Thursday 11 January 2024

Z SPECIAL UNIT (AUSTRALIAN) OPERATION SEMUT

Posted by:
Hj Zulheimy Maamor :  8 July 2021



Mungkin kita jarang baca sejarah Operasi Semut yang dilancarkan oleh Z Special Unit Tentera Australia ketika Perang Dunia kedua... anggota unit ini adalah antara "Unsung Hero" yang tidak pernah diketengahkan kehebatan wira wira mereka dalam sejarah kita...
Operasi Semut telah dilancarkan pada 1945 di Bario sebagai serangan atas tentera Jepun di Sarawak. Peristiwa ini melibatkan sepasukan tentera Australia yang mendarat di Bario dengan payung terjun dan berpakat dengan suku Kelabit untuk membunuh anggota tentera Jepun.
Seorang pegawai perisik Britain, Leftenan P. M. Synge, yang berpusat di Oxford, menyarankan bahawa "kekuatan 500 orang atau lebih jika perlu, berkemahiran dalam seni hutan, dapat ditingkatkan ..." dari kalangan penduduk tempatan "... dan disusun menjadi pasukan gerila yang berkesan"
Suku Kelabit yang menyertai operasi ini digelar Gerila Komando Semut Operasi Z, mereka ini memang dikenal mahir dalam selok belok di hutan yang sangat diperlukan untuk kejayaan operasi ini.
Mereka anak tempatan Sarawak. Mereka bukan tentera. Mereka tidak pernah dijanjikan upah. TETAPI mereka berjuang semata-mata untuk mengusir keluar Jepun dari tanahair yang tercinta. Merekalah pejuang yang tidak didendangkan kerana tanpa mereka kejayaan Operasi Z yang diketuai oleh Pasukan Tentera Australia sewaktu pendudukan Jepun di bumi Borneo tidak akan pernah berjaya. Anak-anak tempatan inilah yang gah namanya atas nama perang gerila dan dikenali dengan nama Komando Semut.
Serangan demi serangan oleh Komando Semut telah berjaya mengorbankan lebih kurang 1068 tentera Jepun malah sesiapa sahaja yang bersekongkol dengan tentera Jepun juga turut ditangkap iaitu seramai 201 orang kesemuanya. Inilah kejayaan Komando Semut yang sukar untuk diduga kerana terdiri daripada penduduk tempatan yang juga menjadi “mata dan telinga” kepada anggota tentera yang lain.
Nama mereka sememangnya tidak pernah kita kenali. Perjuangan dan pengorbanan mereka juga tidak pernah difilemkan buat tatapan generasi mendatang. Tetapi pengorbanan mereka harus kita hargai. Mereka inilah anak watan Sarawak Dan Sabah yang perjuangan mereka tidak didendangkan langsung.
Salute To All The Unsung Heroes Of Komando Semut.

Posted to Blog :
11 January 2024 > 30 Jamadilakhir 1445H: 8.59 pm

No comments: