Monday, 13 March 1995

SKTLDM KUANTAN 1991 - 1995

STESEN KOMUNIKASI TLDM KUANTAN
MARKAS WILAYAH LAUT 1
TG.GELANG, KUANTAN, PAHANG
4.12.1991 - 13.3.1995


SKTLDM Kuantan ditubuhkan pada 4 Dis 83 dan diletakkan di bawah pemerintahan Pegawai Kanan Stesen Komunikasi TLDM yang berpangkalan di Markas Armada. Pada 1 Apr 89, SKTLDM Kuantan diletakkan di bawah pemerintahan Panglima Wilayah Laut 1 (PANGWILLA 1) bersama unit-unit lain yang telah sedia ada di MAWILLA 1. Tugas dan fungsi utama yang diamanahkan adalah untuk menyediakan saluran komunikasi kepada kapal-kapal yang berada di perairan pantai timur semenanjung Malaysia dan kapal-kapal di bawah pemerintahan PANGWILLA 1 serta unit-unit di bawah naungan. Selain daripada itu, SKTLDM Kuantan ditubuhkan untuk bertindak sebagai penyalur sekunder (back-up) jaringan komunikasi TLDM sekiranya jaringan komunikasi utama TLDM di Pangkalan TLDM Lumut (SKTLDM Lumut, SKTLDM Parit dan SKTLDM Sitiawan). Ianya lebih kepada jaringan strategik komunikasi TLDM.
Pegawai Memerintah pertama SKTLDM Kuantan ialah Lt Kdr Mohd Sharif bin Kalam TLDM N/400329. 

SKTLDM Kuantan merupakan pengkalan TLDM yang paling lama saya dapat bertugas. Kalau sebelum ini paling lama saya pernah bertugas di Pengkalan hanyalah 2 tahun sahaja, lepas tu balik ke kapal semula. Sebenarnya selepas setahun lebih bertugas di SKTLDM Kuantan, saya telah mendapat arahan untuk bertukar tugas ke KD Musytari. Oleh kerana terasa bosan asyik bertugas di Kapal, saya telah berjumpa Pegawai Bahagian saya minta pertukaran saya tu dibatalkan kerana saya dah mengambil keputusan untuk tidak menyambung perkhidmatan dan tak berminat lagi nak bertugas di Kapal. Syukur Alhamdullillah atas budi bicara dan jasa baik Pegawai Bahagian saya itu (seorang Pegawai Wanita yang saya tak ingat namanya).. pertukaran saya ke kapal telah dibatalkan dan saya terus berkhidmat di sini sehingga tiba waktu untuk Kursus Peralihan. Terima kasih Puan... maaf saya tak ingat nama puan... cuma kalau tak silap saya ialah Lt Halimah...
Pegawai Memerintah SKTLDM Kuantan ketika saya berkhidmat di sini ialah Lt Kdr Mohamad Halim bin Maulud TLDM N/401374. 
Semasa bertugas di Pengkalan inilah saya telah mendirikan rumahtangga dengan Norziah bt Ahmad, namun saya tak bawa isteri saya bersama kerana isteri saya ketika itu bekerja di Kuala Lumpur. Jadi setiap hujung minggu saya akan berulang alik ke Kuala Lumpur... kerana sebab itu jugalah saya tak berniat untuk menyambung perkhidmatan dengan TLDM... cukuplah 16 tahun bertarung dengan gelombang dan badai...  disinilah berakhirnya perjalanan saya sebagai seorang PELAUT... 















Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, K.L
Updated: 30 July 2025: 6.18 p.m



Wednesday, 4 December 1991

KD LEKIR : 7 AUG 1989 - 4 DEC 1991

KD LEKIR
22nd Corvette Squadron
Pengkalan TLDM, Lumut, Perak
7.8.1989 - 4.12.1991






1st Crew KD Lekir @ Kiel, Germany 1984













Kapal Diraja Lekir dinamakan bersama nama pahlawan Melayu Hang Lekir di mana beliau adalah salah seorang daripada 5 pahlawan Melayu bersaudara  di zaman Kesultanan Melayu Melaka pada pertengahan abad ke 15. Kapal yang berat 1580 tan ini dengan kepanjangan 97.3 meter merupakan kapal korvet yang berupaya untuk menangkis sebarang ancaman udara, permukaan dan bawah permukaan.

Skuadron Korvet ke-22 terdiri daripada KD KASTURI dan KD LEKIR. Kedua-duanya dinamakan, bersempena dengan lagenda ulung kepahlawanan Melayu dahulu kala, HANG KASTURI dan HANG LEKIR ketika zaman kegemilangan Kesultanan Melaka pada kurun ke 15.

KD LEKIR dibina oleh Blohm Voss (HDW) Shipyard di Kiel, Jerman Barat pada 14 Mei 1983. Kapal ini dilengkapi dengan Meriam 100m/55 DP sebagai senjata utama turut dilengkapi dengan MM40 Exocet Surface to Surface Missile
Kapal ini kemudiannya melalui beberapa siri ujian laut, pengintegrasian dan penilaian terakhir sistem tempur sebelum ditauliahkan pada 15 Ogos 1984 oleh Panglima Tentera Laut kedua Laksamana Madya Dato’ Mohd Zain bin Mohd Salleh.

Pegawai Memerintah pertama KD Lekir ialah Kdr Ramly Bin Abu Bakar N/400228.





Saya berkhidmat di KD Lekir dari 7 Ogos 1989 sehingga 4 Disember 1991. KD Lekir berpengkalan di Lumut, Perak. Sebagai anggota TLDM adalah suatu kebanggaan jika dihantar bertugas disebuah kapal yang serba canggih, kerana KD Lekir adalah merupakan kapal TLDM yang tercanggih ketika itu. Pegawai Memerintah KD Lekir ketika itu ialah Capt.Noor Azman Hj Othman TLDM N/400404.


Pegawai Memerintah KD Lekir, Kdr. Noor Azman bin Hj Othman (kiri) dan 
LK1 KMT Rosman di White Island, New Zealand, 1991. 




Kali terakhir bertemu dengan Arwah Mohd Nor yang pernah bersama di KD Lekir


















Latihan Jackstay Transfer (atau dikenali sebagai Light Jackstay) adalah salah satu evolusi penting dalam Replenishment at Sea (RAS) yang dilakukan oleh pasukan tentera laut, termasuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Tujuan Utama: Memindahkan barang, alat ganti, dokumen, atau anggota (kru) antara dua buah kapal yang sedang belayar tanpa perlu berhenti atau berlabuh.





Sepanjang 2 tahun lebih berkhidmat dengan KD Lekir, kapal banyak terlibat dengan tugas-tugas rondaan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak di samping terlibat dalam beberapa siri latihan dalam negeri dan juga luar negeri. Kapal juga terlibat dalam lawatan operasi ke Surabaya, Hong Kong dan Korea Selatan dan juga Australia dan New Zealand.
Paling membanggakan saya ialah saya dapat terlibat dalam 2 event terbesar Antarabangsa iaitu pada tahun 1990 KD Lekir terlibat dalam Royal Malaysian Navy International Royal Fleet Review yang di adakan di Pulau Pinang pada Mei 1990 dan sekali lagi pada tahun 1991 terlibat pula dengan Royal New Zealand Navy International Royal Fleet Review di Auckland, New Zelande.  

http://zulheimymaamor.blogspot.com/2012/09/kd-lekir-surabaya-19891990-1991.html
http://zulheimymaamor.blogspot.com/2012/09/kd-lekir-hong-kong-1990.html
http://zulheimymaamor.blogspot.com/2012/09/kd-lekir-south-korea-1990.html
http://zulheimymaamor.blogspot.com/2012/09/kd-lekir-penang-irfr-1990.html
http://zulheimymaamor.blogspot.com/2012/09/kd-lekir-australia-1991.html
http://zulheimymaamor.blogspot.com/2012/09/kd-lekir-new-zealand-irfr-
1991.html





KD Lekir juga terlibat dalam tugas pengawasan di kawasan pelantar Minyak di Semenanjung, Sabah dan juga Sarawak seperti di Miri dan juga Bintulu.


Pertukaran Krew kapal dengan HMAS Torrens dari Australia ketika Ex Starfish (tak ingat tahun berapa)







Pelabuhan Tg. Perak, Surabaya, Indonesia








Port of Fremantle, Perth, Australia (1991)

HMAS Cairns, Cairns, Queensland, Australia








Antara latihan yang sering disertai KD Lekir ialah Ex-Starfisih, iaitu latihan bersama negara-negara FPDA (Five Power Defence Agreements) yang melibatkan kapal-kapal tentera laut dari Malaysia, Singapore, British, Australia dan juga New Zealand.


 EX STARFISH 10/90


 EX STARFISH 11/91

Latihan Starfish ialah siri latihan ketenteraan pelbagai hala tahunan yang diadakan di bawah kerangka Five Power Defence Arrangements (FPDA). FPDA merupakan pakatan pertahanan yang melibatkan lima buah negara: Malaysia, Singapura, Australia, New Zealand, dan United Kingdom.















1989 - CHOGM KUALA LUMPUR
Persidangan Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel ke 11 atau 11th Commonwealth Heads of Government Meeting (CHOGM) telah diadakan di Kuala Lumpur dari 18 Oktober 1989 sehingga 24 Oktober 1989. 
KD Lekir telah diberi penghormatan sebagai kapal Pengiring HMY Britannia (Her Majesty Yatch Britannia) yang membawa Ratu Elizabeth II yang akan akan merasmikan persidangan tersebut. 



1991 - LIMA LANGKAWI 
Langkawi International Maritime and Aerospace atau lebih dikenali dengan nama LIMA LANGKAWI kali pertama diadakan pada 11 November 1991 merupakan satu pameran dan Maritim Antarabangsa berkaitan penerbangan komersil dan pertahanan. 
LIMA LANGKAWI adalah ilham dari bekas Perdana Menteri ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohamad. 
KD Lekir turut terlibat dalam LIMA Langkawi 1991 dan itu adalah LIMA Langkawi yang pertama dan terakhir bagi saya kerana selepas menamatkan perkhidmatan pada 1996, saya tidak berpeluang untuk hadir di LIMA Langkawi seterusnya.








KD Lekir adalah merupakan kapal terakhir aku bertugas dalam TLDM sebelum menamatkan perkhidmatan pada tahun 1996 setelah 16 tahun berkhidmat dengan TLDM.... Selepas KD Lekir aku dihantar bertugas di SKTLDM Kuantan dari 1991 hingga 1995 dan tamat Perkhidmatan pada Januari 1996.














Hj Zulheimy Maamor
Updated: 29 Mei 2026: 3.00 p.m