Sesungguhnya Setelah Kesulitan Ada Kemudahan
Wahai manusia, setelah lapar ada kenyang, setelah haus ada kepuasan, setelah berjaga malam ada tidur nyenyak dan setelah sakit ada kesembuhan. Setiap yang hilang pasti ketemu, dalam kesesatan akan datang petunjuk, dalam kesulitan ada kemudahan dan setiap kegelapan akan terang-benderang.
….mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada Rasulnya) atau sesuatu keputusan dari sisinya..
(Al-Ma’idah:52)
Sampaikan khabar gembira kepada malam hari bahawa, sang fajar pasti datang mengusirnya dari puncak-puncak dan dasar-dasar lembah, kepada orang dilanda kesusahan bahawa, pertolongan akan datang secepat kilat cahaya dan kerdipan mata, kepada orang yang ditindas bahawa kelembutan dan dakapan hangat akan segera tiba.
Saat anda melihat hamparan padang Sahara yang seolah memanjang tanpa batas, ketahuilah bahawa di sebalik kejauhan itu terdapat kebun yang rimbun penuh hijau dedaunan. Ketika anda melihat seutas tali meregang kencang, ketahuilah bahawa, tali itu akan segera putus.
Setiap tangisan akan berhujung dengan senyuman, ketakutan akan berakhir dengan rasa aman dan kegelisahan akan sirna oleh kedamaian. Kobaran api tidak mampu membakar tubuh Nabi Ibrahim A.S. Dan itu, kerana pertolongan Ilahi membuka ‘jendela’ yang mengalirkan…
…kesejukan dan keselamatan..
(Al-Anbiya’:69)
Lautan luas tidak kuasa menenggelamkan Kalimur-Rahman (Musa A.S). Itu tidak lain kerana suara kebenaran yang kuat berkata:
Sekali-kali tidak akan tersasul, sesungguhnya Rabbku bersamuku, kelak Dia akan memberi petunjuk kepadaku.
(Asy-Syu’ara:62)
Ketika bersembunyi dari kejaran kaum kafir dalm sebuah gua, Nabi Muhammad S.A.W yang maksum mengkhabarkan kepada Abu Bakar R.A. bahawa Allah Yang Maha Tunggal dan Maha Tinggi ada bersama mereka. Sehingga, rasa aman, tenteram dan tenang pun datang menyelimuti Abu Bakar R.A.
Mereka yang terpaku pada waktu mereka yang terbatas dan pada keadaan mereka yang (mungkin) sangat kelam, umumnya hanya akan merasakan kesusahan, kesengsaraan dan putus ada dalam hidup mereka. Itu, kerana mereka hanya menatap dinding-dinding bilik dan pintu-pintu mereka sahaja. Padahal, mereka seharusnya menembuskan pandangan sampai ke belakang tabir dan berfikir lebih jauh tentang perkara-perkara yang berada di luar pagar rumahnya.
Maka dari itu, janganlah anda merasa terhimpit sejengkal pun, kerana setiap keadaan pasti berubah. Dan sebaik-baik ibadah adalah menanti kemudahan dengan sabar. Betapapun, hari demi hari akan terus berganti, tahun demi tahun akan selalu berganti, malam demi malam pun datang silih berganti. Meskipun demikian, yang ghaib akan tetap bersembunyi dan Sang Maha Bijaksana tetap pada keadaan dan segala sifatNya. Dan Allah mungkin akan menciptakan sesuatu yang baru setelah itu semua, tetapi sesungguhnya setelah kesulitan itu tetap akan muncul kemudahan.
Copy and paste: 15/2/2022 > 13 Rejab 1443H: 8.44 am
No comments:
Post a Comment