Thursday 25 January 2024

Sifat Inferior Kepada 'Master' Orang Putih

Oleh Cik Srikandi

Baru-baru ini, rakyat Malaysia dikejutkan dengan fakta bahawa omputeh tempohari yang mengkritik universiti itu hanyalah seorang 'history buff'. Dia mengaku tiada apa-apa PhD, seorang amatur saja. Tapi bagaimana pula dengan media tempatan seperti New Straits Tong dan Berita Hairan klaim dia ini sebagai "sejarahwan Perancis"?
Ini 'plot twist' yang menggemparkan di awal tahun 2024 ini. Satu Malaysia kena kencing nampaknya. Sampai ke ahli sejarah pun kena kelentong dek media. Hai... 'desperate' sangat ke wartawan kita ni sampai jual berita palsu.
Takut ya amat pada omputeh nampaknya para wartawan kita ni sampai terlupa yang mereka kini berada di zaman Google

Kaji la dulu latar belakangnya...
Berapa banyak 'history buff' yang mengkritik begitu dan begini terhadap pelbagai penulisan sejarah tempatan. Tapi sebab dia omputeh, dia diangkat macam dewa. Sekarang Malaysia sudah ada 'sejarahwan Perancis'. Tepukla tangan sikit. Hebat tu.
Hmm... rupanya masih ada lagi mentaliti begini di zaman android dan perkomputeran awan ini. Mentaliti hamba. Sungguh melucukan. 'Sihir' penjajah itu 'real'. Minda terjajah masih aktif.
Sejak keluar artikel "Bukit Melaka: Saka Penjajah Kepanasan" 16 Januari lalu di laman ini, Srikandi sudah pun tahu dia bukan ahli sejarah. Latar belakangnya lebih kepada 'tourist guide' yang meminati sejarah Melaka. Sebelum jawab hujahnya, saya biasanya akan menyelidik siapa lawan saya. Sebab itu saya letak situ "si pemandu pelancong".
"Seorang sejarawan Perancis..." begitulah tajuk berita. Haha omputeh tu pun naik malu. Dia pun sedar diri dia siapa. Dia pun pelik, kenapa ada orang Asia yang cepat terhegeh-hegeh dengan dia. Terhegeh-hegeh terus setuju apa yang keluar dari 'mulut' dia. Perhatikan dulu omputeh ni siapa... apa yang dia nak nyatakan. Srikandi perhatikan masih ada segelintir anak Melayu sendiri termasuk para ahli akademik terus kecut perut bila baca nama berbau omputeh ni. Belum baca lagi kritikannya. Rileks... jika anda mengaku hidup bertemankan rak buku dan memiliki ribuan PDF, anda sepatutnya tak perlu takut.
Omputeh ni... ada dua mata dan satu mulut macam kita. Darah dia...pun merah macam kita. Jadi, nak takut apa?
Timbulkan keraguan kepada kritikannya. Maka anda akan wujudkan paradoks kepada kenyataannya. Bila keadaan jadi begini, kedua-dua pendapat jadi 50-50; bermaksud ia memerlukan anda dan dia pergi ke masa lampau untuk tahu yang sebenarnya.
Sebab itu Srikandi kata, 'ghali' itu kata pinjaman sahaja tapi kapal yang berkonsep 'ghali' orang Melayu sudah lama tahu malah membinanya. Maka runtuhlah sisi anakronisme. Maka Mendam Berahi belum tentu 100% fiksyen malah cenderung menjadi lebih kuat bukti kewujudannya. Tanda pendapat kita tu dia tak boleh nak lawan, bila dia mengomel: "...more questions than answers", " It looks more like.." atau "No other sources mention..". Kalau dekat Korea Selatan, Jepun atau China, sejarahwan sana akan jawab: Kami tidak memerlukan pengesahan dari orang asing untuk membenarkan sejarah yang ditulis nenek moyang kami. TITIK.
Sebab itu mereka bebas bina istana, buka tapak sejarah, bina replika kapal, naikkan papan tanda, tugu dan sebagainya untuk memelihara sejarah negara yang ditulis oleh orang tempatan. Kita pun berpusu-pusu pergi ke Korea, Thailand, Jepun dan sebagainya dan terkagum-kagum dengan usaha mereka pelihara sejarah sendiri.
Kepada pihak muzium dan kerajaan Melaka, bina je replika Mendam Berahi tu. Jangan takut. Buka Youtube, tengok negara-negara Asia lain selamba bina balik sejarah mereka. No fear.
*amateur:
1) a person who engages in a pursuit, especially a sport, on an unpaid rather than a professional basis
2) a person who is incompetent or inept at a particular activity.
~Srikandi
stronger than history
*buku alter terahsia dapatkan di sini: https://shope.ee/A9i0MoPMGo

Copy and paste:
25 January 2024 >14 Rejab 1445H: 10.12 pm

No comments: