Monday 21 May 1990

1990 : PENANG INTERNATIONAL ROYAL FLEET REVIEW







17-21 Mei 1990, KD Lekir terlibat dengan "RMN INTERNATIONAL ROYAL FLEET REVIEW" (RMN IRFR) yang berlansung di Pulau Pinang. Acara ini adalah acara terbesar pernah diadakan oleh TLDM dan berlansung serentak dengan Tahun Melawat Malaysia 1990. 

Royal Fleet Review adalah warisan tradisi British bermula sejak Jun 1346 di zaman Pemerintahan King Edward III sebelum belayar untuk berperang dengan Perancis. Upacara ini asalnya bertujuan untuk menggerakkan kapal untuk berperang disamping mempamerkan kekuatan Armada mereka. 

Malaysia turut menganjurkan Acara Perbarisan DiRaja Armada Antarabangsa (PDAA 1990) pada 1990 di Pulau Pinang. Acara ini adalah sempena ulangtahun ke 55 Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) dan sambutan Tahun Melawat Malaysia 1990. 

Sejumlah 59 buah kapal-kapal perang dari 21 buah negara telah  menyertai RMN IRFR di Pulau Pinang termasuk USA, Rusia, Britain, New Zealand, Singapura, Indonesia dan beberapa negara lagi yang saya tidak berapa ingat. 

Acara kemuncak ialah Pemeriksaan Armada oleh DYMM Yang Di Pertuan Agong. Semasa pelayaran masuk kapal-kapal tentera laut dari berbagai-bagai negara ke Pelabuhan Pulau Pinang , KD Lekir telah diberi penghormatan untuk membalas tembakan meriam 21 das  "GUN SALUTE" dari daratan Pulau Pinang yang dikendalikan oleh Rejimen Artileri Tentera Darat Malaysia. 

KD Mutiara ditugaskan sebagai kapal Pemeriksa yang membawa DYMM Yang Di Pertuan Agong Sultan Azlan Shah diiringi oleh Perdana Menteri Dato'  Seri Dr. Mahathir Mohamad dan lain-lain orang kenamaan. 

Sepanjang 5 hari yang bersejarah itu, Pulau Pinang berubah menjadi seolah-seolah sebuah bandar Tentera Laut, bandar ini dipenuhi dengan anggota-anggota Tentera Laut dari 21 buah negara dengan pakaian seragam negara masing-masing yang unik dan cantik. 
Berbagai acara diadakan di Pulau Pinang seperti pertunjukan pentas, kebudayaan, demonstrasi chingay dan silat, upacara regatta, perlumbaan bot naga dan beca. 
Persembahan pancaragam dari beberapa negara seperti Amerika Syarikat, Somalia, Bangladesh, Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, Rusia,  Jepun, India, Oman dan Britain mendedangkan lagu-lagu popular untuk hiburan para pengunjung. 

Satu lagi upacara yang tidak kurang menarik ialah upacara "Freedom of Entry" untuk TLDM dan Kapal Tentera Laut yang mengambil bahagian dalam perbarisan mengelilingi Bandar Pulau Pinang. 

Pulau Pinang ketika itu dilihat bagaikan sedang diserang oleh Armada - Armada Tentera Laut dari berbagai-bagai negara... teringat sebuah filem Hollywood "The Longest Day"... yang memperlihatkan beratus malah beribu-ribu buah kapal tentera laut berlabuh di persisiran pantai... begitulah suasana ketika itu di Pulau Pinang.... 

Agak mengecewakan setelah puas saya mencari di laman-laman web, namun saya tidak menemui lansung butir-butir lanjut mengenai RMN IRFR walaupun dilaman web TLDM sendiri.... mengapa acara bersejarah dan terbesar begini tidak ada lansung paparan mengenainya di laman sesawang. Apa yang saya temui adalah dalam You Tube siaran berita dari TV Jepun. 



Bersama RO Brendan Silas - RMN IRFR 1990


SENARAI KAPAL-KAPAL YANG TERLIBAT DIDALAM PERBARISAN DIRAJA ARMADA ANTARABANGSA PULAU PINANG 1990. 

US Navy  - USS Bunker Hill (CO: Capt. Thomas F. Marfiak)
Rusia  - BPK Admiral Tributs (CO: Vladimir Pavlovich)
Jepun - JDS Katori (CO: Capt. Teruhiro Saihara) 
            JDS Haruyuki (CO: Comander Kenji Yatsu). 
Great Britain - HMS Cardiff (CO : Capt. J.H. Morgan R.N) 
Bangladesh - BNS Ali Haider (CO: Capt. Mohammad Nurul Islam)
                    BNS Umar Farooq (CO: Cdr. Khonder MoyeeNuddin Ahmad)
Brunei Darussalam - KDB Waspada (CO: Maj. Hj. Jamaludin Bin Ghafar). 
Italy - Lebeccio (CO: Cdr. Guzzini Pasquale)
Oman - SNV Nash Al Bahr (CO: Lt.Cdr. Issa bin Mohammed Al Raisi). 
Perancis - FNS Marne (CO: Cdr. Josselin)  
               FNS CDT Duching (CO: Lt. Cdr. L' Henaff)
Turki - TCG Turgutreis (CO: Capt. Devrim Corbacioglu)
Sri Lanka - SNLS Jaya Sagara (CO: Cdr. HS Rathna Keerthi)
New Zealand - HMNZS Waikato (CO: Cdr. David Ian Ledson RNZN)
India - INS Gangga (CO: Capt. SPS Dalal) 
          INS Khukri (CO: Cdr. Sanjeev Bhasin)              
Thailand - HMTS Khirirat (CO: Cdr. Sommai Prakansamut)
Indonesia - KRI Ahmad Yani 


Di antara kapal kapal Negara Luar yang mengambil bahagian ialah Kapal Destroyer Rusia "Admiral Tributs", yang berpengkalan di Vladivostok.

Kapal Destroyer jenis Udaloy I Class ini ada kapal Pemusnah Anti Kapal Selam yang dibina pada tahun 1980.



USS Bunker Hill adalah kapal perang U.S jenis Ticonderoga Guided Missile Cruiser yang dilancarkan pada 11 March 1985.Kapal ini berpengkalan di Pengkalan Tentera Laut US di San Diego, California.
Nama kapal ini mengambil sempena nama satu pertempuran hebat yang pernah berlaku semasa Perang Revolusi di Amerika Syarikat iaitu “The Battle of BunkerHill” pada 17 June 1775. Pertempuran hebat antara terup British dan American Continental Army berlaku di  Boston USA. 


Kapal Tentera Laut Jepun JDS Katori adalah dari The Japanese Maritime Self-Defence Force Squadron. Kapal ini adalah kapal latihan untuk kadet Tentera Laut Jepun. 

JDS Haruyuki (D128) kapal Destroyer Tentera Laut Jepun dibawah perintah Commander Kenji Yatsu ini ditauliahkan pada 14 Mac 1985. 

JDS Setoyuki (D131) juga adalah kapal Destroyer class Tentera Laut Jepun yang ketika itu dibawah perintah Commander Satoru Inada. Kapal ini ditauliahkan pada 11 Disember 1986. 


Saya tidak dapat kepastian samada kapal Republik Indonesia ini adalah KRI Ahmad Yani atau KRI Hasanuddin kerana kalau mengikut Wikipedia, pendant nombor 333 adalah KRI Hasanuddin yang telah dilucutkan tauliah.


HTMS Khirirat sebuah kapal Anti Submarine Warfare Corvette kepunyaan Tentera Laut Di Raja Thailand. Ketika ini kapal HTMS Khirirat adalah dibawah perintah Commander Sommai Prakansamut.

BNS Ali Haider (F17) adalah kapal Frigate Tentera Laut Bangladesh ketika itu dibawah perintah Captain Mohammed Nurul Islam. Kapal ini ditauliahkan pada 12 Disember 1959. 

Kapal BNS Umar Farooq (F16) juga kapal jenis Frigate Tentera Laut Bangladesh. Kapal dibawah perintah Commander Khonder Moyeenuddin ini ditauliahkan pada 11 April 1958. 

Kapal Frigate FNS CDT DUCHING (F795) dibawah perintah Lt. Commander L'Henaff ini ditauliahkan pada 17 Mac 1983. 

Kapal Peranchis FNS MARNE (A630) adalah kapal jenis Underway Replenishment Tanker. Kapal dibawah perintah Commander Josselin ini ditauliahkan pada 16 January 1987. 

HMNZS WAIKATO (F55) Kapal Frigate Tentera Laut DiRaja New Zealand ini dilancarkan pada 18 February 1965 dan ditauliahkan pada 16 September 1966. Ketika IRFR Penang 1990 kapal ini diperintah oleh Commander David Ial Ledson. 

Kapal Jenis Destroyer milik Tentera Laut DiRaja Britain, HMS CARDIFF (D108) telah ditauliahkan pada 24 September 1979. Kapal dibawah perintah Captain J.H. Morgan. 

INS GANGA (F22) kapal Frigate milik Tentera Laut India ditauliahkan pada 30 Disember 1985 ini diperintah oleh Captain SPS Dalal. 

INS KHUKRI (P49) kapal jenis Missile Corvette milik Tentera Laut India ini ditauliahkan pada tahun 1988 dan dibawah perintah Commander Sanjeev Bhasin. 

KDB WASPADA (P02) Waspada Class Fast Attact Craft milik Tentera Laut DiRaja Brunei ini ditauliahkan pada 3 Oktober 1978. Ketika ini (1990) kapal dibawah perintah Major Hj. Jamaludin Bin Ghapar. 

**Maklumat terkini, kapal ini telah dijual kepada TNI-AL ((Indonesia) pada 15 April 2011 dan diberi nama KRI Salawaku.

Kapal Frigate Tentera Laut Italy, LEBECCIO (F572) ditauliahkan pada 5 Februari 1983 adalah dibawah perintah Commander Guzzini Pasquale. 

SLNS JAYASAGARA adalah kapal jenis Offshore Patrol Vessel dimiliki oleh Tentera Laut Sri Lanka. Kapal ini telah ditauliahkan pada 9 Disember 1983 dan ketika IRFR Penang 1990 kapal dibawah perintah Commander HS Rathna Keerthi. 

SNV NASH AL BAHR adalah kapal jenis Amphibious Warfare dimiliki oleh Tentera Laut DiRaja Oman ditauliahkan pada 8 Februari 1985. Kapal dibawah perintah Lt. Commander Issa Bin Mohammed Al-Raisi. 

TCG TURGUTREIS adalah kapal Frigate milik Tentera Laut Turkiye. Ditauliahkan pada 4 Februari 1988 dan dibawah perintah Captain Devrim Corbacioglu. 

FREEDOM OF ENTRY
Antara acara paling menarik adalah upacara Freedom of Entry dimana anak-anak kapal dari negara yang mengambil bahagian menyertai perbarisan mengelilingi bandaraya Pulau Pinang. Seramai 3,000 anak kapal dan pegawai menyertai perbarisan ini. 



TENTERA NASIONALIS INDONESIS - ANGKATAN LAUT (TNI AL)













Bersempena dengan RMN International Royal Fleet Review ini, Bandar Pulau Pinang telah diisytiharkan sebagai Bandar Tentera Laut. 

Perbarisan DiRaja Armada akan tetap menjadi kenangan manis kepada mereka yang terlibat dalam Perbarisan terbesar pernah diadakan oleh TLDM ini. 

Beruntungnya saya yang berkhidmat dengan KD Lekir ketika itu adalah saya berpeluang menyertai 2 Perbarisan Armada Antarabangsa iaitu Perbarisan Armada Antarabangsa TLDM di Pulau Pinang (1990) dan Perbarisan Armada Antarabangsa Tentera Laut New Zealand di Auckland, N.Zealand pada tahun berikutnya iaitu pada tahun 1991. 

Itulah kenangan paling manis ketika berkhidmat dengan KD Lekir..... 

6 comments:

Muhammad Ashady said...

Salam tuan, seingat saya, IRFR 1990 diadakan bersempena sambutan ulang tahun RMN Ke-55..saya masih kecil ketika itu (8 thn) namun memori saya cukup kuat terutama teringat suasana menaiki feri yg disediakan khas untuk orang awam melihat kapal2 yg hadir dengan lebih dekat..cuma sayangnya pada masa itu musim hujan..kesemua gambar yang diambil dari daratan (pada waktu malam) tidak menjadi..namun memori IRFR 1990tetap terpahat..terima kasih kerana sanggup berkongsi...

*disini saya juga ingin minta kebenaran tuan untuk memuat turun gambar yang disertakan sebagai rujukan peribadi. Harap tuan izinkan..

Terima Kasih & W'salam.

-ashady-
casqtello@gmail.com

zulheimymaamor.blogspot said...

Mualaikumsalam....silakan asalkan bertujuan baik saya tak kisah...

Anonymous said...

Terima kasih kerana sudi berkongsi & beri peluang pada saya untuk muat turun gambar2..ianya hanya untuk rujukan peribadi saya yg ckp meminati kapal perang terutamanya buatan USSR / Russia (kelas Kiev, Udaloy / Sovremenny / Krivak & Lenok)..Terima Kasih!

-ashady-

Anonymous said...


Assalamualaikum Tuan Zulheimy.

Tuan, saya pelajar Tingkatan 3 menerima tugasan sejarah mengenai peristiwa bersejarah. Saya memilih Perbarisan Diraja Armada Antarabangsa sebagai topik tugasan saya. Bolehkah saya menemuramah Tuan melalui email tentang peristiwa bersejarah ini ? Saya harap Tuan sudi untuk membantu saya dlm tugasan saya.

Terima kasih,

Amira.

29 April 2017

zulheimymaamor.blogspot said...

Mualaikumsalam..
Saya berbesar hati untuk berkongsi pengalaman saya ... boleh email saya di zul9025@yahoo.com

Anonymous said...

Assalamualaikum terkenang zaman kanak2 dengan perbarisan tentera laut time tu... Saya kalau ada even kat padang kota mesti tak terlepas sebab dekat ja dgn rumah... berek polis leboh pantai masa tu... Cakap ja even apa yg saya tak tgk semua saya tgk... Apa pun even ni paling meriah dgn mcm mcm pameran perarakan Dan jualan kat sana...memang hepening gila....