Wednesday, 16 January 2013

MASJID - RUMAH ALLAH (SELANGOR)

SELANGOR


Masjid Aminah Al Muhairi ini terletak di SS 2 Petaling Jaya. Saya tidak menemui sebarang maklumat mengenai masjid ini di internet. Saya sering menunaikan solat Jumaat di Masjid ini ketika bekerja di Smartcom Engineering Sdn Bhd di Taman SEA pada tahun 1996-97. 




Masjid Al - Ridhuan Hulu Kelang, Selangor ini telah siap dibina pada tahun 1984 dan ianya masih lagi belum dirasmikan. Masjid ini sebenarnya masih mengumpul dana untuk menaiktaraf prasarananya bagi menjadikannya sebagai sebuah masjid berkonsepkan Solat dan Rehat (S&R), iaiitu sebuah masjid yang selesa , moden dan bersih kepada pengunjung-pengunjung masjid .Projek yang akan menelan belanja melebihi RM 750 ribu ini akan dibina dalam beberapa fasa , dimulai dengan Fasa 1 dengan membina sebuah tandas awam baru yang moden dan bersih. Pembinaan tandas sekarang telah 50% siap dan dijangka siap sepenuhnya pada akhir Mei 2011. 
Aku dan isteri telah beberapa kali mengunjungi masjid ini untuk majlis ilmu atau apabila ada karnival berbentuk keagamaan dilansungkan. 




Masjid Al-Hasanah,Bandar Baru Bangi adalah dibina pada tahun 90an apabila ujudnya bandar baru Bangi bagi kegunaan penduduk disekitarnya. Ianya telah dirasmikan oleh DYMM Tengku Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Sallehuddin Abd Aziz Shah Alhaj pada tanggal 10 Mac 2000. 
Aku dan isteri pertama kali menjejakkan kaki di masjid ini ketika TV 9 menjalankan program "Raudhah di Hati Ku" pada 7 September 2013. 





Masjid Al-Falah di USJ 9, Subang Jaya dibina pada tahun 2000 selepas taman disekitarnya siap sepenuhnya. Kebanyakan ukiran disumbang oleh penduduk setempat dan setiap ukuran di dinding diukir khas menggunakan tangan. 
Aku dan isteri bersama ibu Mertua ku telah menghadiri program "Raudhah di Hati Ku" yang dianjurkan oleh TV 9 pada 29 September 2012.





Masjid As-Salam, Bukit Sentosa, Rawang, Selangor ini telah dirasmikan pada 8 Julai 2011 oleh Sultan Selangor Sultan Sarafuddin Idris Shah Al Haj. Aku singgah untuk bersolat Jumaat di Masjid ini ketika dalam perjalanan pulang dari menghadiri mesyuarat di AEON Seri Manjung, Perak pada 20 September 2013. 



Masjid As-Salam ini terletak di Taman Puchong Perdana, Puchong. Masjid ini telah dirasmikan oleh Yang Teramat Mulia Sultan Sarafuddin Idris Shah Al-Haj ibni Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj Sultan Selangor pada 17 Zulkaedah 1427 Hijri bersamaan 8 Disember 2006 Masihi.
Aku dan isteri menghadir "Pesta Buku" yang berlansung di Masjid ini pada 7 Oktober 2012. 


Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz ini terletak di Jalan Templer, Petaling Jaya, Selangor. Dulu aku selalu bersolat Jumaat di masjid ini ketika bekerja dengan The Institution of Engineers, Malaysia di Jalan 52/4 Petaling Jaya, Selangor. Masjid ini telah diubahsuai daripada masjid asal. 




Di Masjid Jamek Al-Rahmah,Kuala Kubu Bahru ini berlansungnya pernikahan anak saudaraku , Mohd Kamarul Amri pada 1 Februari 2013. 

Zulheimy Bin Maamor
22.9.2013 : 2.05 pm

No comments: