebal yang rosak. Pasukan Punjabi telah menyekat kemaraan tentera Jepun sehingga pukul 6 pagi dengan pertempuran yang hebat. Deakin dan beberapa askar Punjabi yang tinggal telah berjaya untuk meloloskan diri merentasi Slim River, namun kebanyakkan anggota batalion telah diburu dan ditawan oleh Rejimen ke-42 Tentera Jepun. Menjelang pukul 6.30 pagi, kereta kebal Jepun telah menghampiri Batalion ke-2, Argyll dan Sutherland Highlanders yang berada bawah arahan Lt. Col. Lindsay Robertson. Pasukan 2nd Argylls telah ditempatkan di sekitar kampung Trolak dan melindungi markas Briged ke-12. Pasukan ini merupakan pasukan tentera British yang sangat berpengalaman dan dianggap pasukan peperangan dalam hutan terbaik bagi pihak British di Malaya. Pasukan Argylls berada dalam kedudukan bertahan namun tidak memiliki pertahanan anti kereta kebal dan periuk api. Mereka hanya mempunyai amaran mengenai kemaraan pantas tentera Jepun dari sepoi India yang panik dari pasukan Hyderabad. Meskipun dengan amaran tersebut, satu daripada empat kereta kebal Jepun telah tersalah anggap sebagai kenderaan Bren Carriers milik Punjabi dan kereta kebal tersebut bergerak melalui pasukan Argylls, dan membelah batalion tersebut. Keempat-empat kereta kebal tersebut kemudiannya menuju kearah jambatan kereta api. Dengan tibanya pasukan utama tentera Jepun pimpinan Shimada serta pasukan infantri pimpinan Ando sejurus selepas itu, menyebabkan pasukan berpecah Argylls sepenuhnya dan memutuskan laluan mereka dari jalan raya. Pasukan Argylls telah berkurangan kepada banyak pasukan kecil namun mereka bertempur dengan hebat dan berjaya membantutkan kemaraan tentera Jepun cukup lama berbanding dua batalion British sebelum ini dan bertahan sehingga pukul 7.30 pagi. Pasukan timur jalanraya (Kompeni C dan B) dibawah Col. Robertson berjuang kearah estate getah dan cuba untuk menyerang kemaraan tentera Jepun dari arah belakang dengan bergerak ke arah selatan melalui hutan dan berpecah kepada pasukan-pasukan yang kecil. Enam minggu kemudian sesetengah askar tersebut masih berada didalam hutan. Kompeni dibawah arahan Lt. Donald Napier, yang berada di barat jalan raya berjaya memecahkan kepungan Jepun dan menyeberangi sungai sebelum meletupkan jambatan kereta api. Kompeni D yang berada di utara Kompeni pimpinan Napier terpaksa menanggung nasib sama seperti pasukan Argylls yang lain iaitu bertaburan kedalam hutan dan cuba untuk menghampiri barisan. Kebanyakan dari tentera dalam Kompeni D telah ditangkap sebelum mereka berjaya sampai ke sungai. Hanya 94 anggota pasukan Argylls yang menghadiri “roll call” pada 8 January. Setelah berjaya menguasai sekitar kampung Trolak, diwaktu inilah tentera Jepun mula menunjukkan belang kekejaman mereka di kawasan kebun getah sekitar Trolak. Di kawasan ini terdapat beberapa orang anggota dari pasukan Argyll dan Hyderabad yang cedera. Leftenan Muda Ian Primrose melaporkan bahawa selepas beliau sedar selepas pengsan sewaktu bertempur, beliau mendapati tentera Jepun mula membahagikan anggota yang cedera kepada kumpulan yang boleh berjalan dengan kumpulan yang tidak boleh berjalan. Primrose memutuskan yang beliau masih mampu berjalan, dan beliau sangat bernasib baik kerana selepas itu tentera Jepun mula menembak dan menikam anggota yang tidak mampu berjalan. Kemudian mereka yang terselamat diarahkan menggali kubur untuk menanam mereka yang telah dibunuh dan kemudian disuruh membawa tentera Jepun yang cedera.

Sebelum tiba dikedudukan briged ke-28 Gurka, kereta kebal Jepun dibawah pimpinan Shimada terlihat satu peluang yang sangat baik kerana pada ketika itu pasukan Punjabi seramai 146 anggota termasuk pegawai pimpinan Lt. Col. Cyril Stokes sedang berarak dalam barisan menuju ke Trolak. Pasukan Punjabi sedang menuju kearah briged pimpinan Stewart bagi membantu briged tersebut mempertahankan kedudukan menentang Jepun. Kereta kebal pendahulu yang dipimpin Lt. Sadanobu Watanabe telah meluru terus ke arah pasukan Punjabi dan kemudian menembak mesingan tepat ke arah barisan tentera Punjabi tersebut. Lt.Col.Stokes maut serta merta akibat serangan tersebut dan batalion Punjabi mengalami angka korban yang sangat tinggi. Menjelang pukhl 8.00 pagi kereta kebal tentera Jepun telah berada di kawasan markas utama British. Briged ke-28 tentera British lansung tidak menyedari nasib yang menimpa briged pimpinan Stewart menyebabkan mereka tidak bersedia dan menjadi mangsa mudah buat tentera Jepun yang kemudiannya memusnahkan mereka dengan cepat. Meskipun tentera British mengalami kekalahan teruk dan ramai yang terkorban, terdapat beberapa anggota yang berjaya menyeberang jambatan keretapi sebelum pasukan utama tentera Jepun menguasai kedudukan tersebut. Seperti nasib yang menimpa pasukan Punjabi, batalion terakhir dalam briged pimpinan Selby iaitu batalion 2/1st Gurkha pimpinan Lt. Col. Jack Oswald Fulton sedang berarak diatas jalan raya sebelum kereta kebal Jepun sampai kepada mereka. Namun pada kali ini mereka berarak dengan arah menjauhi kemaraan tentera Jepun, dan kemudiannya kereta kebal Jepun tiba dari arah belakang mereka. Angka korban kali ini jauh lagi tinggi dari angka korban yang dialami oleh pasukan Punjabi. Hanya seorang pegawai dan dua puluh tujuh anggota yang hadir dalam “roll call” di keesokan harinya. Lt. Col. Fulton yang cedera di perut kemudiannya menjadi tahanan perang dan maut dalam tahanan dua bulan kemudian. Kereta kebal Jepun yang kini berjaya membolosi kedua-dua briged British dan bergerak ke arah belakang kawasan kedudukan Divisyen ke-11 British India dan kemudian menuju ke arah dua jambatan. Mereka kemudian meninggalkan jambatan keretapi kepada pasukan Shimada dan pasukan utama Tentera Jepun, Lt Watanabe kemudiannya menuju ke arah jambatan yang lebih penting enam batu di dihadapan. Dalam serangan ini kereta kebal Jepun merempuh masuk melalui unit-unit meriam artillery, perubatan, dan lain-lain unit sokongan yang berada di hadapan jambatan. Dua pegawai British terbunuh sewaktu sedang memandu ketika kereta kebal Jepun tiba dalam serangan pantas tersebut. Setelah sampai di jambatan tersebut pada pukul 8.30 pagi, kumpulan kereta kebal Jepun pimpinan Watanabe mendapati jambatan tersebut dipertahankan oleh meriam anti pesawat Bofors 40mm dari Rejimen Artilerry Singapura dan Hong Kong. Mesikpun dua laras meriam berjaya diturunkan dengan pantas untuk membedil kereta kebal Jepun tersebut, peluru meriam anti pesawat tersebut tidak mampu merosakkan perisai kereta kebal dan anggota meriam tersebut kemudiannya melarikan diri. Kemudian Watanabe sendiri memotong wayar bahan letupan yang diletakkan di jambatan tersebut menggunakan pedangnya sendiri. Keadaan ketika itu masih di awal pagi dan serangan Jepun berjaya menghuru harakan keseluruhan keseluruhan Divisyen ke-11 Tentera British India dan tentera British yang terselamat cuba menyelamatkan diri dengan merentasi sungai Slim River. Dalam kawasan 25 kilometer (16 batu) terakhir, pasukan tentera Jepun yang kini sudah menguasai jambatan kini menghantar 3 kereta kebal dibawah arahan Toichero Sato untuk menerokai kawasan diseberang sungai. Pasukan Sato bergerak sejauh 4 km (3 batu) sebelum menjumpai kedudukan pertahanan meriam British yang dipertahankan dengan dua meriam 4.5 inch Howitzer dari 155th Field Artillery Regiment. Kereta kebal Sato kemudian mula menembak pada meriam pertama menyebabkan meriam tersebut berpusing dan menyekat jalan raya. Anggota dari meriam kedua berjaya menurunkan laras meriam dan membedil ke arah kereta kebal Jepunn. Kereta kebal pimpinan Sato telah menerima tembakan dan musnah serta menyebabkan Sato terbunuh. Dua lagi kereta kebal Jepun kemudian berundur ke arah jambatan. 


