Sunday 7 January 2024

TELEPRINTER

Posted by : Hj Zulheimy Maamor
5 May 2023




Pernah dengar alat perhubungan yang dikenali sebagai Teleprinter. Teleprinter mula digunakan sebagai alat pengirim dan penerima data pada awal tahun 1870 an dimana teks dikirim melalui kabel jarak jauh. Teleprinter beza dengan telex kerana telex berdasarkan pendailan telefon. Di Tanah Melayu teleprinter diperkenalkan seawal 1930.
Saya pertamakali menggunakan teleprinter ketika berkhidmat di KD Sri Rejang di Sibu, Sarawak. Ketika itu saya lebih banyak berhubung menggunakan teleprinter dengan unit Semboyan Tentera Darat di RASCOM Hq Mil di Sibu. Kemudian teleprinter juga saya pernah gunakan ketika berkhidmat di SKTLDM Kuala Lumpur, SKTLDM Kuantan dan di kapal KD Lekir....
Kalau sekarang Chat digunakan dengan meluas melalui Whatsapp, Messenger dsb..... namun chat ini telah lama kami gunakan menggunakan teleprinter... tapi bukanlah chat sepertimana whatsapp sekarang... ianya hanya untuk tugasan komunikasi ringkas antara anggota dari unit-unit semboyan samada darat, laut atau udara...
Namun kini teleprinter dikalahkan dengan teknologi baru seperti email, Whatsapp, dsb....

Copy and paste:
7 Januari 2024 > 25 Jamadilakhir 1445H: 11.45 am

No comments: