Monday, 24 August 2026

PENGLIBATAN ORANG CINA & INDIA DALAM MENENTANG JEPUN DI TANAH MELAYU

Terdapat komen yang saya baca dalam Media Sosial yang mempersoalkan penglibatan orang Cina, India dan lain-lain dalam mempertahankan Tanah Melayu ketika Perang Dunia Kedua. 

Tidak dinafikan terdapat juga orang Cina dan India yang mengangkat senjata menentang Tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua. Cuma kita kena lihat dari sudut sejarah matlamat utama penglibatan mereka adalah berbeza mengikut unit-unit yang mereka sertai. 

Kita pergi kepada penglibatan orang Cina dahulu, kemudian baru kaum-kaum lain. 

PENGLIBATAN ORANG CINA
Terdapat penglibatan orang Cina dalam beberapa unit sukarela dan pasukan Gerila ketika Perang Dunia Kedua. Mereka terlibat atas landasan Nasionalis, pertahanan tempatan atau sebagai sekutu rasmi British. 

Antara Unit-Unit yang disertai oleh orang Cina adalah"

1. Overseas Chinese Anti-Japanese Army (OCAJA)
Pasukan Gerila dikuasai oleh golongan nasionalis daripada Parti Kuomintang (KMT). Unit ini pernah bekerjasama dengan MPAJA dan Force 136 di kawasan Utara Tanah Melayu. 

2. Dalforce 
Nama Lain : Singapore Overseas Chinese Anti-Japanese Army
Ditubuhkan di Singapura dan Johor pada akhir Disember 1941 dibawah pimpinan pegawai British, Lt.Col. John Dalley. Pemimpin dikalangan orang Cina ialah Tan Kah Kee
Unit inilah yang bertempur di Bukit Timah dan Pasir Panjang sebelum kejatuhan Singapura pada 15 Februari 1942. Saki-baki anggota unit ini kemudian lari ke hutan Johor dan menjadi antara teras awal MPAJA. 

3. Force 136
Terdapat komponen orang Cina dalam Force 136. Tokoh terkenal ialah Lim Bo Seng. Anggota unit ini menyusup masuk ke Tanah Melayu melalui kapal selam atau payung terjun untuk membina rangkaian risikan anti-Jepun. 

4. Pasukan Sukarela - Federated Malay State Volunteer Force dll. 
Pasukan Sukarela yang ditubuhkan oleh British sebelum Perang Dunia Kedua. Ia berbeza dengan pasukan Gerila, kerana ia adalah sebahagian Angkatan Tentera di bawah British Malaya Command. Terdapat ramai orang Cina yang terlibat dalam pasukan Sukarela ini. 

Antara komponen unit ini ialah:
  • Perak Volunteer Force (1st Battalion FMSVF) - unit ini telah bertempur dengan tentera Jepun ketika pengunduran Tentera British di Kampar dan Slim River. 
  • Penang & Province Wellesley Volunteer Corps - terlibat dalam pertahanan Pulau Pinang. 
  • Selangor Volunteer Force (2nd Battalion FMSVF) - mempertahankan Kuala Lumpur dan Klang pada 11 Januari 1942. 
  • Negeri Sembilan (3rd Battalon FMSVF)
  • Kelantan Volunteer Force - dibentuk selepas pendaratan Jepun di Pandai Sabak, Kota Bharu pada 8 Disember 1941.
  • Pahang Volunteer Force (4th Battalion FMSVF)
  • Johor Volunteer Force - unit Jurutera dan Infantri
  • Kedah & Perlis Volunteer Force
  • FMSVF Signals Battalion, Light Infantry Battery, Reserve Motor Transport Company and Field Ambulance. 
Di Borneo :
  • Sarawak Volunteer Force - dibentuk oleh Komuniti Cina di Kuching, Bau dan Miri. 
  • Gerila Kinabalu - dipimpin oleh Albert Kwok, seorang Cina Teochew dari Kuching. Mereka melancarkan Jesselton Revolt paa 1943. 
Nasib anggota Cina dalam FMSVF ini agak tragis berbanding kaum lain kerana Jepun menganggap orang Cina sebagai Musuh politik mereka. Ramai diantara mereka yang telah ditangkap dan dibunuh beramai-ramai dalam Sook Chin Massacre. 

Terdapat kubur-kubur anggota FMSVF yang terkorban dalam pertempuran di Malaya seperti di Taiping War Cemetery, Cheras Road War Cemetery di Kuala Lumpur dan Kranji War Cemetery & Memorial di Singapura. 

Penglibatan kaum India dan lain-lain
Penglibatan mereka ini agak signifikan. Ada yang menyertai MPAJA dan FMSVF tetapi tidak ramai. Orang India yang banyak terlibat dalam pertempuran dengan Tentera Jepun adalah orang India dalam Tentera British bukan orang India di Tanah Melayu. Mereka ada unit Tentera dari India yang diserapkan dalam Tentera British. 

Terdapat juga orang India yang menyertai Tentera Nasional India / Azad Hind Fauj yang dipimpin oleh Subhas Chandra Bose. Namun mereka ini bekerjasama dengan Jepun untuk memerdekakan Tanah India dari jajahan British. 



24 Ogos 2026: 12.57 p.m

No comments: