Sunday 7 January 2024

PENEMUAN RANGKA BERUSIA 14,000 TAHUN DI KELANTAN.

OLEH: ZAMIR MOHYEDIN
29 NOVEMBER 2023

Jadi, ada penemuan rangka berusia 14,000 tahun di Kelantan. Rangka ini dinamakan Mek Kaldung. Ada orang ulas pasal penemuan ini, kononnya rangka ini adalah rangka Sapiens, bukan rangka macam kita. Penemuan ini juga macam bercanggah dengan tarikh turunnya Nabi Adam a.s.
Jadi, saya nak betulkan kesilapan-kesilapan yang ditulis.
1. Manusia moden (kita) dikelaskan sebagai Homo Sapiens. Tiada Sapiens lain dah selain daripada kita. Homo Sapiens bermaksud "Manusia Bijaksana/Berhikmah" (Wise Man).
2. Kita kena reti bezakan bandar dan penempatan. Penempatan manusia dah wujud sekitar 12,000 tahun lalu. Dah ada penempatan baru boleh wujudnya bandar pada sekitar 10,000 tahun lalu.
3. Tak perlu takjub dengan rangka berusia 14,000 tahun sebab saintis dah jumpa rangka manusia berusia 300,000 tahun di Jebel Irhoud, Morroco. Malah, dari tempoh 300,000 tahun sampailah sekarang, pelbagai rangka dijumpai. Ada 70,000 tahun, ada 40,000 tahun, ada 20,000 tahun, dsb.
Data setakat ini menunjukkan manusia berusia 300,000 tahun. Jadi, 14,000 tahun dikira rangka yang agak muda. Malah, dah ada kajian dibuat di USM, DNA Melayu berusia 60,000 tahun.
4. Bila Nabi Adam a.s turun? Kita tak tahu sebab tiada bukti daripada wahyu (Quran & Hadith). Tapi orang berspekulasi Adam turun pada;
i. 8,000 tahun lalu
ii. 10,000 tahun lalu
iii. 70,000 tahun lalu
iv. 300,000 tahun lalu
v. 450,000 tahun lalu
Tapi ianya hanyalah spekulasi dan kita tiada cara nak buktikan pun. Tiada siapa yang betul.
5. Ada tak makhluk serupa manusia sebelum Adam? Ada dan merekalah bukan Homo Sapiens. Tapi;
i. Homo Neanderthal (muncul sekitar 400,000 tahun lalu)
ii. Homo Heidelbergensis (muncul sekitar 750,000 tahun lalu)
iii. Homo Erectus (muncul 2 juta tahun lalu)
iv. Homo Ergaster (muncul 1.7 juta tahun lalu)
v. Homo Habilis (muncul 2.4 juta tahun lalu)
vi. Homo Rudolfensis (muncul 2 juta tahun lalu)
vii. Homo Naledi (muncul 350 ribu tahun lalu)
Fahamkan ini dulu. Nanti kita boleh bahas benda-benda lain yang lebih teknikal.

Copy and paste:
7 Januari 2024 > 26 Jamadilakhir 1445H: 9.53 pm