Wednesday, 30 November 2022

SALASILAH BANI JAWI : KETURUNAN NABI NUH AS MELAHIRKAN KETURUNAN ASLI MELAYU

Posted by : Nurul Kejora Muhammad > ALAM MELAYU MERINDU

Salasilah Bani Jawi, dimana keturunan Nabi Nuh AS melahirkan keturunan asli Melayu yakni Bani Jawi.
Keturunan yang asli ini yakni Bani Jawi telah bersemenda dengan keturunan dari Nabi Ibrahim AS dan akhirnya menyebar luas lalu menjadi bangsa Melayu moden seperti yang dilihat pada hari ini.
Admin memaksudkan keturunan asli Bani Jawi yang berasal daripada keturunan Nabi Nuh AS itu adalah rumpun Melayu Polinesia yang terdiri daripada suku-suku kaum Melayu Proto, Orang Asli, Orang Laut dan lain-lain suku-suku kaum asli yang lain baik di Nusantara, Formosa, Madagaskar dan Kepulauan Pasifik.
Setelah berlalunya ribuan tahun lamanya, kaum asli keturunan Nabi Nuh AS telah banyak bersemenda dengan keturunan Nabi Ibrahim AS seperti kaum Kambujadesa yang menggunakan bahasa Sanskrit.
Kaum Kambujadesa ini ada yang telah datang ke Nusantara lalu bersemenda dengan keturunan asli Melayu disini lalu melahirkan bangsa Melayu moden hari ini.
Perkahwinan antara Nabi Ibrahim AS dengan Keturah adalah seorang Melayu asli dari Nusantara ketika ekspedisi dakwah Nabi Ibrahim ke rantau ini.
Oleh itu, kita sebagai bangsa Melayu moden pada hari ini adalah keturunan dari bangsa Mala, kita membawa darah keturunan Nabi Nuh AS, darah Keturah dan darah ayahanda kita yakni Nabi Ibrahim AS.
Dan, pada zaman sekarang, persemendaan dengan keturunan Rasulullah SAW juga telah pun berlaku dan menjadikan kita bangsa Melayu adalah bangsa yang telah banyak bercampur aduk darahnya. Jadi, tak hairanlah kalau kita perhatikan bangsa Melayu adalah sebuah bangsa yang mudah menerima agama Islam kerana asal usul kita mula-mula dulu dari agama Islam Nabi Nuh AS, Nabi Ibrahim AS, kemudian bertukar agama menjadi Hindu dan Buddha (dimana amalan agama Hindu dan Buddha di alam Melayu sangat berbeza dengan amalan Hindu dan Buddha di India dan China pada suatu ketika dahulu.
Kemudian, Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad Rasulullah SAW telah tiba dan umat Melayu beramai-ramai memeluknya secara berperingkat.
Dari rajah ini jelaslah sudah, bahawa di tanah ini dahulu kosong tidak ada penghuni.Keturunan Nabi Nuh AS datang dan memakmurkannya, semakin hari semakin besar dan maju.
Kerajaan demi kerajaan mula terbentuk kemudian, hubungan antarabangsa berkembang pesat. Disebabkan perhubungan yang pesat, datanglah pelbagai bangsa-bangsa dari seluruh dunia berdagang disini.
Lalu, bersemenda dengan orang-orang tempatan kemudian, ajaran tempatan yang pada mulanya mentauhidkan yang Esa berubah sedikit demi sedikit dengan memasukkan elemen-elemen luar.
Lama-kelamaan, berubahlah ajaran tauhid kepada ajaran polytheisme.
Ribuan tahun sudah berlalu, bangsa Melayu semakin gah dan gagah dengan empayar Sriwijaya, Langkasuka dan Majapahit. Kemudian, dilanggar penjajah selama 400 tahun lebih.
Akhirnya, dapat memerintah sendiri tanah yang diwarisi oleh nenek moyang sebagai sebuah bangsa yang berdaulat.Kenang-kenangan zaman kegemilangan nenek moyang hanya tersemat di hati pada anak-anak Melayu yang terpilih, yang faham dan mengerti jerih perih nenek moyang zaman lampau dahulu kala dalam membangunkan tanah yang diwarisi ini.
Mungkin, dengan izin Allah SWT, bangsa yang pernah gah ini akan kembali memimpin dunia dan menamatkan hegemoni kezaliman yang dicipta oleh saudara tirinya, Bani Israel.
Kredit : Mohd Fariz

Copy and paste:
30 November 2022 > 6 Jamadilawal 1444H: 9.13 pm

RIHDUAN TEE DEDAH KENAPA DAP BENCI KHOO KAY KIM

Posted by : Mohamad Irvan > ALAM MELAYU MERINDU

By MAJDAN YAHYA - 08/06/20190
PADA hari Selasa, 28 Mei lalu Malaysia kehilangan seorang sejarawan yang jujur dan ikhlas dan tegas mempertahankan prinsipnya iaitu Tan Sri Profesor Emeritus Khoo Kay Kim.
Ridhuan Tee, dalam catatannya di facebook menyatakan mendiang digelar ‘pengkhianat kaum Cina’ oleh ultra kiasu gelaran lain bagi DAP. Yang berikut sebahagian catatan Ridhuan.
DALAM kalangan orang Cina, sebut sahaja tiga nama ini kepada ultra kiasu – Khoo Kay Kim (Universiti Malaya), Teo Kok Seong (Universiti Kebangsaan Malaysia) dan saya, Tee Chuan Seng @ Ridhuan Tee – lalu akan dikatakan, mereka inilah pengkhianat kepada kaum Cina, hanya kerana mereka berkata benar, berpaksikan sejarah dan Perlembagaan.
Antara soalan ‘killer’ mendiang yang sukar untuk dijawab, terutama ultra kiasu adalah, kenapa Malaysia mempunyai sembilan Raja-Raja Melayu, berbeza dengan dunia lain yang hanya ada satu sahaja? Pelikkan? Saya yakin, ramai yang tidak boleh menjawab, terutama ultra kiasu. Lagipun mereka tidak suka kepada sistem beraja.
Begitu juga dengan soalan, siapakah orang pertama mengelilingi dunia. Kepada mendiang, orang Melayulah yang pertama sekali mengelilingi dunia, bukan orang Barat atau orang lain. Bukan Ferdinand McGallen atau Christopher Columbus.
Mendiang dengan tegas menyebut orang pertama mengelilingi dunia adalah orang Melayu iaitu Panglima Awang atau Henry the Black atau Enrique. Ultra kiasu tidak nampak semua itu.
Terbeliak anak mata saya mendengar hujahannya. Apabila dikaitkan dengan Melayu dan kehebatannya, sudah tentu ultra kiasu tidak selesa. Apatah lagi apabila membincangkan bagaimana asal usul negara ini berasaskan kepada sistem kenegaraan Melayu.
Mendiang konsisten dengan kejujuran ilmunya bahawa Malaysia itu adalah Tanah Melayu. Tanah Melayu, orang Melayu, bahasa Melayu, hak istimewa Melayu dan Bumiputera serta Raja-Raja Melayu berpisah tiada. Tonggak negara. Sejarah ini tidak boleh dipadamkan. Semua ini mesti didaulatkan dengan apa cara sekalipun sehingga menggusarkan ultra kiasu.
Bacalah dalam laman sosial bagaimana ultra kiasu berpesta apabila perginya seorang pejuang yang sukar diganti ini. Lambakan cacian dan makian dilontarkan ultra kiasu tanpa segan silu. Memang mereka ini tidak layak tinggal di bumi bertuah ini. Kewarganegaraan perlu ditarik balik.
Tidak cukup dengan itu, mendiang bertegas bahawa sistem pendidikan negara perlu disusun. Sekolah pelbagai aliran terutama sekolah vernacular tidak membantu kepada pembinaan negara bangsa. Sejak daripada kecil lagi rakyat sudah dipisahkann mengikut aliran dan bahasa ibunda masing-masing. Apabila dewasa, semangat kerjasama dan persefahaman sukar untuk dijalin.
Apakah kita tidak melihat semua ini. Katanya mengikut sejarah, British membenarkan penubuhan sekolah pelbagai bahasa di Tanah Melayu kerana kebanyakan pendatang ketika itu tidak mempunyai niat untuk menetap di negara ini.
Justeru, British membenarkan mereka membuka sekolah menggunakan bahasa ibunda masing-masing supaya mereka dapat belajar mengenai negara sendiri
Bagaimanapun, sistem ini tidak lagi perlu diteruskan sekarang kerana mereka sudah menjadi warga negara Malaysia dan perlu dididik supaya menerima negara ini dan masyarakat berbilang kaum yang ada di sini sebagai sebahagian daripada diri mereka.
Mendiang juga berkata kebanyakan rakyat negara ini tidak tahu dan tidak memahami sejarah negara sehingga menyebabkan mereka berfikir secara sempit. Menyindir ultra kiasu, mendiang berkata, ada segelintir ahli politik yang lebih mengutamakan kepentingan diri dan agenda masing-masing, berbanding matlamat utama negara bangsa.
Kata mendiang dengan tegas, ada ahli politik kita yang tidak mahu berintegrasi dan lebih suka kepada pemisahan, dan lihatlah bagaimana negara kucar-kacir kerana adanya ahli politik yang tidak mengutamakan negara bangsa, tetapi lebih kepada agenda sendiri.
Rujukannya tidak lain ialah ultra kiasu. Ayuh pemimpin kerajaan hari ini, sekadar mengucapkan takziah, bersedih dengan pemergiannya tidak cukup. Mari kita bersama laksanakan amanat yang telah ditinggal demi kesejahteraan negara tercinta.
Isteri mendiang sempat menitipkan pesanan sebelum saya meninggalkan majlis – “jangan lupa perjuangan mendiang Khoo dan menyambung legasi perjuangannya”. Saya membalas dengan linangan air mata.
Selagi hayat dikandung badan, selagi itu semangat akan terus membara. Legasi mendiang Khoo, sejarawan berani yang berkata benar, berpaksi sejarah tanah air dan berpelembagaan, meskipun dihina dan dicerca ultra kiasu, akan terus diperjuangkan.
Saya mohon kepada anak-anak muda hari ini, supaya lapangkan masa untuk mengkaji bahan sejarah yang telah ditinggalkan oleh mendiang. Jika sejarawan Melayu bercerita mengenai Tanah Melayu, pada saya itu biasa. Tetapi apabila bangsa lain seperti mendiang, bercerita kehebatan Melayu dan Tanah Melayu, saya kira itu luar biasa.
Bukan macam ultra kiasu bercerita mengenai sejarah Tanah Melayu. Pada mereka Tanah Besar China, lebih penting daripada Tanah Melayu. Sebab itulah silibus sejarah UEC mereka lebih banyak bercerita mengenai sejarah China daripada sejarah Melayu walaupun mereka tinggal di Tanah Melayu. –
8 Jun 2019

Copy and paste:
30 November 2022 > 6 Jamadilawal 1444H: 9.05 pm

THE KINGDOM OF MELAYU (MELAKA/FAHZHI), 365 AH/975 CE)


This text explains the truth and undeniable facts of Melaka, Kedah, Langkasuka, the origin of Melayu and the important commodity of Nira Nipah in the ancient weapon manufacturing.
Translation:
And the Melayu is located in the Hindi region, and between Muskat (مسقط) and Kuala Melayu (كولو ملي) take some month [journey], and between Kuala Melayu and Harkand (الهركند) takes about a month. One may be pull over if not be ready to sail pass through it from Kuala Melayu to the sea of Harkand, and it is a place that is called the land of Kulah (كله بار), between [Kulah] and the sea of Harkand, there is an island that was called Lang (لنج), no one understand their language (local sea tribe), They wear clothes made of bark, and their women are not seen with them, they sold Anbar (العنبر) in exchange for iron blades. And they went in a boat to trader [in Kulah] from the island and they brought with them Nira Nipah (النارجيل). Nira Nipah syrup is white in color, when drink it, it tastes sweet like honey. When leave long enough to become acidic (vinegary) it would be sold for a blade of iron, and they pledged allegiance to the deal. They are also good swimmers. Sometimes, they just come to pick up their iron without delivering anything.
And going down from there (Lang) will reach Kulah (Kedah). His king came from the Kingdom of Zabaj which is closely related to [the continent of] al-Hind [minor]. And they were also known as Melaka (ملك) and also known as Fozhi (الفوط), sail out from there to a place called Tioman (تيومة) , it has fresh water [supply] and the distance to it is ten days, likewise in all the islands of hindi, if wells are dug there, water will be found.
Original Manuscript text by Ibnu Faqih (died 365 AH/975 CE):
وملي من بلاد الهند. وبين مسقط وبين كولو ملي مسيرة شهر، وبين كولو ملي وبين الهركند نحو من شهر. ثم يختطف من كولو ملي إلى بحر الهركند، فإذا جاوزوه، صاروا إلى موضع يقال له كله بار بينه وبين هركند جزائر قوم يقال لهم لنج ، لا يعرفون لغة، ولا يلبسون الثياب كواسج، لم ير منهم امرأة، يبيعون العنبر بقطع الحديد، ويخرجون إلى التجّار من الجزيرة في زواريق ومعهم النارجيل، وشراب النارجيل يكون أبيض، فإذا شرب منه فهو حلو كالعسل، فإذا ترك يوما صار مسكرا، فإن بقي أيّاما حمض فيبيعونه بالحديد، ويتبايعون بالإشارة يدا بيد، وهم حذّاق بالسباحة، فربّما استلبوا الحديد من التجّار ولا يعطونهم شيئا، ثم تخطف السفينة إلى موضع يقال له كله بار، وهي من مملكة الزابج متيامنة عن بلاد الهند، يجمعهم ملك ولباسهم الفوط، ثم يتخطف إلى موضع يقال له تيومة، بها ماء عذب والمسافة إليها عشرة أيّام، ثم إلى موضع يقال له كدرنج مسيرة عشرة أيّام بها ماء عذب، وكذلك في سائر جزائر الهند إن احتفر فيها الآبار وجد فيها الماء.
Note:
1. Fozhi is mentioned in the new book of Tang, Spesific Juan (Scroll) 43. Title: Huanghua sida ji (皇華四達記), In the geographical map Kunyu wanguo quantu 坤輿萬國全圖 that stated 三佛齊, San-But-Zhi or San-Fo-Qi, Abbasid Letter Abu Dhulaf and in this manuscript by Ibnu Faqih (died 975 CE).
2. Kulah is also known as Malaka and Fozhi.
3. Langkawi was spotted in this manuscript which is within the kingdom in Langkasuka that was administered in the City of Melayu within Hudjong Salang.
3. Some months (مسيرة شهر), a month+. Possibly a month from Muskat to Harkand (Bengal) and a month from there to Kuala Melayu at Hudjong Salang, Kedah.

Copy and paste:
30 November 2022 > 5 Jamadilawal 1444H: 9.01 am

AKSARA RENCONG

Oleh: Prof. Dr. Solehah Yaacob

Aksara Rencong merupakan satu-satunya tulisan yang dicipta oleh orang Melayu yang ada pengaruh Timur Tengah iaitu dari pengaruh tulisan Phonecian ( tulisan Roman/Latin dicipta oleh bangsa Phonecian ini( mereka adalah Arab Proto) . Tulisan Rencong ini dikenali sebagai Text Redjang Ka Ga Ngan berasal dari Sumatra. Dipercayai telah wujud semenjak 700 sebelum Masehi. Bukan itu saja, Tulisan Lampong, Kerinchi, Mandailing, Padang, Batak merupakan tulisan dari Sumatra yang mempunyai pengaruh Phonecian.
Begitu tulisan tulisan Makasar dan Bugis mempunyai pengaruh Phonecian. Suku-suku ini semuanya dalam kumpulan Malay Polynesia. Ini bermakna tulisan-tulisan ini bukan berevolusi dari tulisan Pallava dalam bahasa Sanskrit. Ini kerana sejarah telah membuktikan hubungan evolusi tulisan Asoka hanya bermula sekitar 400 sebelum Masehi. Justeru ahli sejarah bahasa kuno membuat kesimpulan tulisan-tulisan terawal di Alam melayu tiada pengaruh bahasa Sanskrit.
Pengaruh bahasa Sanskrit muncul ketika pelombong-pelombong emas dan peniaga-peniaga kain kapas datang dari India sekitar kurun yang ke 3 sebelum Masehi atau kurun ke 2 sebelum Masehi. Hakikatnya bahasa Sanskrit itu mempunyai pengaruh bahasa Greek dan Indo European. Di mana bahasa Greek dan tulisannya ini juga mempunyai pengaruh tulisan Phonecian pada peringkat awal. Di mana tulisannya bermula dari kanan ke kiri. Kemudian ditukar dari kiri ke kanan atas sebab menjaga jati diri bangsa Greek.

Copy and paste:
30 November 2022 > 5 Jamadilawal 1444H: 8.42 am

Bagaimana Orang Melayu Mendapat Namanya?

Posted by : Rozza Zainal > FB PERISTIWA N' SEJARAH

May 6, 2017 By Nornizam Jamal
Dalam dunia ini, wujud pelbagai bangsa dan kaum yang mempunyai perbezaan budaya, bahasa dan kepelbagaian fenotip, iaitu ciri-ciri luaran yang menjadikan sesuatu bangsa itu unik berbanding bangsa yang lain. Setiap bangsa diciptakan bersesuaian dengan keadaan geografi sesuatu tempat, di mana mereka akan memakmurkan bumi Allah ini.
Oleh yang demikian, menjadi suatu rahmat perbezaan kaum dan bangsa ini bagi kita saling kenal mengenali di antara satu sama lain. Kepelbagaian ini membolehkan kita saling belajar dan mengenal akan suatu kebudayaan sesuatu bangsa, seterusnya membantu kita menghormati norma komuniti sesuatu bangsa. Dengan cara itu membolehkan kita berinteraksi secara mapan dan berkongsi kawasan dan wilayah yang sama dan hidup dalam suasana yang rukun dam makmur. Itulah hikmah kita saling berkenal-kenalan antara satu sama lain dalam hubungan pelabagai kaum, contohnya seperti di negara kita Malaysia.
Namun begitu, etimologi melayu ini sering disalahanggap dan diremehkan serta menjadi isu dalam diri seseorang bangsa melayu. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Etimologi bermaksud suatu cabang ilmu linguistik yg mengkaji asal usul dan perkembangan sesuatu kata. Kita sering diperlekehkan kerana banyak sarjana yang berpendapat bahawa etimologi atau asal-usul nama bangsa melayu ialah daripada bahasa Sanskrit iaitu Hima dan Alaya yang bermaksud tempat bersalji ataupun lebih mudah dikenali sebagai gunung, lalu membentuk perkataan Malaya yang ada persamaan bunyi sebutan dengan bangsa melayu. Perkara ini kerana terdapat perkataan Malayadvipa dalam kitab Yayu Purana, salah sebuah kitab dalam agama Hindu yang dikarang pada kurun ke-4 Masihi, bermaksud Kepulauan Bergunung-ganang, merujuk kepada Pulau Sumatra.
Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa bangsa melayu mendapat namanya sebagai sebuah bangsa daripada bahasa Jawa, Mblayu yang bermaksud lari atau berpindah. Kononnya, bangsa melayu menggelarkan nama mereka dengan perkataan bahasa jawa ini menunjukkan bahawa bangsa melayu melarikan diri daripada serangan Majapahit di Palembang ke Melaka. Adakah kalian bersetuju dengan pendapat-pendapat berkenaan etimologi nama bangsa kita ini?
Mari kita bandingkan dengan bangsa-bangsa lain yang wujud di dunia ini. Bagaimana Cina mendapat namanya sebagai sebuah bangsa. Ia bermula dengan keunggulan seorang Maharaja China yang pertama kali menyatukan China di bawah sebuah dinasti, iaitu Maharaja Shih Huang Ti pada tahun 221 Sebelum Masihi dan membina dinasti yang dipanggil Dinasti Qin. Dinasti Qin ini, wujudlah pula nama Qinna (Chinna), dan dikenali oleh pedagang-pedagang dari Timur Tengah dan Eropah, melalui laluan sutera bahawa orang yang bermata sepet dan berkulit kuning dipanggil sebagai orang Qinna (Chinna).
Selepas campurtangan imperialis Barat di Kawasan Timur Asia, kaum-kaum yang berasal dari Timur Asia digelar Mongoloid, mengambil nama sempena bangsa Mongol di bawah pimpinan Gengis Khan yang pernah menjajah dunia dan khusus untuk individu yang berasal dari kawasan China dan berbahasa China, dipanggil sebagai orang Qinna. Lama-kelamaan ia bertukar menjadi Orang China. Etimologi ini bermula dengan Bahasa China sendiri iaitu Dinasti Qin. Ini yang menjadikan orang China lebih berdaya saing kerana mereka bangga dilahirkan dalam bangsa besar China dan berusaha sehabis baik untuk memajukan lagi diri mereka dan anak bangsa mereka.
Tidak kurang juga kepada etimologi Bangsa India, yang mana India ialah simbol penyatuan etnik-etnik kaum di Seluruh Anak Benua India, mengambil nama sempena sebuah sungai yang menjadi permulaan peradaban di India iaitu Sungai Indus. Daripada lembangan Sungai Indus inilah mencetuskan idea penyatuan dua kelompok kaum iaitu Kelompok Indo-Aryan yang terdiri daripada etnik-etnik Punjabi, Hindi, Gujarati, Benggali dan sebagainya dengan Kelompok Kaum Dravidian yang terdiri daripada etnik Tamil, Malayalam, Kannada dan sebagainya. Penyatuan atas nama Bangsa India ini membolehkan India mencapai kemerdekaan pada 15 Ogos 1947 selepas tamatnya Perang Dunia Kedua dan kekalahan British kepada kempen Mahatma Ghandi. Sehingga ke hari ini, semua yang berasal dari kawasan Asia Selatan itu dipanggil sebagai bangsa India. Jadi, Bangsa India juga mendapat namanya dari nama tempatan iaitu sebatang sungai di India.
Contoh yang ketiga kita ambil kaum yang terhampir dengan kita iaitu Etnik Jawa. Dari segi etimologi jawa, baru-baru ini ada banyak telahan yang dibuat oleh sarjana di Indonesia bahawa nama Jawa berasal daripada perkataan Proto-Melayu Polinesia –awaq- yang bermaksud pulau-pulau luar. Ada juga yang berpendapat ia sinonim dengan perkataan Proto-Melayu-polinesia lain iaitu awa atau hawa yang membawa maksud tanah berlumpur, yang membentuk perkataan Yawa yang bermaksud bijirin dan menurut kajian Dr Stephen Oppenheimer, perkataan Yava dalam bahasa Sanskrit adalah pinjaman kata dari bahasa Melayu-polinesia yang bermaksud bijirin dan sawah yang membawa maksud tanah berlumpur yang ditanam dengan padi. Perkataan Javavdipa dalam Kitab Ramayana Valmiki yang merujuk kepada Pulau Jawa juga berkemungkinan datangnya dari perkataan yang sama, dipinjam dari bahasa melayu-polinesia kuno.
Justeru, perlulah diingatkan bahawa bangsa jawa dan bangsa melayu dahulukala adalah datang dari satu rumpun bangsa yang sama iaitu bangsa melayu-polinesia proto yang mana, suatu ketika dahulu, seluruh kawasan Kepulauan Melayu ini dipanggil sebagai Pulau Jawa oleh pengembara-pengembara seperti Ibnu Battutah, Marco Polo dan Al-Biruni, yang memanggil Sumatra dan Segenting Kra di Utara Semenanjung sebagai Jawa. Jika pendapat ini betul, maka asal-usul perkataan Jawa juga berasal secara tempatan daripada perkataan jawa sendiri yang membawa maksud tanah berlumpur yang ditanam padi. Ironinya, Pulau Jawa sememangnya merupakan Pulau yang sangat subur dengan tanih aluvium dari gunung berapi dan sangat banyak sawah berlumpur di sana.
Berbalik semula kepada polemik entimologi melayu tadi, adakah kita yakin bahawa nama bangsa melayu ini diberikan oleh orang luar atau bahasa Sanskrit, Malaya yang membawa maksud gunung? Setujukah anda dengan pernyataan yang Melayu ditamadunkan oleh Bangsa Tamil kerana nama bangsa Melayu ini diberikan oleh mereka melalui pinjaman kata Sansrit, Malai yang bermaksud gunung? Mari kita susuri sejarah nama melayu ini.
Sebelum teks Vayu Purana memuatkan nama Malaya Dvipa di dalam kitabnya, Ptolemy terlebih dahulu menggunakan perkataan Melayu dalam karya agungnya iaitu The Geography yang ditulis pada tahun 110M. Ptolemy berjaya memetakan banyak kawasan di seluruh dunia hasil dari penelitiannya terhadap karya-karya terdahulu. Maksudnya, kebanyakan nama tempat yang tertulis dalam The Geography telah ditulis lebih awal lagi dari Ptolemy.
Dalam peta Ptolemy, terdapat satu kawasan yang ditulis sebagai The Golden Khersonese yang bermaksud Semenanjung Emas dalam bahasa Greek purba. Apa yang lebih menarik, di Golden Khersonese itu, terdapat satu nama tempat yang diberi nama Maleu-kolon. Nama Melayu telah tercatat lebih awal daripada 110 M yang mana Ptolemy menyalin semula dari teks-teks yang lebih tua usianya. Dengan jumpaan bukti yang sangat konkrit ini, sepatutnya tidak timbul lagi isu yang mengatakan bahawa bangsa melayu diberikan nama oleh British.
Kemudian, Nama Melayu ini muncul dalam Kitab Vayu Purana iaitu perkataan Malaya Dvipa pada kurun ke-4 M, sebelum muncul kerajaan Mo-lo-yu yang menghantar utusan ke Istana Dinasti Tang pada Tahun 644 dan 645 M. Sebenarnya, dalam kalangan pedagang China, nama bangsa melayu ini juga sering disebut sebagai Malayuer, Mok-lak-yu, Bok-lak-yu. Perhatikan di hujung setiap panggilan mesti ada YU. Ini sendiri menafikan ketidaksamaan perkataan tersebut dengan sebutan Malai atau Malayya dalam Sanskrit.
Jika kita mengkaji kemungkinan perkataan ini wujud dalam bahasa Melayu-polinesia yang lain dengan anggapan bahawa perkataan tersebut telah hilang dari kamus bahasa melayu moden, memang wujud perkataan Malaya. Perkataan Malaya wujud dalam Kamus Bahasa Tagalog, Filipina yang bermaksud Bebas. Perkataan ini berkemungkinan lebih tepat dengan kata dasarnya Laya. Kemerdekaan dalam bahasa yang sama juga disebut sebagai Kalayaan. Adakah kita biasa dengan perkataan tersebut?
Ya, kita sering dengar dan gunakan perkataan tersebut, iaitu layar. Layar ialah sejenis kain kalis udara yang digunakan untuk memerangkap tenaga angin bagi menggerakkan perahu-perahu layar. Dalam masa yang sama, perkataan layar juga menunjukkan kata kerja jika ditambah imbuhan Ber, iaitu berlayar dan bahasa melayu purba merekodkan perkataan marlapas sebagai imbuhan yang sama dengan berlepas dan marlayar adalah imbuhan yang sinonim dengan belayar.
Perlu diingatkan bahawa bangsa melayu bukanlah bangsa yang menetap di gunung-ganang kerana mengikut makna dari kata Malaya dalam Sanskrit yang bermaksud Gunung, tetapi bangsa melayu memang terkenal sejak zaman dahulu lagi sebagai bangsa pelayar yang sentiasa bermain-main dengan paluan ombak yang sangat mengganas di lautan lepas. Perkataan Marlayar ini juga disebut sebagai Malayu dalam bahasa Acheh, dan Moloyo dalam bahasa Nias.
Tidak salah untuk kita berhipotesis bahawa berkemungkinan bangsa melayu mendapat namanya daripada perkataan layar, layap atau layoh. Ia bertepatan dengan kegiatan bangsa Melayu itu sebagai bangsa yang sering berlayar ke lautan luas. Jika kita mengkaji berkenaan dengan perkataan yang berkaitan dengan berlayar seperti merayau, merayap, melayang, berkelana, menjauh dan sebagainya, ia ada bunyi sebutan yang sepadan dengan kata dasarnya iaitu layar.
Perkataan bangsa Melayu bukanlah berasal dari perkataan Sanskrit Hima Alaya yang bermaksud Tanah Bersalji atau gunung, dan bukan juga mblayu dalam bahasa Jawa, yang mana mblayu dalam bahasa Jawa itu sendiri kognat kepada kata Laju dalam bahasa Melayu. Perkataan bahasa Melayu datangnya daripada perkataan Melayau yang mempunyai maksud yang sama dengan belayar.
Kita juga boleh berhipotesis bahawa dari zaman ke zaman, beribu-ribu tahun lamanya, ia bertukar menjadi Melayu. Bila pedagang luar seperti dari India dan Arab bertanya kepada pedagang Melayu, apakah bangsa mereka, dengan bangga mereka akan mengatakan bahawa mereka adalah bangsa Melayau, kemudian bertukar menjadi Melayu disebabkan perubahan zaman.
Mungkin begitulah caranya bagaimana bangsa Melayu mendapat nama bangsa mereka. Seharusnya mereka berbangga kerana nama bangsa mereka menjadi suatu nama bangsa utama, yang menerangkan berkenaan dengan suatu kelompok kaum-kaum pelayar yang merentangi dari Tanah Melayu yang kita cintai ini jauh merentasi Lautan Pasifik sehingga ke Pulau Hawaii dan Rapa Nui atau lebih dikenali sebagai Easter Island yang menjadi sebahagian daripada Persekutuan Amerika Syarikat. Jauh merentasi Lautan Hindi sehingga ke Madagaskar di Afrika.
Terbentang luas dari Taiwan di Laut China sehingga ke Aotearoa ataupun dengan nama terkininya yang dipanggil sebagai New Zealand. Gabungan kaum-kaum ini dikelaskan sebagai Bangsa Melayu-Polinesia yang mempunyai pelbagai ciri-ciri sepunya seperti jenis bahasa, warna kulit, jenis tengkorak, susuk tubuh dan sebagainya, yang mana akan dikupas lebih lanjut dalam episod yang akan datang.
Dalam episod yang akan datang, kita akan selusuri pula sejarah kedatangan bangsa Melayu ke Tanah Melayu dan ke seluruh Kepulauan di Lautan Pasifik dan Laut Hindi. Dalam episod tersebut, kita akan bicarakan berkenaan dengan Asal-usul dari mana pula datangnya bangsa Melayu ini dan mengapa mereka ada di Kepulauan ini.
Rujukan
2. Paul Wheatley (1961), The Golden Khersonese: Studies In The Historical Geography Of The Malay Penninsula Before A. D. 1500
5. Mohd Arof Ishak (2009), Tamadun alam Melayu, Persatuan Sejarah Malaysia
6. Robert Blust and Stephen Trussel, The Austronesian Comparative Dictionary, Web Edition,
Sumber artikel : thepatriots
Copy and paste:
20 November 2022 > 5 Jamadilawal 1444H: 7.54 am

REFLEKSI SEJARAH ILMU TAREKAT ROHANI DI ALAM MELAYU & TANAH NUSANTARA

SUMBER: FB PERISTIWA N' SEJARAH

BH ONLINE...

*Artikel ditulis pada 14 March 2016*
RACUN yang disebarkan orientalis Barat menerusi ilmu dan kajian negatif terhadap perkembangan Islam dan budaya di alam Melayu memberikan kesan cukup besar khususnya kekeliruan sejarah, pemikiran dan penghayatan agama dalam kalangan masyarakat.
Campur tangan mereka dengan merampas manuskrip dan melakukan kajian semula terhadapnya secara tidak langsung mengubah kiblat sistem kehidupan masyarakat Islam di alam Melayu yang lebih terarah kepada kebaratan.
Hal itu dikupas secara tuntas dalam pembentangan berjudul Refleksi Sejarah Ilmu Tarekat Rohani Alam Melayu pada Wacana Bersiri 2016 Manuskrip Alam Melayu Peringkat Antarabangsa oleh Ketua Pusat Penyelidikan Manuskrip Alam Melayu (PPMAM), ATMA UKM, Prof Madya Dr Mohd Syukri Yeoh Abdullah bertempat di Masjid Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, baru-baru ini.
Dr Mohd Syukri berkata, proses Islamisasi di Alam Melayu yang bermula pada awal abad ke-8 hingga 17 Masihi dicemari dengan kehadiran penjajah Barat yang mempunyai niat jahat untuk menguasai ilmu dan ekonomi di Timur.
"Kesan penjajahan Barat seperti membunuh ulama mursyid, merampas manuskrip dan melakukan kajian semula terhadapnya sehingga ia menjadi sumber rujukan primer menyebabkan kerosakan disiplin ilmu dalam Islam.
"Salah satu disiplin ilmu yang terjejas adalah tarekat rohani yang berkembang daripada zaman Rasulullah S.A.W sehingga ia tersebar ke dunia Arab dan alam Melayu.
"Kesan campur tangan Barat itu mendorong kepada salah faham terhadap disiplin ilmu itu sendiri seperti disamakan dengan ilmu tasawuf dan mewujudkan perpecahan kepada sesama kumpulan aliran tarekat," katanya pada acara anjuran bersama ATMA dengan kerjasama Pusat Islam UKM.
Beliau turut menjelaskan, proses Islamisasi di alam Melayu 'diganggu' oleh penjajah atas beberapa faktor, antaranya bukan saja bagi mengaut kekayaan sumber buminya, bahkan bagi menebus semula kekalahan pada Perang Salib.
"Sarjana Barat, Jacques Barzun ada menyebut dalam kajiannya bahawa penjelajahan bangsa Eropah ke Asia adalah bermatlamatkan 'Gold, Glory and the Gospel' iaitu mencari kekayaan, kejayaan dan menyebarkan agamanya.
"Kenyataan itu juga diperkukuh dengan kenyataan Karel Blei apabila Columbus memulakan pelayaran ke Timur buat pertama kalinya iaitu dia mengakui bukan hanya ingin berdagang dengan penduduk tempatan, tetapi juga bertujuan menukar agama mereka.
"Selain itu, kekalahan pada Perang Salib ke-8 juga mendorong untuk Barat menebusnya semula menerusi cara penjajahan,"katanya.
Katanya, selepas Perang Salib ke-8, lebih ramai orientalis Barat muncul dengan melakukan penyelidikan terhadap manuskrip Timur yang dirampas ketika penjajahan.
"Banyak hasil penyelidikan Barat yang menjadi sumber rujukan primer ketika kiblat ilmu dari Islam dialih ke Barat.
"Antaranya menimbulkan keraguan ke atas kitab Al-Quran dengan membuat penafian kesasihan pengumpulan naskhah itu oleh Saidina Abu Bakar, membuat dakwaan mistik Kristian sebagai asas yang mempengaruhi tasawuf dan merendahkan Nabi Muhammad S.A.W.
"Lebih parah apabila kajian Barat ini diguna pakai oleh sebilangan besar sarjana Melayu tanpa melakukan analisis mendalam, sekali gus menunjukkan betapa berjayanya golongan orientalis mengubah kiblat masyarakat islam di alam Melayu dalam pelbagai aspek,"katanya.
Beliau menambah, badan kerajaan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) perlu memainkan peranan dalam melakukan kajian tuntas terhadap manuskrip alam Melayu bagi membangkitkan kesedaran dalam kalangan masyarakat yang masih berkiblatkan Barat.
"Badan kerajaan seperti Jakim, Jabatan Mufti dan Majlis Agama Islam perlu memainkan peranan dalam menolak sumber hasil kajian Orientalis Barat yang selama ini dijadikan sumber rujukan utama.
"Banyak yang boleh diperbaiki antaranya memperkasakan semula institusi kesultanan Melayu melalui manuskrip Qanun, mengangkat disiplin ilmu tarekat yang pernah menjadi dasar amalan rohani masyarakat alam Melayu, selain menggunakan dinar emas dan dirham perak yang satu masa dulu digunakan Sultan Melayu bagi membebaskan diri daripada penjajahan ekonomi," katanya.
Katanya, walaupun Barat sudah lama membebaskan alam Melayu daripada dijajah, hakikatnya kita masih terikat dengan sistem Sekular Barat menerusi campur tangan dalam urusan pemerintahan politik dan memanipulasi sistem kewangan serta pelbagai bidang ilmu penting.
BH ONLINE...
Copy and paste:
30 November 2022 > 5 Jamadilawal 1444H: 7.48 am

Sunday, 27 November 2022

Catatan 13 Mei 1969

Posted by Rozza Zainal > PERISTIWA N' SEJARAH

May 13, 2017 By Khairul Ashraf Muhamad
Berikut adalah catatan Tragedi 13 Mei 1969 seperti yang diceritakan kembali secara lisan oleh Haji Muhamad Bin Haji Yassin, 77 tahun, seorang bekas pelajar Kolej Islam Malaya, Petaling Jaya (kini kampus UIAM) yang berada di kampus dan kawasan sekitar Lembah Kelang ketika Tragedi 13 Mei, 1969. Penulis menyusun semula pengkisahan tersebut berdasarkan kronologi sebenar.
Pada 10 Mei 1969, Parti Perikatan disahkan memenangi PRU 1969 dan membentuk kerajaan. Namun sekalipun ia dimenangi oleh Parti Perikatan, ia disifatkan sebagai kemenangan tipis kepada parti memerintah kerana banyak kerusi di kawasan banda-bandar utama, terutamanya Kuala Lumpur telah berjaya dimenangi oleh Democratic Action Party (DAP) dan Gerakan yang ahlinya terdiri dari kaum Cina yang menetap di sekitar Kuala Lumpur dan bandar-bandar utama seluruh negara yang lain.
Bermula pada pagi 11 Mei 1969, satu sambutan kemenangan oleh DAP dan Gerakan diadakan bagi menzahirkan kegembiraan mereka menawan kerusi-kerusi DUN Kuala Lumpur yang asalnya dimiliki BN. Sambutan juga melibatkan perarakan di sekeliling bandar KL yang turut melalui Balai Polis Jalan Traverse. Di situ kumpulan Cina berkenaan mencaci maki dan menghina polis, malah ada yang kelihatan membuka seluar dengan tujuan menghina anggota polis dan kerajaan pada masa itu.
Kumpulan perarakan tersebut kemudiannya sampai ke kawasan Kg. Baru dan melalui jalan di hadapan rumah Menteri Besar Selangor ketika itu iaitu Dato’ Seri Harun Idris, yang juga ketua pemuda UMNO Malaysia pada masa yang sama. Diceritakan bahawa semasa di Kg. Baru, gambar Sultan Ismail Nasiruddin Shah selaku SPBYDPA ketika itu dipijak dan dilanyak di hadapan Kg. Baru. Selain bertujuan menghina orang Melayu dan institusi Raja-Raja Melayu, dipercayai perbuatan tersebut adalah bertujuan untuk memprovokasi, mengajak orang Melayu Kg. Baru untuk keluar.
Tiada apa yang berlaku sehinggalah perarakan tamat pada malamnya dengan tenang dan tenteram sekalipun ada tindakan provokasi semasa perarakan tersebut.
Namun ia tidak tamat di situ. Pada tengah malam 12 Mei, 1969, rupanya di sebalik ketenangan tersebut, kemarahan Melayu semakin meluap-luap dibakar peristiwa siangnya. Melayu dari Kg. Baru rupanya sedang mempersiapkan diri, bagi menyahut cabaran Cina yang dikatakan menghina orang Melayu semasa perarakan tersebut.
Kumpulan Melayu dari Kg. Baru tersebut bergerak keluar ke Jalan Raja Abdullah ke persimpangan Jalan Campbell.
Di persimpangan tersebut orang Melayu menahan semua kereta dan lori yang dipandu oleh Cina. Pemandu dipaksa turun, dipukul dan dibunuh di situ. Pertempuran seumpanya merebak ke Bandar Tun Razak, membawa ke Jalan Cochcrane dan Jalan Pudu.
Dalam masa yang sama, kumpulan Cina membina kekuatan, bergerak dari Jalan Ampang menuju ke Kg. Baru. Dalam perjalanan, kediaman orang Melayu dibakar, malah ramai Melayu mati terbakar bersama kediaman dan harta benda mereka. Ada Melayu yang dipukul sehingga mati di kawasan yang sama.
Haji Muhamad menceritakan bahawa salah seorang abang saudaranya bernama Razak turut menjadi mangsa. Lambrettanya ditahan di Jalan Kg. Pandan dan dipukul hingga mati di situ.
Sehingga lewat 12 tengah malam, separuh Kg. Baru dibakar oleh Cina. Orang Melayu ada yang telah selamat keluar dan ramai juga yang selamat kebanyakannya berlindung di rumah Menteri Besar Selangor. Dalam masa yang sama, kedai-kedai dan rumah Cina di Jalan Campbell dan Jalan Raja Abdullah pula habis dibakar oleh orang Melayu dan ramai orang yang tidak sempat melarikan diri turut dipukul dan dibunuh di kawasan tersebut.
Kuala Lumpur berdarah dan berada dalam kacau bilau, dengan ramai dari kalangan Melayu dan Cina terbunuh, tiada apa yang dapat keluar atau masuk ke dalam Kuala Lumpur. Tiada pertempuran besar-besaran antara Melayu dan Cina, namun kebanyakan mangsa yang mati adalah akibat terperangkap dan dipukul oleh kumpulan-kumpulan berasingan, diserang hendap dan dipukul curi sama ada oleh kumpulan Melayu atau Cina.
Pada 13 Mei 1969, 2 petang darurat diisytiharkan setelah keadaan semakin meruncing. Parlimen digantung dan MAGERAN (Majlis Gerakan Negara) yang dipengerusikan oleh Tun Razak dengan naib pengerusi Tun dr Ismail ditubuhkan.
Luka negara akibat Tragedi 13 Mei dirawat sejak dari itu.
Haji Muhamad kemudiannya menceritakan pengalamannya sendiri semasa berada di kampus Kolej Islam Malaya sepanjang peristiwa berdarah tersebut.
Beliau berkata bahawa semua pelajar tidak dibenarkan keluar, dan jalan di bahagian hadapan Kolej Islam sibuk dengan kenderaan polis dan tentera lalu lalang.
Pelajar-pelajar menghadapi kekurangan bekalan makanan selama hingga tiga hari kerana bekalan makanan tidak dapat masuk ke dalam kolej. Berbekalkan baki biskut dan ikan bilis dari Dewan Makan, mereka mengalas perut sehingga bantuan datang hanya selepas tiga hari tragedi tersebut berlaku.
Beliau juga menceritakan bagaimana ada Melayu yang tidak dikenali merapati pagar kolej dan menghulurkan hingga hampir 20 bilah parang untuk tujuan keselamatan jika keadaan menjadi buruk. Orang Cina ketika itu memiliki kelebihan kerana ramai dari kalangan mereka memiliki laras senapang sendiri.
Pada masa yang sama, ada terdapat lebih dari 10 keluarga Melayu dari Pantai Dalam datang berlindung dan menumpang di Asrama Puteri Kolej Islam. Beliau menceritakan bagaimana ada seorang bayi yang baru berumur 16 hari turut datang berlindung di Kolej Islam. Suara bayi tersebut hanya dapat didengari setelah datang ke Kolej Islam kerana tangisannya tidak pernah didengari sejak dari lahir malah dipercayai bisu oleh kedua ibu bapanya.
Keluarga-keluarga Cina di sekitar Seksyen 17 semuanya mengosongkan rumah masing-masing kerana risau dengan kumpulan pelajar-pelajar Melayu di Kolej Islam Malaya.
Pada 15 Mei 1969, semua pelajar diarahkan pulang ke kampung halaman dan dibawa keluar dengan iringan tentera sambal menaiki trak askar ke stesen bas. Proses membersihkan dan pemulihan Kuala Lumpur bermula selepas itu.
Demikianlah pengkisahan tentang Tragedi 13 Mei 1969 seperti yang diceritakan kepada penulis.
Tragedi 13 Mei 1969 adalah satu sejarah taboo yang sangat kita takut untuk bicarakan apatah lagi dikenang-kenang. Kronologi dan rentetan peristiwa yang bermula beberapa hari sebelum itu membawa pada rusuhan kaum 48 tahun yang lalu.
Tetapi mahu atau tidak, ia tetap satu kisah lampau dalam lipatan sejarah negara. Ia satu sejarah dan pengajaran kepada kita semua. Sejarah selain mendidik kita mengenai masa lampau, ia juga sebenarnya mengajar kita bagaimana membentuk acuan yang demi kesinambungan masa hadapan.
Sejarah mengajar tentang kegemilangan masa lampau, tetapi ia juga memiliki kesedihan dan parut-parut akibat luka semalam.
Padanya, kita belajar untuk menghadapi masa akan datang. Jika baik sejarah lampaunya, jadikan ia lebih baik dalam kehidupan mendatang. Jika buruk sejarah lampaunya, perbetulkan supaya kesilapan lampau tidak akan berulang.
Baik atau buruk sesuatu sejarah itu ia memiliki kepentingannya sendiri. Ia bergantung kepada bagaimana kita mengakui ia pernah berlaku dan memastikan ia kekal sebagai suatu bentuk pengajaran,sama ada sebagai sempadan atau bentuk tauladan.
Firman Allah; “Maka kisahkanlah kisah-kisah agar mereka berfikir.” (Al-A’raf : 176)
Sejarah yang dilupakan, dan pelajaran yang tidak diambil iktibar, tidak mustahil ia akan berulang.
Ingat dan belajarlah bahawa pada hari ini, 48 tahun lalu, sejarah hitam pernah berlaku.
Salam 13 Mei, Malaysia.
Sumber artikel : thepatriots
Copy and paste:
27 November 2022 > 2 Jamadilawal 1444H: 7.20 am