- Al Quran ada 114 Surah, 30 Juzuk, 60 Hizb, 6236 ayat, 77437 kata dan 320670 huruf.
- Jumlah ayat Sajdah dalam al Quran ada 14 ayat.
- Surah Al-Fatihah merupakan surah pertama dan pembuka di dalam AlQuran. Juga merupakan surah yang pertama diturunkan secara lengkap iaitu sebanyak 7 ayat. Allah swt menjawab setiap bacaan kita dalam Surah Al-Fatihah.
- Surah Al-Baqarah membawa maksud Lembu Betina kerana suatu peristiwa penyembelihan lembu betina atas wahyu yang diturunkan kepada Nabi Musa a.s. Kita selalu perlu membaca surah Al-Baqarah untu pelihara rumah kita.
- Ayat yang terpanjang dalam Al Quran ialah ayat 282 surah Al-Baqarah.
- Imran dalam Surah Al-Imran ialah bapa kepada Mariam iaitu ibu kepada Nabi Isa a.s.
- Doa Nabi Yunus : Doa yang dibaca oleh Nabi Yunus a.s. ketika didalam perut ikan Nun selama 40 hari 40 malam ialah dalam ayat 87 Surah Al-Anbiya'.
- Ayat Al Quran yang pertama diturunkan ialah Surah Al-Alaq.
- Ayat yang terakhir yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. ialah ayat 3 Surah Al-Maaidah. Maidah ialah Meja Besar yang diatasnya terhidang makanan yang dipohon oleh Nabi Isa a.s. kepada Allah swt.
- Nama Malaikat - Malaikat yang disebut dalam Al Quran ialah Jibril, Mikail, Malik, Malakulmaut, Harut, Marut, Al-Hafazoh, Al-Kiromunkatibun, HamalatulArsy dll.
- Ada 25 nabi yang disebut dalam Al Quran.
- Ada 2 jenis Surah dalam Al Quran iaitu Surah Makiyah (yang diturunkan di Mekkah) ada 86 surah dan Surah Madaniyyah (Surah yang diturunkan di Madinah) ada 28 Surah.
- Surah Hud, surah yang ke-11 diturunkan pada 'aml Huzn' (tahun Kesedihan) iaitu tahun kemangkatan Abu Talib dan Siti Khadijah.
- Surah yang ke 12 iaitu Surah Yusuf adalah surah terpanjang yang memuatkan hanya satu kisah sahaja iaitu kisah Nabi Yusuf a.s. dari awal hingga akhir.
- Surah Al-Hijr, iaitu surah ke-15 dalam Al Quran - Al-Hijr adalah penempatan kaum Thamud iaitu kaum Nabi Soleh a.s. yang terletak antara Madinah dengan Syam (Syria). Kaum ini telah dibinasakan oleh Allah swt dengan suara yang keras diwaktu pagi.
- Surah Taha iaitu surah ke 20 adalah surah yang membawa kepada Keislamanan sahabat Nabi s.a.w iaitu Umar Al-Khattab r.a. setelah beliau mendengar ayat ini dibacakan oleh adik perempuannya.
- Seramai 17 nama Nabi-Nabi disebut dalam Surah Al-Anbiya' (Nabi-Nabi) iaitu surah yang ke 21.
- Dalam ayat 27 Surah Al-Haj disebut mengenai Unta, haiwan yang sangat hebat dimana manusia boleh memanfaatkannya untuk pengangkutan sejak beribu-ribu tahun. Unta boleh membawa muatan antara 170-270 kg dibelakangnya.
- Ayat 20 Surah Al-Mukminuun menceritakan tentang khasiat pokok Zaitun yang menghasilkan minyak yang mengangundi lemak Mono tak tepu (MUFA) yang menyihatkan disamping lemak tepu dan juga lemak poli tak tepu (PUFA) termasuk Omega 3 dan Omega 6.
- Surah An-Naml (surah ke 27) - bermaksud 'Semut' kerana Semut adalah serangga yang hidupnya teratur melebihi serangga lain. Banyak hikmah yang boleh kita pelajari daripada komuniti semut. Semut mempunyak organisasi yang baik dan mengikut perintah yang baik dari ketuanya.
- Surah Al-Qasas (Cerita-Cerita), surah ke 28 Al Quran adalah surah yang menceritakan kisah Nabi Musa a.s. secara terperinci dan jelas dari sejak kelahirannya sehingga dilantik sebagai Rasul.
- Pada ayat ke -12 Surah Fussilat (surah ke-41) > Allah swt menjelaskan tentang wujudnya 7 langit, 7 lapisan bumi, 7 lapisan asmosfera dan adanya 7 benua di dunia.
- Surah Al-Mujadalah (Wanita yang bersoal jawab) iaitu surah ke 58 Al Quran > dipermulaan surah ini, seorang wanita bernama Khaulah binti Tha'labah yang membantah suaminya bernama Aus bin Ash-Shamit yang telah menziharkannya.
- Surah yang terakhir yang diturunkan di Mekkah ialah Surah Ar-Ruum.
- Surah yang pertama diturunkan di Madinah ialah Surah Al-Muthaffifin.
- Maryam binti Imran (Ibu Nabi Isa a.s.) adalah satu-satunya wanita yang disebut namanya didalam Al Quran.
- Zaid bin Haritshah adalah satu-satunya sahabat Rasulullah s.a.w. yang namanya disebut didalam Al Quran (Surah Al-Ahzab ayat 37).
- Surah yang terpanjang ialah Surah Al-Baqarah (286 ayat) dan yang terpendek ialah Surah Surah Al-Kauthar (3 ayat).
- Terdapat 29 surah dimulakan dengan huruf Muqathaiah (Thahaa, Yaa Sin, Shad, Qhaf, Alif Lam Miim dan lain-lain).
- Terdapat 10 ayat dalam Al Quran yang menceritakan tentang hukum Emas dan zakat Emas :- Al Imran : 14, At-Taubah:34, Al-Hajj:23, Al-Imran: 91, Al-Israa:93, Fathir: 33, Az-Zukhruf:71, Al-A'raf:148, Al-Kahfi: 31 dan Az-Zukhruf:53.
- Surah At-Taubah (surah ke 9) adalah satu-satunya surah dalam Al Quran yang tidak dimulakan dengan Basmallah.
- Surah yang memiliki 2 Basmallah ialah Surah al-Naml.
- Surah yang bernilai 1/4 Al Quran ialah Surah Al-Kafirun.
- Surah yang bernilai 1/3 Al Quran ialah Surah Al-Ikhlas.
- Surah yang bererti "Kaum Wanita" ialah Surah An-Nisaa.
- Surah yang menyelamatkan pembacanya dari Siksa Kubur ialah Surah Al-Mulk.
- Surah yang terdapat ayat Hijab ialah Surah An-Nuur ayat 31.
- Surah yang terkenal dengan nama Jantung Al Quran ialah Surah Yaasin.
- Ada 5 Surah yang dimulai dengan Alhamdulillah iaitu Surah Al-Fatihah, Surah Al-An-aam, Al-Kahfi, Saba' dan Fathiir.
- Surah Al-Quran yang memiliki 10 nama ialah Surah Al-Fatihah.
- Ayat Kursi, ayat yang paling Agung ialah ayat ke 255 Surah Al-Baqarah.
- Surah yang ada 2 ayat Sajdah ialah Surah Al-Haj iaitu ayat 18 dan 77.
- Pertengahan Al Quran itu terletak pada ayat ke 19 Surah Al-Kahfi pada lafaz "Walyatalattaf".
- Surah yang dikenali sebagai Surah Imam Husain r.a. ialah Surah Al-Fajr.
- Surah yang menyebut 5 macam makanan ialah Surah Al-Baqarah ayat 61 : Sayur, mentimun, bawang putih, adas (Kacang Dal) dan Bawang Merah.
- Surah dimana Allah s.w.t berbicara mengenai diriNYA ialah Surah Al-Baqarah ayat 186.
- Surah dimana 5 Nabi Ulul Azmi disebut ialah Surah Al-Ahzab ayat 7 iaitu Nabi Muhammad s.a.w., Nabi Nuh a.s., Nabi Hud a.s, Nabi Yunus a.s dan Nabi Yusuf a.s.
- Surah Al Quran yang memiliki nama para Nabi ada 6 surah iaitu Muhammad, Ibrahim, Nuh, Hud, Yunus dan Yusuf.
- Ada 5 surah yang memiliki nama Haiwan iaitu An-Nahl, Al-Ankabuut, An-Naml, Al-Baqarah dan Al-Fiil.
- Ayat yang diulang-ulang sebanyak 31 kali terdapat dalam surah Al-Rahman iaitu فبأي آلاء ربكما تكذبانِ
- Ayat yang diulang-ulang sebanyak 10 kali dalam satu Surah iaitu Ayat ويل يومئذ للمكذبين pada Surah al-Mursalat, juga ada dalam Surah al-Muthafifin ayat No. 10.
- Kalimah "Allah" yang diulang sebanyak 6 kali terdapat pada ayat 283 Surah Al-Baqarah.
- Surah yang memiliki nama yang sama dengan salah satu sungai di Iran ialah Surah An-Nuur.
- Di dalam Surah Al-An'am ayat 124 terdapat 2 perkataan Allah yang terletak secara bersebelahan.
- Hanya terdapat 2 ayat sahaja yang mengandungi 11 huruf (Alif hingga Ya) dalam satu ayat iaitu Surah Al-Imran ayat 154 dan Surah Al-Hujurat ayat 59.
- Tatacara Wudhuk terdapat dalam surah Surah Al-Maaidah ayat 6.
- Solat 5 waktu disebut dalam Surah Al-Isra' ayat 78.
- Dua orang wanita yang mendapat sanjungi Illahi dalam Al Quran ialah Siti Maryam (Ibu Nabi Isa a.s.) dan Siti Aisyah (Isteri Firaun).
- Dua orang wanita yang dicela dalam Al Quran ialah isteri Nabi Luth a.s dan isteri Nabi Nuh a.s.
- Wanita yang mendapat julukan "Ath-Thayibah" dalam Al Quran ialah Siti Maryam.
- Surah Al Quran yang membawa erti "Wanita yang teruji" ialah Surah Al- Mumtahanah.
- Surah yang turun berkenaan dengan Saidatina Fatimah az-Zahra ialah Surah Al-Kauthar.
- Dalam al Quran 2 Nabi disebut sebagai suri Tauladan yang baik iaitu Nabi Muhammad s.a.w dan Nabi Ibrahim a.s.
- Di dalam Al Quran perkataan "Solihat" (Baik) disebut sebanyak 168 kali , perkataan "Sayyiat" (buruk) disebut sebanyak 168 kali.
- Perkataan 'Malaikat' disebut sebanyak 88 kali , perkataan 'Syaithan" disebut sebanyak 88 kali.
- Perkataan 'Mautaa' (kematian) disebut sebanuak 145 kali , perkataan 'hayaat' (kehidupan) disebut sebanyak 145 kali.
- Surah yang terdapat kisah Nabi Sulaiman a.s dan Ratu Balqis ialah Surah Saba.
- Nama Rasulullah s.a.w. disebut sebanyak 5 kali didalam Al Quran iaitu Ahmad (1 kali) dan Muhammad (4 kali).
- Nama Nabi yang sering disebut namanya dalam Al Quran ialah Nabi Musa a.s.
- Kisah dalam al Quran yang mendapat julukan “Ahsan al-Qashsash” (Kisah Terbaik) ialah kisah Nabi Yusuf a.s.
- Kisah israk dan Mikraj Nabi s.a.w disebut dalam Surah Al-Isra'.
- Jumlah nama orang Kafir yang terdapat dalam Al Quran : 7 orang iaitu Azar, Qarun, Samiri, Jalut, Firaum, Haman dan Abu Lahab.
- Allah mengumpamakan manusia kepada 7 binatang sebagai menampakkan kemarahanNya terhadap sikap manusia yang melampau :- Anjing (Al-A'raf: 176), Binatang Ternakan (Al-Furqan : 43-44), Labah-Labah (Al-Ankabut: 41), Keldai (Al-Jumu'ah:5), Babi (Al-Maidah:60), Kera (Al-Baqarah:65) dan Nyamuk (Al-Baqarah:26).
- Istilah "Harta Karun" yang biasa disebut sebenarnya lahir daripada ketamakan manusia bernama Qarun di atas kekayaannya dan keadaan tersebut menjadikan dia sombong dan angkuh kepada Allah swt. Kisah Qarun disebut dalam Surah AL Qasas ayat 76-82.
- Ada 7 nama orang kafir disebut dalam Al Quran iaitu Azar, Qarun, Samiri, Jalut, Firaun, Haman dan Abu Lahab.
Rujukan:
- Kenapa Al Quran diturunkan di Tanah Arab.
- The Amazing Al Quran - Dr.Gary Miller
- Kenali Al Kitab
- AL QURAN & FAKTA DIBALIK KEISTIMEWAAN ANGKA 7
- Nota Ilmu - Al Kitab
- Tahukah Anda? Al Quran itu ada:
- INFO AL QURAN
- KELEBIHAN DAN KEISTIMEWAAN AL QURAN
- DI SEBALIK 114 NAMA-NAMA SURAH : BUSHRA BINTI TALIB
UPDATE: 7 AUGUST 2021 @ 28 ZULHIJJAH 1442H: 1.00 PM
No comments:
Post a Comment