Divisyen ke-11 Tentera British India telah mengalami korban yang sangat tinggi dalam pertempuran tersebut meskipun terdapat anggota yang berjaya menyelamatkan diri dan menyertai pertahanan Singapura. Ramai anggota divisyen terbabit yang masih berada di dalam hutan selepas British menyerah kalah pada Jepun. Ramai dari yang terselamat telah ditawan tentera Jepun dan terdapat segelintir Lt. Colonel Lindsay Robertson dan pasukannya dari pasukan Argylls yang cuba untuk mengelakkan diri dari ditangkap namun tidak dapat berlari jauh dari kemaraan pantas tentera Jepun. Robertson telah terbunuh pada 20 Januari 1942. Terdapat anggota pasukan Argylls yang masih berada bersembunyi pada Ogos 1945. Seorang pegawai NCO Gurkha, Naik Nakam Gurung telah dijumpai sewaktu Darurat Malaya pada Oktober 1949 dan beliau telah tinggal didalam hutan semenjak tahun 1942. Briged ke-12 pimpinan Stewart hanya mampu mengumpul anggota tidak lebih dari 430 anggota termasuk pegawai dengan 94 anggota termasuk pegawai dari pasukan Argylls. Briged pimpinan Selby sedikit baik apabila 750 masih berada dalam “roll call” dikeesokan harinya. Secara keseluruhannya Divisyen ke-11 dianggarkan telah kehilangan hampir 3,200 anggota dan sejumlah besar peralatan perang yang lain. Tentera Jepun berjaya menyerang melalui divisyen disepanjang 19 batu dan menawan dua briged dengan kos yang minimun kepada mereka sebelum waktu makan tengah hari.


General Wavell setelah berjumpa dengan anggota yang terselamat dari pertempuran tersebut terkejut dengan keadaan mereka dan mengarahkan Divisyen ke-11 British India tidak diletakkan dibarisan hadapan. Kekalahan pasukan British ini menyebabkan tentera Jepun berjaya menawan Kuala Lumpur tanpa tentangan. General Wavell kemudian mengarahkan pasukan Percival untuk untuk berundur ke selatan dan menyerahkan bahagian tengah Malaya tanpa pertahanan. Beliau juga membenarkan Divisyen ke-8 Tentera Australia peluang membuktikan mereka mampu berhadapan dengan tentera Jepun. Kekalahan teruk ini menyebabkan Lieutenant-General Percival mengubah taktik pertahanan dan mengarahkan pengunduran segera dilakukan ke selatan Malaya dimana serangan hendap akan dilakukan di Jambatan Gemensah oleh Tentera Australia.

Copy and Paste
Sumber: Orang Perak




No comments: