Monday, 17 August 2026

NOTA ILMU: SEJARAH PEPERANGAN DI ZAMAN RASULULLAH S.A.W DAN KHALIFAH AR-RASYIDIN

Dalam sejarah Islam, siri peperangan bermula selepas peristiwa Hijrah ke Madinah pada tahun 622 M. Peperangan pada zaman Nabi Muhammad SAW dibahagikan kepada dua kategori utama: 
  1. Ghazwah (peperangan yang disertai dan dipimpin sendiri oleh Baginda) 
  2. Sariyah (ekspedisi tentera yang diutus oleh Baginda di bawah pimpinan para sahabat). 
Kronologi Peperangan Zaman Rasulullah SAW
Berikut adalah siri pertempuran utama yang membentuk landskap awal tamadun Islam:
  • Perang Badar (17 Ramadan 2 H / 624 M): Pertempuran besar pertama di mana 313 tentera Islam berjaya menewaskan lebih 1,000 tentera musyrikin Quraisy. Perang ini membuktikan bahawa kekuatan akidah mampu mengatasi kelebihan material. 
  • Perang Uhud (3 H / 625 M): 
    • Umat Islam mengalami kemunduran taktikal dan kehilangan ramai sahabat (termasuk Saidina Hamzah) akibat sekumpulan tentera pemanah yang ingkar arahan Nabi kerana mengejar harta rampasan perang (ghanimah). 
    • Tentera Musyrikin diketuai oleh Abu Sufyan dengan 3000 tentera manakala tentera Islam seramai 1000 orag. 
    • Abdullah bin Ubay mengetuai beberapa tentera Islam keluar dari pertempuran dan kembali ke Madinah. 
    • Syahidnya Bapa Saudara Nabi Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib
  • Perang Khandaq / Al-Ahzab (5 H / 627 M): 
    • 10,000 tentera Yahudi & Musyrikin menyerang penduduk Islam di Madinah. Tentera Islam seramai 3,000 orang bertahan di Madinah. 
    • Strategi luar biasa membina parit (cadangan Salman al-Farisi) di sekeliling kota Madinah bagi menyekat pengepungan gabungan (Ahzab) tentera musyrikin dan sekutu Yahudi.
  • Perang Mu'tah (8 H / 629 M): 
    • Pertempuran sengit pertama menentang empayar besar Byzantine (Rom Timur) di wilayah Jordan ekoran pembunuhan utusan diplomatik Islam, Al-Harith bin Umair al-Azdiy. Beliau dibunuh dengan kejam oleh Syurahbil bin Amru al-Ghassani (Gabenor Rom di Balqa).
    • 3,000 Tentera Islam menentang 100,000 hingga 200,000 Tentera Gabungan Rom dan Arab Ghassanid.
    • Tiga Panglima Tentera Islam gugur Syahid - Zaid bin Harithah, Ja'afar bin Abi Talib dan Abdullah bin Rawahah. Khalid bin Walid dilantik mengetuai Tentera Islam selepas gugurnya 3 panglima Islam. Beliau digelar "Pedang Allah" oleh Rasulullah s.a.w.
  • Pembukaan Kota Mekah (Fathu Makkah - 8 H / 630 M): 
    • 10,000 tentera Islam menuju ke Mekah dari Madinah setelah kaum Quraisy melanggar Perjanjian Hudaybiyyah dengan membantu Bani Bakr menyerang dan membunuh suku Bani Khuza'ah. 
    • Kemuncak kemenangan tanpa tumpahan darah yang besar, di mana Nabi Muhammad SAW membersihkan Kaabah daripada 360 berhala dan memaafkan penduduk Mekah.  
    • Abu Sufyan bin Harb, Hindun bt Utbah dan Ikrimah Bin Abu Jahal memeluk Agama Islam. 
  • Perang Hunain & Thaif (8 H / 630 M): 
    • 12,000 tentera Islam menentang 20,000 tentera musuh pimpinan Malik bin Auf
    • Tentera Islam diuji dengan sifat riak. 
  • Perang Tabuk (9 H / 630 M): Peperangan terakhir yang disertai oleh Rasulullah SAW. Tentera Islam seramai 30,000 orang mara ke utara untuk menghadapi ancaman Rom, tetapi tentera Rom menarik diri sebelum pertempuran bermula. 
PEPERANGAN DI ZAMAN KHULAFA AR-RASYIDIN
Peperangan di zaman Khulafa Ar-Rasyidin (632–661 M) terbahagi kepada dua fasa utama iaitu futuhat (perluasan kuasa luar) menentang Empayar Rom Byzantine dan Parsi Sasaniah, serta perang saudara domestik (Fitnah Pertama) yang berlaku akibat pergolakan politik dalaman. 
Berikut adalah ringkasan siri peperangan utama mengikut kronologi pemerintahan empat khalifah:
1. Zaman Khalifah Abu Bakar As-Siddiq (632–634 M)
Fokus utama pemerintahan beliau adalah menstabilkan semula Semenanjung Arab selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW sebelum memulakan kempen luar. 
  • Perang Riddah / Perang Yamamah (632–633 M): 
    • Siri kempen ketenteraan untuk memerangi golongan murtad, nabi palsu (seperti Musailamah al-Kazzab), dan kabilah yang enggan membayar zakat. 
    • Al-Bara' bin Malik  bertindak berani mati dengan dirinya dicampak melepasi tembok tinggi menggunakan alat loncatan dan berjaya membuka pintu gerbang dari dalam.
    • Musailamahal-Kazzab berjaya dibunuh oleh Wahsi bin Harb (orang yang pernah membunuh Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib ketika Perang Uhud dan akhirnya memeluk Islam). 
    • Gugur Syahid Zayd bin Al-Khattab, saudara kandung Umar Al-Khattab. 
  • Usamah bin Zaid mengetuai ekspedisi ke Syria. 
  • Permulaan Kempen Iraq & Syam: Menghantar panglima Khalid bin al-Walid untuk membuka wilayah Iraq (sempadan Parsi) dan menggerakkan tentera ke wilayah Syam (sempadan Rom).
2. Zaman Khalifah Umar bin al-Khattab (634–644 M)
Zaman ini merupakan era keemasan ekspansi ketenteraan Islam yang menyaksikan kejatuhan dua empayar besar dunia. 
  • 634M - Penaklukan Damsyik  : 
    • Membebaskan bumi Syam dari Empayar Rom Byzantine. 
    • 20,000 Tentera Islam dibawah Pimpinan Khalid ibn Walid, dibantu oleh Abu Ubaidah bin al-Jarrah, Yazid bin Abi Sufyan dan Syurahbil bin Hasanah
  • 635M - Penawanan Madain : 
    • Ibukota Empayar Parsi Sassanid. 
    • Dipimpin oleh Sa'ad bin Abi Waqqas
    • Empayar Sassanid dibawah Maharaja Yazdegerd III.
  • 636M - Perang Yarmuk : 
    • Pertempuran hebat menentang Empayar Rom Byzantine yang membuka jalan kepada penguasaan penuh Islam di wilayah Syam dan Baitulmaqdis. 
    • 30,000 Tentera Islam dipimpin oleh Khalid ibn Walid
    • Tentera Rom seramai 240,000 dipimpin oleh Theodore Trithyrius dan Vahan di bawah perintah Maharaja Heraclius
    • Kejatuhan penguasaan Rom di Syria, Palestin dan Jordan. 
    • Penglibatan Kaum Wanita (Sahabiyah) - Hindun binti Utbah
    • 3 Sahabat yang syahid : Ikrimah bin Abu Jahal, Al-Harith bin Hisham dan Ayyash bin Abi Rabi'ah
    • 2 anak Khalifah Ar-Rasyidin yang turut menyertai pertempuran sebagai tentera biasa ialah Abdurahman bin Abu Bakar as-Siddiq dan Abdullah bin Umar Al-Khattab
  • 636M - Perang al-Qadisiyyah : Dipimpin oleh Sa'ad bin Abi Waqqas menentang tentera Parsi di bawah panglima Rustam Farrokhzad. Kemenangan ini meruntuhkan benteng pertahanan utama Parsi. 
  • 638M - Penaklukan Baitulmaqdis oleh Tentera Islam dibawah Abu Ubaidah bin al-Jarrah dan Amru bin al-As
  • 642M - Perang Nihawand : Dikenali sebagai "Fathul Futuh" (Pembukaan daripada Segala Pembukaan) yang menamatkan empayar berpusat Parsi Sasaniah secara mutlak. Tentera Islam dipimpin oleh al-Nu'man bin Muqarrin al-Muzani manakala tentera Parsi dipimpin oleh Mardan Shah
  • 640-642M - Pembukaan Mesir (640–642 M): Diketuai oleh Amru bin al-Aas dan al-Zubair bin Al-Awwam yang berjaya membebaskan Mesir daripada cengkaman Rom Byzantine. 
3. Zaman Khalifah Uthman bin Affan (644–656 M)
Perluasan kuasa diteruskan ke wilayah yang lebih jauh serta menyaksikan penubuhan angkatan tentera laut Islam yang pertama.
  • Perang Dzatus Sawari (655 M): Pertempuran laut pertama yang menyaksikan armada Islam berjaya menewaskan ratusan kapal perang Rom Byzantine di Laut Mediterranean. Pemimpin Angkatan Laut Muslim ialah Abdullah bin Sa'ad bin Abi Sarh
  • Ekspansi ke Timur & Afrika Utara: Penerusan kempen sehingga ke wilayah Caucasus, Khurasan (Transoxiana), serta perluasan ke Cyprus, Tunisia, dan Libya. 
4. Zaman Khalifah Ali bin Abi Talib (656–661 M)
Fasa ini tidak melibatkan perluasan kuasa luar kerana empayar Islam berhadapan dengan perang saudara (Fitnah Pertama) akibat tuntutan bela atas pembunuhan Khalifah Uthman. 
  • Perang Jamal / Perang Unta (656 M): Perang Saudara pertama dalam Sejarah Islam. Pertempuran antara pasukan Khalifah Ali dengan puak yang menuntut keadilan dipimpin oleh Saidatina Aisyah, Talhah bin Ubaidillah , dan al-Zubair bin Awwam. Talhah dan Zubair gugur dalam pertempuran ini. 
  • Perang Siffin (657 M): Pertempuran antara tentera Khalifah Ali menentang gabenor Syam, Muawiyah bin Abi Sufyan, yang berakhir dengan peristiwa Majlis Tahkim (Arbitrasi).
  • Perang Nahrawan (658 M): Tindakan ketenteraan Khalifah Ali bagi menumpaskan golongan Khawarij (puak yang keluar daripada pakatan Ali selepas Tahkim). 
Rujukan : 
17 Ogos 2026: 5. 55 p.m

No comments: