Monday 8 January 2024

PENGARAH MUZIUM NEGARA YANG PERTAMA

Posted by :
Hj Zulheimy Maamor : 6 September 2018


Mervin Cecil Frank Sheppard @ Tan Sri Dato' Dr. Hj. Mubin Sheppard adalah pengarah Muzium Negara yang pertama dari tahun 1959 sehingga 1963. Beliau juga adalah sejarahwan, budayawan dan warisan Malaysia.
Ketika Perang Dunia kedua, beliau berkhidmat dalam Pasukan Federated Malay State Volunteer Force dan pernah menjadi tawanan Perang Tentera Jepun sehingga 1945.
Selepas perang, beliau dilantik sebagai Pengarah Perhubungan Awam yang pertama pada tahun 1946 dan kemudian sebagai "First Keeper of Public Records" (Sekarang Arkib Negara) yang pertama pada tahun 1958 sebelum dilantik sebagai Pengarah Muzium Negara yang pertama pada tahun 1959.
Beliau pernah mengarang beberapa buah buku mengenai Sejarah, adat resam Melayu, kesenian dan kraftangan Malaysia. Antara buku beliau yang terkenal ialah "The Malay Regiment, 1933 -1947" , "The Adventure of Hang Tuah" pada 1949 dan "A Short History of Terengganu" pada 1949.
Saya mengenali Allahyarham Tan Sri ketika beliau menjadi Yang Di Pertua Persatuan Bekas Perajurit Malaysia cawangan Selangor (Sekarang PVATM Selangor) dari 1965 - 1975, ketika itu arwah ayah saya Allahyarham Maamor bin Sudin adalah setiausaha kepada Tan Sri Mubin Sheppard. Ketika itu saya masih kecil dan arwah ayah selalu juga bawa saya ke pejabat PBTM Selangor ketika itu di Batu Road Kuala Lumpur (dihadapan Sekolah Batu Road).
Arwah Tan Sri sering belanja kami sarapan pagi dan beliau seorang yang amah ramah dan amat mengambil berat kebajikan setaf beliau ketika itu.


Allahyarham Tan Sri Datuk Mubin Sheppard meninggal dunia pada 12 September 1994 ketika berusia 89 tahun di Pusat Perubatan Subang....AL FATIHAH

Posted on Blog:
8 January 2024 > 26 Jamadilakhir 1445H: 11.02 am

No comments: