Posted by :
Hj Zulheimy Maamor : 4 December 2020
Foto Penjara Pudu sebelum dirobohkan ini sempat saya ambil semasa menginap di Hotel Berjaya Times Square ketika menyelenggarakan program 11th Asian Congress on Fluid Mechanics...
Pada tahun 1984, seorang banduan bernama Khong Yen Chong menggunakan kira-kira 2,000 liter cat untuk membuat mural mengesankan adegan tropika. Ia diukur beberapa 860 kaki x 14 kaki dan telah disebut dalam Guinness Book of Records sebagai mural terpanjang di dunia. Khong, sebagai banduan, tidak dapat menyiapkan mural. Beliau kembali kemudian sebagai seorang yang bebas dan menawarkan diri masa untuk menyiapkan karya beliau.
Antara penjenayah terkenal yang pernah ditahan di sini ialah Botak Chin, seorang gangster terkenal yang didakwa dikhianati oleh orang-orangnya sendiri, telah dihukum gantung di sini pada 11 Jun 1981 kerana memiliki senjata api.
Pada tahun 1986 Kevin Barlow dan Brian Chambers, dua warga Australia, telah dihukum gantung di Penjara Pudu kerana mengedar heroin. Pada tahun 1989, Derrick Gregory, seorang warga Britain juga dihukum gantung kerana mengedar heroin
Penjara ini telah ditutup dengan rasminya pada tahun 1996 setelah beroperasi selama 101 tahun.
Penjara ini kemudian dibuka kepada orang awam untuk lawatan pada 3 Mei 1997 sebelum ianya dirobohkan pada tahun 2012.
Lukisan Mural Penjara Pudu
Penjara Pudu kini tinggal dalam Kenangan...
Mungkin ramai generasi sekarang tidak pernah mengetahui bahawa Penjara Pudu pernah tercatat dalam "Guiness Book of World Records" pada tahun 1984 sebagai penjara yang mempunyai lukisan mural yang terpanjang di dunia dengan ukuran 860 kaki panjang dengan ketinggian 14 kaki.
Idea lukisan Mural di Penjara Pudu ini dicetuskan oleh seorang dramatis terkenal tanahair iaitu Abu Bakar Juah yang juga adalah Pegawai Penjara Pudu dari tahun 1975 - 1986.
Siapakah pelukis yang bertanggungjawab menaikkan nama Malaysia di mata dunia ini?
Beliau ialah Khong Yen Chong, seorang bekas banduan yang ketika memulakan kerja melukis mural di dinding Penjara Pudu ini beliau ketika itu masih bergelar banduan. Dengan dibantu oleh beberapa banduan lain , beliau mula melukis mural di dinding itu pada tahun 1983. Apa yang menariknya, tempoh pembebasan Khong Yen Chong tiba sebelum sempat lukisan itu dihabiskan.
Namun atas rasa tanggungjawab, Khong Yen Chong kembali ke penjara tersebut untuk menghabiskan lukisan yang telah diamanahkan kepada beliau, tetapi kali ini bukan sebagai banduan, tetapi sebagai Rakyat Malaysia yang insaf dan punyai rasa tanggungjawab yang tinggi pada negaranya.. walaupun pernah melalui kehidupan pahit sebelum ini... syabas kepada insan bernama Khong Yen Chong.
Beliau akhirnya berjaya menyiapkan lukisan itu dalam tempoh 17 bulan dengan menggunakan 2000 liter cat.
Kini semuanya tinggal kenangan... Penjara Pudu yang dibina pada tahun 1891 ditutup dan dikosongkan pada tahun 1996.
Atas nama pembangunan tanpa memikirkan sedikitpun nilai sejarah Penjara tersebut... akhirnya penjara Pudu rebah menyembah bumi pada bulan Jun 2010.... nasib yang sama menimpa Ampang Park Shopping Complex pada tahun awal tahun ini....
BERJAYA TIME SQUARE HOTEL
Ketika menyeleraskan satu International Congress iaitu "11th Asian Congress of Fluid Mechanics" anjuran The Institution of Engineers, Malaysia dari 22 - 25 May 2006 (18 tahun yang lalu), saya dan rakan-rakan IEM menginap di Berjaya Times Square di Jalan Imbi, Kuala Lumpur.
Banyak kenangan semasa mengendalikan Kongres ini kerana ianya adalah Kongres peringkat Asia yang melibatkan peserta dari negara-negara Asia.
Kami terpaksa menghadapi pelbagai kerenah peserta-peserta negara Asia ini... ada yang ok ... tak kurang yang banyak songel kata orang sekarang, tapi sebab kami dah dilatih untuk menghadapi situasi ini, kami hadapi dengan tenang dan sabar, apa yang tersirat dalam hati kita dan Allah saja yang tahu.
Kenangan yang tak dapat saya lupakan ialah apabila check ini bilik saya... saya buka tirai jendela bilik.... apa yang saya nampak ialah Penjara Pudu yang ketika itu belum lagi dirobohkan.... apalagi cepat-cepat capai kamera terus ambil kenangan abadi Penjara Pudu......
Yang menariknya keesokannya ada setaf yang mengadu mengalami gangguan di waktu malam....
Saya pun mengalami yang sama... tapi saya buat biasa je... takut tu takut juga...tapi syukur Alhamdulillah sebab pernah menghadiri kelas-kelas Agama dan ada ustaz pernah mengajar bab Alam Ghaib ini... ustaz pesan kita jangan takut dengan mereka kerana Allah menjadikan kita Makhluk teristimewa di bumi ini...kita adalah Khalifah Allah di bumi... kenapa perlu takut dengan mereka...sebenarnya mereka yang takut dengan kita... jadi saya bacalah apa-apa yang pernah diturunkan pada saya... Alhamdulillah saya dapat tidor dengan tenang....
Sebenarnya banyak pengalaman yang saya pernah alami semasa bekerja dulu...kerana saya dulu selalu bekerja outstation... tak pernah dok pejabat... jadi banyak pengalaman tidor di Hotel-hotel ini samada di dalam negeri atau luar negeri.... pernah selimut kena tarik.... bilik air ada bunyi orang mandi lewat malam dan awal pagi subuh.... lampu tiba-tiba menyala tengah sedap tidor.. dan macam macam lagi...
Posted on Blog:
12 January 2024 > 30 Jamadilakhir 1445H: 12.05 pm
No comments:
Post a Comment