Sunday, 21 April 2024

2777 TAHUN YANG LALU ROME DI ASASKAN

Sumber: Astro Awani

Hari ini 2,777 tahun yang lalu, kota Rom diasaskan.
Kisah pembentukan Rom bersandarkan pada mitos, yang muncul sekitar kurun ke-4 Sebelum Masihi (SM) & tarikh sebenar pengasasan Rom ditetapkan oleh Marcus Terentius Varro pada kurun pertama SM.
Menurut legenda, Rom diasaskan oleh Romulus & adik kembarnya Remus. Romulus & Remus adalah anak kepada Rhea Silvia, anak gadis Raja Numitor pemerintah Alba Longa, sebuah kota mitos di Perbukitan Alba tenggara kawasan yang kemudian menjadi kota Rom. Mereka dikatakan berketurunan Aeneas dari Troy.
Numitor diusir adiknya Amulius, yang memaksa Rhea kekal dara supaya dia tak melahirkan zuriat yang nanti akan menuntut gelarannya. Namun Rhea dihamilkan oleh dewa perang Mars lalu melahirkan Romulus & Remus.
Amulius memerintahkan bayi kembar itu dilemaskan di dalam sungai Tiber, tapi mereka terselamat & dihanyutkan ke darat di kaki Bukit Palatin, di mana mereka disusukan seekor serigala betina hingga ditemukan oleh pengembala bernama Faustulus.
Romulus & Remus membesar di bawah jagaan Faustulus menjadi pemimpin kumpulan pahlawan gembala muda. Lepas mengetahui identiti sebenar mereka, Romulus & Remus menyerang Alba Longa, membunuh Amulius & mengembalikan datuk mereka ke takhta.
Kembar itu kemudian mengasaskan sebuah kota di lokasi mereka diselamatkan ketika bayi. Bagaimanapun kemudian mereka bertelingkah & Remus dibunuh oleh abangnya. Romulus menjadi pentadbir penempatan itu yang dinamakan “Rom” sempena namanya.
Lepas memerintah cukup lama & jaya, Romulus mati atas sebab yang tak pasti. Ramai orang Rom percaya beliau bertukar menjadi dewa & memujanya sebagai Quirinus. Selepas Romulus, ada 6 lagi raja sebelum republik Rom diasaskan pada sekitar 509SM.
Sejarawan moden meragui kewujudan pengasas tunggal atau peristiwa pengasasan kota ini & tiada bahan bukti ditemukan yang menghubungkan Rom awal dengan Alba atau Troy, memandangkan kedua-dua kota itu dipercayai hanya mitos.
Pembuktian arkeologi memberitahu yang Rom membangun daripada penyatuan beberapa penempatan perbukitan ketika Zaman Gangsa Akhir/awal Zaman Besi.
Sumber: History

Copy and Paste:
21 April 2024 > 12 Syawal 1445H: 1.09 p.m

No comments: