Sunday, 14 April 2024

Ini Sejarah Rumah Agam Berusia 100 Tahun Di Terengganu Yang Asalnya Di Batu Gajah



Oleh : Nizam Ali
PERISTIWA N' SEJARAH
14.4.2024

Sebut sahaja Kellie’s Castle pasti semua orang sudah terbayangkan rumah agam yang menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara yang terletak di Batu Gajah, Kinta Perak itu.
Bukan sahaja dikenali di Malaysia malahan istana yang dibina William Kellie Smith pada tahun 1915 itu turut mendapat perhatian meluas media di UK dan dikatakan antara rumah agam tersendiri dan tercantik di Malaysia walaupun gagal disiapkan.
Namun tahukah anda selain Kellie’s Castle, sebelum ini terdapat satu lagi rumah agam yang tidak kurang hebat yang turut dibina sezaman dengannya yang kini sudah dipindahkan ke Terengganu?
,Rumah tersebut pada masa itu dikenali dengan nama The Alma Baker Mansion, atau dalam bahasa melayunya ‘Rumah Agam Alma Baker .
Ironinya rumah tersebut dibina lebih awal oleh Charles Alma Baker atau lebih tepat individu yang banyak membantu William Kellie Smith sewaktu mula bertapak di Tanah Melayu.
Diberi nama ‘Alma’ sewaktu kelahirannya pada 1854 sempena kemenangan tentera British dan Perancis keatas tentera Rusia dalam Perang Crimea , Alma Baker dibesarkan sebuah keluarga sederhana British yang kemudiannya berpindah ke New Zealand.
Beliau kemudian membesar dan menempa nama di Auckland sebelum mengahwini Florence, anak kepada bekas Perdana Menteri dan usahawan terkemuka New Zealand iaitu Sir Frederick Whittaker.
Namun ekoran satu skandal hubungan luar nikah nya dengan seorang wanita disana, Alma kemudian bersama isterinya merancang melarikan diri ke India melalui Singapura.
Namun bagaikan sudah tertulis, sewaktu di Singapura mereka telah terlepas kapal yang seharusnya ke India dan tanpa sengaja terdenar bahawa terdapat permintaan tinggi untuk pegawai Jurukur di Perak memandangkan industi perlombongan bijih timah sedang meletup letup disana.
Mereka kemudian pergi ke Perak dan terus menetap di Tanah Melayu sehingga kematiannya pada 1941 di Pulau Pinang
Seperti diduga, selepas tiba di Perak, Alma berjaya mendapatkan kontrak sebagai juruukur yang didambakannya bersama kerajaan negeri Perak dan dari situ dia mula mengumpulkan hartanya.
Difahamkan pada 1894, beliau akhirnya membina sebuah rumah agam baru dengan niat untuk menunjukkan hasil kekayaan yang dimilikinya. Malah terdapat rumors yang mengatakan dia dan William Kellie saling menonjolkan kekayaan masing-masing sehingga Kellie Smith kemudiannya turut membina istanya, Kellie’s Castle.
Selepas kontraknya sebagai jurukur tamat pada 1897, Alma Baker kemudiannya mencebur bidang perlombongan .
Bukan hanya menjadi pelopor serta menjadi orang pertama yang menggunakan kapal pengorek bijih timah dan kekayaan beliau turut bertambah sehingga berjaya menubuhkan Kinta Valley Estate setelah mendapatkan pajakan tanah seluas 2000 ekar dari kerajaan negeri menjadikan ladangnya antara yang terbesar di Malaya.
Selepas berpuluh tahun membina nama dan harta, Alma akhirnya mati pada 8 April 1941, dan dikebumikan di perkuburan Kristian Batu Gajah. Pemergiannya juga menyebabka e rumah berkenaan tidak berpenghuni dan terbiar di mamah zaman.
Sehinggalah pada tahun 2004, rumah agam berkenaan telah dibeli oleh seorang peguam dari Terengganu.
Dia kemudiannya membuka satu persatu struktur rumah sebelum memindahkannya ke sebuah lokasi bersebelahan pantai di Kampung Telaga Papan, Setiu, Terengganu sejauh 746 KM dan akhirnya menukar namanya kepada ‘Ombak’
Yang tinggal kini hanyalah tapak dan tiang asal rumah Agam Alma Baker tersebut.
buzzkini

Copy and paste:
14 April 2024 > 6 Syawal 1445H: 10.46 p.m

No comments: