Friday 12 January 2024

DALAM KENANGAN > 95 HOSPITAL ANGKATAN TENTERA KINRARA

Posted by:
Hj Zulheimy Maamor
16 June 2023

Siapa masih ingat dimana terletaknya Hospital ini?



95 Hospital Angkatan Tentera Kinrara kini hanya tinggal kenangan... terletak di bandar Kinrara ianya telah dibina oleh Kerajaan British (tidak pasti bila) dan dinamakan British Military Hospital Kinrara sekitar 1950 an....

SEDIKIT MENGENAI SEJARAH PERKHIDMATAN KESIHATAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA
Sejarah Perkhidmatan Kesihatan ATM bermula dengan penubuhan Kor Perhidmatan Am (Ubat) pada tahun 1960. Kemudiannya Kor Ubatan dan Gigian (KUG) ditubuhkan secara rasmi pada 11 Mei 1967. Ianya kemudian terus berkembang dengan penukaran designasi kepada Kor Kesihatan Angkatan Tentera (KKAT) pada 10 Ogos 1988. Penganugerah Gelaran DiRaja pada 7 Jun 1997 turut menukarkan nama kor kepada Kor Kesihatan DiRaja (KKD).

Saya pernah sekali, berurusan di Hospital Angkatan Tentera Kinrara ini sekitar 1980 an dulu ketika bertugas di Kementerian Pertahanan Kuala Lumpur di Jalan Padang Tembak. Ketika itu saya hendak menyambung perkhidmatan dari 10 tahun ke 16 tahun, jadi kena buat pemeriksaan kesihatan sebelum diluluskan permohonanan itu. Sepatutnya saya boleh buat pemeriksaan itu di Rumah Sakit Angkatan Tentera (RSAT) Kementah.... tapi ketika itu arwah abang Ipar saya bertugas sebagai Medical Staff di HAT Kinrara.... jadi arwah suruh saya datang ke HAT Kinrara dan semua pemeriksaan kesihatan saya jalankan di HAT Kinrara... itulah kenangan pertama saya di Hospital ini ...kali kedua ialah bila anak saudara saya dilahirkan di Hospital ini...saya sempat melawatnya tahun 1985....

Kini Hospital ini sudah tiada lagi ...telah digantikan dengan Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di Wangsa Maju... Alhamdulillah HAT Tuanku Mizan ini hanya tak sampai 10 minit memandu dari rumah saya....senang saya buat appointment di sana...



Hospital Lama di Kinrara pernah jadi tumpuan Kumpulan Pengkaji Paranormal apabila bangunan lama itu terbiar usang selama beberapa tahun sebelum dirobohkan dan pernah disiarkan dalam Youtube.






Kini Hopital Angkatan Tentera Kinrara hanyalah tinggal nama sahaja dalam lipatan sejarah Angkatan Tentera Malaysia.



Posted on Blog:
12 January 2024 > 1 Rejab 1445H: 9.34 pm

No comments: