Thursday 11 January 2024

SEJARAH BUKIT DINDING, WANGSA MAJU, KL

Oleh: Hj Zulheimy Mamor
11 January 2024 : 9.29 pm

Foto Bukit Dinding diambil dari hadapan rumah saya di Lembah Keramat, Kuala Lumpur


Ketika sedang menikmati kopi tarik berserta pisang goreng dan keropok lekor, saya terpandang akan sebuah bukit yang terletak depan rumah saya.
Bukit ini mungkin tak berapa dikenali dan namanya tak sehebat Bukit Malawati di Kuala Selangor, Bukit Belacan di Ampang,Bukit Kepong di Johor, Bukit Kayu Hitam atau Bukir Candu di Singapura yang menjadi tempat pertahanan terakhir Arwah Lt. Adnan Saidi menentang tentera Jepun.
Namun tidak ramai yang tahu bahawa di Bukit Dinding ini pernah berlaku pertempuran yang hebat ketika berlaku Perang Saudara Selangor atau lebih dikenali sebagai Perang Kelang yang berlaku pada tahun 1870. Dalam artikel “The Battle of Ampang” , peperangan ini berlaku dikawasan Hulu Kelang dan beberapa kawasan lagi yang sekarang dikenali Wangsa Maju, Setiawangsa dan Bukit Dinding.

Wangsa Maju itu pada asalnya adalah Ladang Hawthornden yang dimiliki oleh Hartawan Cina bernama Loke Yew. Syarikatnya bernama Hawthornden Rubber Estate Company Ltd.

LOKE YEW


Kalau siapa masih ingat dalam filem Anak Bapak arahan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee pada tahun 1968 terdapat satu scene dimana P.Ramlee melawat Ladang ayahnya. Itulah Ladang Hawthornden yang sekarang ini telah membangun pesat menjadi Bandar Baru Wangsa Maju.

Filem "Anak Bapa" tahun 1968 - penggambaran di Ladang Hawthornden (Sekarang Bandar Baru Wangsa Maju)


SUNGAI GISIR
Antara lokasi pertempuran Bukit Dinding ialah Sungai Gisir sekarang dah berubah menjadi sebuah longkang besar, terletak beberapa meter sahaja dari rumah saya.... dulu asalnya sebuah sungai yang besar....
Ketika zaman bujang sekitar 80 an dan 90 an... saya sering lalu di tepi tebing sungai ini yang sudah dipagar sebagai jalan Shortcut untuk membeli satay di Medan Selera berhampiran Petronas Lembah Keramat, masa tu belum ada kenderaan, so jalan kaki jelah........ Warung satay itu masih wujud hingga kini....


Mungkin sungai ini bagi kebanyakan orang hanya sungai biasa-biasa saja... malah ada yang tak panggil sungai...panggil longkang je....
Sedangkan nama Sungai ini pernah tercatat dalam sejarah negara sebagai lokasi pertempuran "The Battle of Bukit Dinding" pada sekitar 1870 an dulu. Bukit Dinding tu boleh dilihat dari hadapan laman rumah saya....
Tercatat dalam "The History of Yap Ah Loy (1867-1885) > S.M.Middlebrook, J.M. Gullick & C.A. Gibson Hill dalam Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society, July 1951, Sungai Gisir menjadi lokasi pertempuran Pasukan Chong Chong yang menyerang kubu Pasukan Yap Ah Loy yang berkubu di Ulu Kelang melalui jalan Sungai Gisir ini.... cerita selanjutnya boleh refer Wikipedia "Bukit Dinding".....
Tak sangka pula saya kerana sebelum zaman perkembangan internet saya sendiri pun tak pernah tahu yang sungai kat rumah saya ada tercatat dalam sejarah silam negara.... patutlah kalau lalu sungai ini waktu malam rasa seram sejuk je...meremang bulu tengkuk.... pasti ramai yang mati dalam pertempuran itu yang berlaku di sungai ini.....
Wallahualam.... yang perlu kita takuti ialah Allah s.w.t....

FILEM DO RE MI
Satu lagi yang saya tak lupa tentang Bukit Dinding ini ialah dalam filem Allahyarham Tan Sri P.Ramle iaitu ‘”DO RE MI” (tahun 1966).
Kalau dalam filem DO RE MI kita lihat ada latar belakang ketika P Ramlee , A R Tompel dan Ibrahim Din menyanyikan lagu Intro filem itu sambil berjalan kaki… terlihat sebuah bukit di belakang mereka….. itulah BUKIT DINDING…. Tak jauh dari rumah saya…. Rupanya tempat saya duduk ni banyak kesan sejarah yang jarang diketengahkan…. disamping Bukit Dinding sekarang merupakan spot berjogging yang agak popular....

Filem arwah P Ramlee ketika dengan Studio Merdeka dulu banyak lokasi penggambaraan beliua dilakukan dikawasan-kawasan yang sekarang telah banyak dimajukan menjadi Wangsa Maju, Setiawangsa,Keramat dsb….

Dalam  filem "DO RE MI" berlatar belakangkan Bukit Dinding


Sebahagian Penduduk Wangsa Maju dan orang ramai membantah Projek Pembangunan di Bukit Dinding yang merupakan kawasan Berjogging paling popular di KL. 


Sumber:

No comments: