SUMBER: ISLAM ITU INDAH
Formula yang pertama terkandung dalam Surah al-Baqarah, ayat 286. ALLAH SWT berfirman: “Setiap ujian yang diberikan, pasti kita mampu hadapinya kerana ALLAH tidak akan uji hamba-NYA yang tidak ada berkemampuan.”
Dalam surah yang sama, ayat 45, DIA secara jelas menyatakan: “Pada saat kita berasa berat dengan ujian tersebut, mohonlah bantuan daripada ALLAH SWT dengan cara bersabar dan bersolat.”
Kedua-dua ayat yang mulia itu secara izharnya memberitahu manusia yang sedang berdepan dengan rintangan perlu bersabar dan jangan meninggalkan solat. Pada masa sama, ALLAH tidak akan mendatangkan sebarang tantangan melainkan ia mampu dipikul oleh insan yang dipilih-NYA.
Seterusnya, ALLAH turut membimbing umat Islam menerusi Surah Ghafir, ayat 60: “Di samping berusaha mencari jalan keluar, banyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh taat dan ikhlas kerana ALLAH pasti akan perkenankan doa-doa kita apabila sampai masanya kelak.”'
Begitu juga dalam Surah Al-Furqan, ayat 70 hingga 71: “Ketika kita menyulamkan usaha kita dengan doa, sabar dan solat, jangan lupa untuk muhasabah diri. Bertaubatlah di atas segala kealpaan dan keterlanjuran kita. Gandakan usaha kita dengan memperbanyakkan amal soleh agar segala taubat kita diterima ALLAH SWT.”
Dengan mengamalkan empat formula yang diusulkan dalam kalamullah itu, kita akan berasa tenang dan reda, sambil berusaha mencari jalan keluar. “Kita kena yakin bahawa setiap janji ALLAH SWT itu adalah benar! Setiap kali ALLAH menghantar ujian, DIA pasti akan iringinya (ujian) dengan kekuatan.”
Pun demikian, seandainya keinginan yang dimahukan termakbul, cepat-cepatlah melafazkan kesyukuran.
Jangan pula kita berasa sombong, bongkak dan beranggapan segala kurniaan tersebut diperoleh semata-mata kerana usaha kita. Sedarlah segala yang dimiliki adalah pinjaman semata-mata. ALLAH SWT boleh menarik balik segala yang kita ada dengan sekelip mata sahaja. Oleh itu, tambahkanlah amal ibadah, berkongsilah rezeki dan memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan. Jangan lupa diri dan berasa takbur,”
DIA mendengar setiap doa hamba-NYA. Adakala ALLAH akan terus perkenankan doa tersebut di dunia ini, jika tidak ia dimakbulkan di akhirat kelak.
Namun, apa yang pasti, percayalah setiap yang ALLAH takdirkan untuk kita mempunyai 1,001 hikmah yang terindah buat kita. ALLAH pasti berikan apa yang diperlukan dan bukannya apa yang kita mahu. DIA juga akan menyelamatkan umat-NYA daripada kemungkaran, bukan membiarkan selamanya berada dalam kepompong (perbuatan mungkar) itu. Ketahuilah, ALLAH pasti akan memberikan yang terbaik, walaupun kita terpaksa melalui onak dan duri sebelum menggapai apa yang dihajati,
Kepada mereka yang terlalu kecewa, usah terlalu resah, jangan menyalahkan-NYA dan melakukan lebih banyak kemungkaran serta kemaksiatan. Hanya orang yang tidak waras sahaja yang akan melakukan kemusnahan demi kemusnahan dalam dirinya. “Kumpul kekuatan dan buangkan segala perkara yang menyesakkan jiwa dan minda. Seperti yang saya kata pada awal tadi, renungkanlah empat formula yang disyorkan dalam al-Quran itu,”
Sebagai umat Islam yang taat kepada-NYA, menjadi kewajipan ke atas kita memperoleh makanan daripada sumber yang halal. Firman ALLAH SWT dalam Surah al-Baqarah, ayat 168: “Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada dibumi yang halal lagi baik; dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.”
Kadangkala kita berasakan sesuatu itu baik untuk kita, tetapi tidak bagi ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI dan sebaik-baiknya perancang.
Peringatan itu ‘dikhabarkan’ dalam Surah al –Baqarah, ayat 216: “uBoleh jadi kamu membenci sesuatu, sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. ALLAH mengetahui sedangkan kamu tidak tahu.”
Justeru, sebagai hamba, kita perlu sentiasa bersyukur sama ada berada dalam keadaan senang atau pun susah. Kedua-dua situasi tersebut mempunyai natijah yang tersendiri dan merupakan perancangan terbaik ALLAH untuk kita sebagai umat-NYA,”
Copy and paste> 21/2/2022 > 19 Rejab 1443H: 12.03 am
No comments:
Post a Comment