Thursday, 20 September 1990

KD LEKIR : SOUTH KOREA, 1990


Destinasi KD Lekir selepas lawatan ke Hong Kong ialah Incheon dan Seoul di Korea Selatan. 
Incheon adalah merupakan bandar metropolitan dan pelabuhan utama Korea Selatan dan terletak berhampiran dengan Seoul. Didiami oleh hampir 2.5 juta penduduk Incheon merupakan bandar metropolis ketiga terbesar di Korea Selatan. 

KOREAN WAR
INCHON, 1950
 

Pohang Beach di Incheon adalah pantai yang pernah mengukir sejarah di peta dunia kerana disinilah pada 15 September 1950, 75,000 tentera Amerika dengan 261 kapal perang mendarat dibawah pimpinan General Douglas MacArthur semasa konflik Perang Korea.


PENGKALAN TENTERA LAUT KOREA SELATAN DI INCHON



SEOUL, SOUTH KOREA



Seoul ialah ibu negara dan bandar raya terbesar di Korea Selatan dan juga merupakan salah sebuah bandar raya terbesar di dunia dengan jumlah penduduk melebihi 20 juta orang.
Di kawasan Ibu Negara Seoul ini juga terletak empat Tapak Warisan Dunia UNESCO iaitu Changdeokgung, Kubu Hwaseong, Kuil Jongmyo dan Kuburan DiRaja Wangsa Joseon.
Seoul juga pernah menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas 1988. 

KYONGBOKKUNG PALACE
Terdapat 4 Istana lama Kerajaan Dinasti Choson (1392-1910) di bandar Seoul. Kami hanya sempat mengunjungi salah satu dari 4 istana itu, iaitu Istana Kyongbokkung.


Kyongbokkung Palace
Dibina pada tahun 1394 iaitu tahun ke 3 pemerintahan Dinasti Choson, istana seluas 40 ekar ini adalah simbol keagungan Dinasti tersebut. Pada asalnya terdapat 200 bangunan di dalam istana ini tetapi telah dimusnahkan semasa pencerobohan Jepun pada akhir abad ke 16. Kini hanya terdapat 10 bangunan sahaja di kompleks ini.
Muzium Tradisional Rakyat yang dibuka pada tahun 1975 terletak di dalam kawasan istana ini. 

SEOUL TOWER


Menara Seoul dikenali juga Menara Namsan adalah menara komunikasi dan pemerhatian yang terletak di Gunung Namsan di Pusat Bandar Seoul, Korea Selatan.
Dibina pada tahun1969, menara ini menjadi mercu tanda bandar Seoul mempunyai ketinggian 479.7 m dari paras laut.

Bersama CCY Kamaruddin semasa dalam pelayaran pulang dari Hong Kong dan Korea Selatan
1990


Zulheimy Maamor
18 September 2012 - 5.15 pm





3 comments:

SENAPANG PATAH said...

salam tuan,gambar tuan bersama kamaruddin tu,tu encik kamaruddin karimon ke?

Zulheimy Maamor said...

Ye betul ..Yeoman Kamarudin Karimon... tapi dah lost contact...

SENAPANG PATAH said...

Salam Tuan, Encik Kamaruddin Karimon pernah menjadi supervisor saya di salah sebuah syarikat jepun di port klang pada 1996 2000. Dia menetap di kawasan port klang. ini saya serta kan no telefon tempat kami pernah berkerja

Diamet Klang (M) Sdn Bhd
Lot 26 Leboh Sultan Mohamed 1 Bandar Sultan Suleiman
Port Klang, Selangor 42000
Malaysia
tel: +60 603-31764245