Sunday, 21 April 2024

6 APRIL 1543 - PENAKLUKAN CONSTANTINOPLE

SUMBER: ASTRO AWANI
6 APRIL 2024 
Hari ini 571 tahun yang lalu, Uthmaniyah pimpinan Sultan Mehmed II mula mengepung Constantinople.
Kota Constantinople diasaskan pada 330 oleh Constantine I sebagai ibu kota Empayar Byzantine. Beratus-ratus tahun ia teguh menahan pelbagai ancaman, namun jatuh ke tangan tentera Latin dalam Perang Salib Keempat pada 1204.
Orang Nicaea menawan semula Constantinople pada 1261 & membentuk semula Empayar Byzantine di bawah dinasti Palaiologos. Kerana berbeza fahaman, kerajaan Orthodoks Byzantine tak disokong Gereja Katolik. Lama kelamaan, kota ini melemah.
Byzantine terus ditekan apabila terbentuknya kerajaan Uthmaniyah pada 1299 & sedikit demi sedikit wilayahnya dirampas. Menjelang akhir abad ke-15, Byzantine hanya tinggal Constantinople yang terkepung di dalam wilayah yang dikuasai Uthmaniyah.
Mehmed II, yang naik takhta pada 1451 di usia 19 tahun, beriltizam tinggi meneruskan misi turun-temurun Uthmaniyah untuk menakluk Constantinople. Persiapan panjang dibuat & Mehmed bersama 100,000 tenteranya mula mengepung kota itu pada 6 April 1453.
Byzantine yang dipimpin Konstantinos XI Palaiologos ketika itu serba-serbi kekurangan dari segi ketenteraan. Walau punyai tembok kota yang teguh sepanjang 19km, tak cukup tentera untuk disusun memperkuat pertahanan.
Angkatan Mehmet memiliki sesuatu yang tak pernah dibawa oleh mana-mana musuh Byzantine sebelum itu - meriam. Yang terbesar adalah sepanjang 9m & berupaya menempak peluru seberat 500kg sejauh 1.5km.
Selepas 53 hari, pada subuh 29 Mei 1453, serangan habis-habisan dilancarkan. 3 lapisan Dinding Theodosian yang masyhur akhirnya bocor, membolehkan barisan Janissari memasuki kota & menghapuskan tentera musuh yang tersisa.
Konstantinos XI terbunuh dalam pertempuran akhir itu & mayatnya tak ditemukan. Menjelang tengahari, Mehmed masuk ke kota & mengisytiharkan Hagia Sofia, yang asalnya gereja, ditukar menjadi masjid & Constantinople sebagai ibu kota baharu Uthmaniyah.
Kejatuhan Byzantine itu menandakan berakhirnya riwayat Empayar Rom selepas wujud hampir 1,500 tahun, di tangan Mehmed yang digelar 'al-Fatih', bererti ‘Sang Penakluk’.
Sumber: World History

Copy and paste:
21 April 2024 > 12 Syawal 1445H: 1.14 p.m


May be an image of text that says "PERISTIWA 6 APRIL 1453 astro AWAN"
All reacti

No comments: