Wednesday, 30 January 2013

Kitab Hadith Yang Ringan, Murah, Mudah & Baik Dimiliki

By Shahmuzir
Kita semua cintakan Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam.
Sebagai bukti cinta kepada Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam, maka tidak boleh tidak, kita hendaklah melakukan perkara-perkara berikut:
  1. Ketahui ajaran-ajaran dan seruan-seruannya,
  2. Ikuti ajaran-ajaran dan seruan-seruannya, dan
  3. Sebarkan ajaran-ajaran dan seruan-seruannya.
Dengan cara inilah, maka kita dapat memanifestasikan cinta sebenar kepada Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam.

Bagaimana mahu tahu apakah ajaran-ajaran Baginda?

Selain al-Quran yang merupakan sumber utama dan pertama ajaran Islam untuk kita hayati sungguh-sungguh, hadith-hadith juga merupakan sumber utama untuk kita ketahui, ikuti dan sebar-sebarkan.
Ada banyak kitab-kitab hadith yang boleh didapati yang menyenaraikan kata-kata dan ajaran-ajaran Baginda sallAllahu `alaihi wa sallam.  Namun di sini ingin saya kongsikan beberapa kitab hadith yang ringan, murah, mudah, baik dimiliki dan sudah pun diterjemahkan ke bahasa Melayu atau Indonesia supaya mudah difahami oleh orang kebanyakan seperti kita.  Antaranya ialah:
1)  Hadith 40 – oleh Imam an-Nawawi
-  Mengandungi hadith-hadith yang menjadi dasar kepada agama.  Mesti dimiliki.  Ia boleh menjadi panduan dan formula kehidupan.
2)  Riyadhus-Solihin – oleh Imam an-Nawawi
-  Mengandungi ayat-ayat al-Quran dan hadith-hadith yang disusun mengikut bab.  Sangat baik dijadikan bahan tadzkirah dan rujukan. Merangkumi aqidah, feqh dan akhlaq serta hadith-hadith dalam bentuk cerita-cerita.
3)  Syama’il Muhammadiyyah – oleh Imam at-Turmudzi
-  Mengandungi hadith-hadith yang menceritakan tentang rupa paras, peribadi, akhlaq dan cara hidup Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam.
4)  Bulughul Maram – Imam Ibnu Hajar al-Asqalani
-  Mengandungi hadith-hadith berkaitan feqh dan adab.
5)  `Umdatul Ahkam – Imam Abdul Ghani al-Maqdisi
-  Mengandungi hadith-hadith hukum yang dipilih sebahagian daripada sepakatan Imam al-Bukhari dan Imam Muslim.
Antara terbitan yang ada dalam pasaran Malaysia.
Antara terbitan yang ada dalam pasaran Malaysia.
Kitab-kitab ini boleh diperolehi di kedai-kedai buku Islami dengan berbagai-bagai terbitan, in shaa’ ALLAH.  Di Shah Alam contohnya ada banyak kedai-kedai buku Islami dan saya ada buat tinjauan di PKNS Shah Alam, hasilnya bacalah di sini:
Jika mahu mudah, tuan/puan boleh juga memperolehinya secara ‘online’.  Antara pihak yang menyediakan kemudahan memesan buku secara ‘online’ ialah:
Moga coretan ini bermanfaat buat kita semua, amin…
Allahumma solli `ala Muhammad wa `ala aali Muhammad.

No comments: