Wednesday, 24 January 2024

PENGLIBATAN PERTAMA ATM DALAM MISI PENGAMAN PBB DI CONGO 1961-63

Posted by:
Hj Zulheimy Maamor
7 July 2019

Angkatan Tentera Malaysia pertama kali terlibat dengan misi Pengaman PBB ialah pada tahun 1961 - 1963 di Congo, Afrika.



Congo ialah sebuah negara yang terletak di Afrika memperolehi kemerdekaan dari Brussel pada 30 Jun 1960. Bagaimanapun selepas 4 hari mencapai kemerdekaan, satu Pemberontakan tentera yang dipimpin oleh Mobutu Sese Seko telah berlaku.
Peristiwa hitam tercetus dengan pembunuhan Perdana Menteri Patrice Lumumba yang memberi tamparan hebat kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berikutan kematian Setiausaha Agung PBB Dag Hammarskjöld dalam nahas kapal terbang semasa dia cuba untuk menjadi pengantara.
Memandangkan keadaan yang semakin serius Presiden Congo ketika itu telah meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menghantar Tentera PBB bagi memulihkan keamanan di Congo. Terup pertama tentera PBB yang tiba ialah dari Negara Tunisia dan di ikuti dengan negara-negara lain kemudiannya termasuk dari Persekutuan Tanah Melayu.
PENGLIBATAN MALAYAN SPECIAL FORCE
Penglibatan Tentera Persekutuan Tanah Melayu bermula apabila Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman Putra bermesyuarat di London dengan Perdana Menteri Britain membincangkan penyertaan Tentera Tanah Melayu dalam misi Pengaman PBB di Congo pada Mei 1960.
Malayan Special Forces (MSF) diutuskan ke Congo menyertai tentera tentera dari Negara Ethopia, Ghana, Guinea, Indonesia, Ireland, Liberia, Mali, Morocco, Sudan, Sweden, Tunisia dan Mesir dalam Misi Organisation des Nations au Congo (ONUC) pada 30 Oktober 1960.

Pemerintah Ulung Malayan Special Forces di Congo adalah Brig. Jen. Abdul Hamid Bidin (11.4.1961 - 15.3.1962). Beliau kemudian diganti oleh Brig.Jen. Mohammed Noor Hj Tamin (16.3.1962 - 29.1.1964).
Batalion ke 4 RAMD dibawah perintah Lt Kol Ungku Nazaruddin adalah merupakan komponen MSF pertama di utuskan ke Congo pada 4 Oktober 1960. 4 RAMD disertai juga oleh Skuadron C, 2 Rejimen Peninjau dibawah Maj. Zain Mahmud Hashim.

Batalion RAMD yang terlibat dalam misi ONUC di Congo adalah:
  1. 4 RAMD di bawah Lt.Kol. Ungku Nazaruddin Ungku Mohamed : 1.11.1960 - 18.7.1961. Batalion disertai oleh Skuadron C, 2 Rejimen Peninjau dibawah Mejar Zain Mahmud.
  2. 6 RAMD dibawah Lt.Kol. Syed Mohamed Syed Ahmad Al-Sagoff : s13.7.1961 - 31.3.1962. Batalion disertai oleh Skuadron A, 2 Rejimen Peninjau dibawah Mejar Lakhbir Singh Gill.
  3. 7 RAMD dibawah Lt.Kol. Khalid Mohd Yassin : 27.2.1962 - 30.12.1962. Batalion dibantu oleh Skuadron A, 1 Rejimen Peninjau dibawah Mejar Harchand Singh (arwah ayah saya Allahyarham Maamor bin Sudin terlibat dalam unit ini).
  4. 2 RAMD dibawah Lt.Kol. I.W. Llyod Jones : 27.6.1962 - 12.4.1963. Batalion dibantu oleh Skuadron C, 2 Rejimen Peninjau dibawah Mejar Asna Mohd Sutan.
Rejimen Peninjau (sekarang Kor Armor DiRaja) yang terlibat adalah:
  1. 2 Rejimen Peninjau dibawah Lt.Kol.Roger Nixon : 1.11.1960 - 3.2.1962
  2. 1 Rejimen Peninjau dibawah Lt.Kol J.H. Mallard : 30.1.1962 - 12.4.1963
Batalion ke 4 Rejimen Askar Melayu DiRaja dibawah Lt.Kol Ungku Nazaruddin yang berpengkalan di Mentakab, Pahang berserta Skuadron C, 2 Rejimen Peninjau dibawah Mejar Zain Mahmud yang berpengkalan di Port Dickson, Negeri Sembilan adalah merupakan komponen MSF yang pertama diutuskan di Congo.
Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu Tunku Abdul Rahman Putra merupakan antara kenamaan yang mengiringi keberangkatan kontinjen pertama MSF ke Congo di Pelabuhan Swettenham.
2 buah Kapal Pengangkut Amerika Syarikat iaitu USS Whitfield County (1169) dan USS Windham County (1170) membawa kontinjen MSF ke Congo yang tiba di Pelabuhan Matadi, Boma, Congo pada 1 November 1960.




KAPAL US NAVY
Kapal United State Navy yang terlibat dalam membawa anggota MSF ke Congo adalah USS Whitfield County, USS Windham County dan USS General R.M. Blatchford.


USS Whitfield County (LST-1169) adalah kapal pengangkut (Landing Ship Tank) US Navy, berkhidmat dari 1954 - 1973. Pernah terlibat dalam misi di Atlantik, Caribbean and Pasifik dan juga Perang Vietnam.


USS Windham County (LST-1170) kapal pengangkut (Landing Ship Tank) US Navy yang berkhidmat dari 1954 - 1973. Pernah terlibat dalam Perang Vietnam dari 1964 - 1966.


USS GENERAL R.M. BLATCHFORD (AP-153) adalah kapal pengangkut US Navy kelas General G.O. Squier. Dinamakan sempena nama Jeneral US Army General R.M Blatchford, veteran perang Spanish-American War. Pada 1 Mac 1950 kapal ini diserapkan kepada Military Sea Transportation Service (MSTS) dan dinamakan semula sebagai USNS General R.M Blatchford (T-AP-153). Pernah terlibat sebagai kapal pengangkut tentera ketika Perang Dunia kedua.


PENGLIBATAN SENIMAN & SENIWATI DI CONGO
Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu turut menghantar beberapa orang Seniman dan Seniwati Tanah Melayu ke Congo untuk mengadakan lawatan selama 1 bulan pada 3 April 1961 disambing menghiburkan anggota-anggota kita yang berjauhan dengan keluarga dan sanak saudara. Rombongan Seniman dan Seniwati adalah terdiri daripada Pelakon Normadiah dan Hashimah Yon disertai oleh penyanyi S.M Salim, Ismail Bontak dan Hamzah Dolmat.

Seniwati Normadiah dan Hashimah Yon di Congo



Yang baju putih kanan sekali adalah S.M. Salim






Arwah Ayah saya (kiri Sekali) Allahyarham WO2 Maamor Bin Sudin dari Batalion 7 Rejimen Askar Melayu DiRaja di Albertville, Congo, Afrika.





WO2 MAAMOR BIN SUDIN (7 RAMD) DI BUKAVU,CONGO
















Tiga orang tentera kita telah meninggal dunia sepanjang perkhidmatan di Congo iaitu 10507 LKpl Yusof Yaakob (6 RAMD) terkorban apabila sebuah gudang peluru meletup di Indu pada malam 27 Julai 1961 dan 13560 Prebet Sional Jantan (7 RAMD) mati lemas di Tasek Kivu pada 6 Jun 1962 dan 14120 Prebet Shaari Mat Isa (2 RAMD) meninggal dunia akibat sakit appendicitis di Hospital Goma, Congo pada 27 Disember 1962.
Perkhidmatan Tentera Tanah Melayu di Congo tamat dengan kembalinya Batalion ke 2 RAMD ke tanah air pada 28 April 1963. Pasukan MSF telah mendapat kepujian daripada Setiausaha Agong PBB ketika itu iaitu U Thant (nama beliau diabadikan di sebatang jalan di Kuala Lumpur).
3 orang anggota MSF telah dikurniakan pingat Panglima Gagah Berani semasa bertugas di PBB iaitu Kapten Maurice C.S.Lam dan Lt Muda N.H. Siebel dari Sekuadron A 2 Rejimen Peninjau dan Lt. Lee Ah Pow juga dari Rejimen Penindau di atas keberanian mereka dalam tragedi di Kindu.




Congo adalah mukadimah kepada misi pengaman PBB yang melibatkan Negara kita kerana sesudah itu banyak lagi misi pengaman PBB yang membabitkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di pelbagai kawasan konflik sebagai komitmen Negara sebagai anggota PBB di arena antarabangsa yang turut mengharumkan nama Negara dan ATM.
*** Arwah Ayah Ku Allahyarham 2059 PW2 Maamor Bin Sudin dari Batalion ke 7 Rejimen Askar Melayu DiRaja adalah antara mereka yang terlibat dalam misi pengaman PBB di Congo 1962 - 63... ketika itu usia saya baru setahun.....

24 January 2024 > 13 Rejab 1445H: 9.04 pm

No comments: