Tuesday, 8 November 2022

ORANG ASAL TANAH MELAYU

OLEH: DATO' HAJI MUHAMMAD ZAKARIA
Penasihat Jabatan Penerbitan Telaga Biru Sdn Bhd
(Majalah SOLUSI Isu 129 tahun 2019)

Akhir-akhir ini ada suara sumbang yang mempertikaikan bahawa bangsa Melayu bukan berasal dari Tanah Semenanjung. Sedangkan tinggalan arkeologi membuktikan bangsa Melayu telah pun mendiami alam Melayu ini selewat-lewatnya 40,000 tahun dahulu
Bangsa Melayu telah lama didapati memiliki identiti DNA ataupun genetik yang asli, bukan berasal atau hasil percampuran daripada bangsa atau tamadun lain. 
Kita sedia maklum Alam Melayu terdiri daripada Nusantara yang merangkumi Malaysia dan Indonesia, gugusan pulau di Polinesia dan Mikronesia di Lautan Pasifik sehinggalah ke Pulau Madagascar di Lautan Hindi.
Tahukah anda, kawasan ini sudah mewakili satu pertiga kawasan dunia?

Geologi kewujudan Kepulauan Melayu
Duhai bangsa ku!!
Kepulauan Melayu di Pentas Sunda yang membentuk sebahagian besar Asia Tenggara terjadi apabila paras laut naik sekitar 12,000 tahun dahulu. Sebelum itu, kawasan ini adalah sebuah benua kecil hingga ke Taiwan. Pentas Sunda menerima penghijrahan manusia purba dari benua Afrika berdasarkan teori Out of Africa oleh Oppenheimer. 
Dari Afrika mereka berhijrah ke alam Melayu secara langsung melalui Timur Tengah, Yaman dan India, bukan dari China. Selain itu, Oppenheimer dalam sebuah lagi bukunya "Eden in the East:The Drowned Continent of Southeast Asia" telah membuktikan bahawa Asia Tenggara, khususnya Pentas Sunda adalah tempat lahirnya tamadun manusia yang pertama di dunia

Bahasa Melayu Bahasa Awal Dunia.
Rumpun Melayu didefinasikan sebagai suatu rumpun bangsa Melayu Austronesia yang bertutur dengan bahasa Melayu. Hari ini bahasa Melayu ditutur oleh 300 juta rumpun Melayu dan menduduki tampat kelima sebagai bahasa yang ramai penutur di dunia. 
Pengkaji bahasa mendapati ada sejumlah 800 hingga 1,200 cabang bahasa rumpun Melayu. Bahasa ini tersebar dari Pulau Madagascar di Barat hingga Pulau Easter di Timur Alam Melayu. 
Menurut Ismail Hussein dan Amat Juhari, orang Melayu di Nusantara telah menulis dan membaca menggunakan aksara mereka yang tersendiri yang dinamakan Huruf Rencong sebelum menggunakan Aksara Palavi
Kewujudan huruf Rencong ini telah membuktikan bahawa bahasa Melayu telah lama wujud di alam Melayu, sekaligus menafikan kenyataan yang mengatakan bahasa Melayu muncul daripada bahasa Sanskrit

Genetik Melayu terawal
Duhai bangsa ku!!
Kajian terhadap genetik bangsa Melayu pula menunjukkan bahawa nenek moyang mereka merupakan manusia terawal yang hidup dan wujud di alam Melayu. Sebahagian besar genetik penduduk di Kepulauan Asia Tenggara wujud sejak manusia mula sampai ke Asia Tenggara 50,000 tahun dahulu. 
Kajian pakar genetik terhadap DNA mitokondria (mtDNA) orang asli di Semenanjung Malaysia menunjukkan bahawa usia genetik orang asli Semang dan orang asli Senoi mencecah hampir 60,000 tahun. 
Terdapat juga kajian genetik bangsa Melayu lain yang menyatakan usianya sekitar 40,000 tahun. Orang Negrito yang berasal dari bangsa Melayu yang hidup pada zaman kebudayaan Hoabinhians juga mempunyai mtDNA yang mencedah 60,000 tahun. 
Sudah terang lagi tersuluh, bukti geologi, bahasa dan genetik telah menerangkan kepada kita bahawa orang Melayu merupakan penduduk asal Tanah Melayu

Disalin oleh:
Haji Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, KL
8/11/2022 > 13 Rabiulakhir 1444H: 3.56 pm


No comments: