Wednesday, 22 June 2016

Mujahadah 10 malam terakhir


Baginda رسول الله ﷺ apabila masuk 10 terakhir Ramadhan, pertamanya baginda رسول الله ﷺ akan menghidupkan malamnya lebih daripada malam-malam sebelumnya. 
.
Kedua, baginda رسول الله ﷺ akan membangunkan ahli keluarganya. Yakni, tidak dibiarkan tidur kerana ingin berkongsi kebaikan dan keberkatan malam-malam Ramadhan bersama ahli keluarganya. Ini menunjukkan perhatian dan ihsan seseorang kepada ahli keluarganya. 
.
Tunjukkanlah ihsan yang akan mendapatkan ihsan daripada اللّه . Jangan ibadah sorang-sorang. Jangan masuk syurga sorang-sorang. Ajaklah keluarga masuk syurga bersama-sama. 
.
Bagaimana? Dengan ketika dalam dunia ini, bersama-sama solat berjamaah, bersama-sama bertadarus Al-Quran. Jom kita hidupkan malam khususnya di malam-malam Ramadhan. Baginda رسول الله ﷺ membangkitkan semua ahli-ahli keluarganya. 
.
Ketiga, baginda رسول الله ﷺ mengetatkan kain pelikatnya sebagai simbol untuk tidak menghampiri kepada ahli keluarganya. Hanya semata-mata ingin menjadikan malam-malam terakhir Ramadhan maksimum dengan ibadah kepada اللّه . Demikianlah kebiasaan رسول الله ﷺ pada 10 terakhir bulan Ramadhan. 
.
Diantara amalan yang dilakukan baginda رسول الله ﷺ pada 10 malam terakhir di bulan Ramadhan adalah beriktikaf. Sehingga diletakkan satu sudut khusus yang diletakkan kain untuk tidak dinampak sementara baginda رسول الله ﷺ berada di masjid itu untuk beriktikaf selama 10 hari di akhir bulan Ramadhan Al-Mubarak.
.
Dalam riwayat lain baginda رسول الله ﷺ jika beriktikaf, akan bersama dengan ahli keluarganya. Isteri-isteri baginda رسول الله ﷺ juga diajak beriktikaf bersama-sama dengan baginda رسول الله ﷺ . Dalam hal ini, iktikaf mesti di masjid mengikut mazhab kita Imam Syafie. 
.
Termasuk juga kepada kaum wanita. Bilamana beriktikaf adalah di masjid sepertimana baginda رسول الله ﷺ mengajak isteri-isterinya beriktikaf di masjid. Kalau iktikaf boleh di rumah, maka isteri رسول الله ﷺ tidak perlu diajak pergi ke masjid. Tapi dalam hal ini, baginda رسول الله ﷺ mengajak isteri-isterinya pergi ke masjid. Ertinya iktikaf adalah di masjid.
.
Berlaku berbeza pandangan waktu untuk melakukan iktikaf di masjid. Secara general, bila-bila masa sahaja melakukan iktikaf akan mendapatkan fadhilat iktikaf. Tetapi iktikaf di bulan Ramadhan seharusnya adalah digalakkan bermula daripada terbenamnya matahari atau dalam riwayat yang lain, bermula daripada terbitnya waktu fajar. Maka seboleh mungkin seseorang untuk mengambil bahagian beriktikaf.
.
Jika tidak boleh iktikaf selama 10 hari, ambil lah sebahagian masa untuk kita lapangkan beriktikaf di rumah اللّه demi meneladani baginda رسول الله ﷺ . 
.
Semoga اللّه menganugerahkan kita malam Lailatul Qadr, diangkat darjat kita disisi اللّه , diberikan syafaat oleh اللّه melalui Al-Quran dan puasa. Dan moga-moga اللّه menjadikan Al-Quran sinarkan hati dan jiwa kita. Semoga perjalanan kita dibimbimbingi dengan Al-Quran. 
.
Aminn ya robb! اللهم امين 
------------------------------
Taman Syurga (TV Al-Hijrah),
Habib Ali Zainal Abidin Al Hamid 

Sumber dari Facebook
22.6.2016 (17 Ramadhan 1437H)

No comments: