Sunday, 20 September 2020

HUKUM MANDI TELANJANG

 SOALAN :

Apakah hukumnya ustaz seorang itu kalau mandi telanjang?

JAWAPAN :

Hukum mandi telanjang jika pada tempat yang tiada orang yang haram melihatnya adalah makruh menurut sebahagian ulamak.

Tersebut pada Kitab Al-Mausu’atul Fiqhiyyah :

الاِغْتِسَال عُرْيَانًا بَيْنَ النَّاسِ مُحَرَّمٌ عِنْدَ جَمِيعِ الْفُقَهَاءِ؛ لأَِنَّ سَتْرَ الْعَوْرَةِ فَرْضٌ وَكَشْفَهَا مُحَرَّمٌ إِلاَّ بَيْنَ الزَّوْجَيْنِ، فَقَدْ رَوَى بَهْزُ بْنُ حَكِيمٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ أَنَّهُ قَال: عَوْرَاتُنَا مَا نَأْتِي مِنْهَا وَمَا نَذَرُ؟ قَال: احْفَظْ عَوْرَتَكَ إِلاَّ مِنْ زَوْجَتِكَ أَوْ مِمَّا مَلَكَتْ يَمِينُكَ . وَقَال صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لاَ يَنْظُرُ الرَّجُل إِلَى عَوْرَةِ الرَّجُل، وَلاَ الْمَرْأَةُ إِلَى عَوْرَةِ الْمَرْأَةِ. أَمَّا إِذَا كَانَ خَالِيًا فَيَجُوزُ الاِغْتِسَال عُرْيَانًا، لَكِنْ قَيَّدَ أَكْثَرُ الْفُقَهَاءِ هَذَا الْجَوَازَ بِالْكَرَاهَةِ، وَقَالُوا: يُسْتَحَبُّ التَّسَتُّرُ وَإِنْ كَانَ خَالِيًا لِمَا وَرَدَ فِي حَدِيثِ بَهْزِ بْنِ حَكِيمٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ قَال: يَا رَسُول اللَّهِ، إِذَا كَانَ أَحَدُنَا خَالِيًا؟ قَال: اللَّهُ أَحَقُّ أَنْ يُسْتَحْيَا مِنْهُ مِنَ النَّاسِ

Artinya : “Bermula mandi telanjang itu jika di hadapan manusia adalah diharamkan di sisi sekelian fuqahak dari kerana sungguhnya menututp akan aurat itu adalah wajib dan membukanya adalah haram melainkan antara isteri-isteri.

Maka sungguhnya telah diriwayatkan daripada Bahz bin Hakim dari bapanya dari datuknya sungguhnya dia berkata : Sekelian aurat kami ini mana yang boleh kami buka daripadanya mana yang tidak boleh? Sabda Nabi : Peliharalah auratmu melainkan dari isterimu dan hamba yang kamu miliki. Dan Nabi saw telah bersabda : Tiada melihat oleh lelaki akan aurat lelaki dan tiada melihat oleh perempuan akan aurat perempuan.

Ada pun ketika sunyi maka harus dia mandi telanjang akan tetapi telah mengaitkan oleh kebanyakkan fuqahak keharusan ini bermaksud makruh.

Telah berkata fuqahak : Disunatkan menututp aurat sekali pun dalam keadaan sunyi kerana riwayat yang telah datang pada hadith Bahz bin Hakim dari bapanya dari datuknya berkata : Wahai Rasulullah apabila adalah salah seorang kami di tempat sunyi? Sabdanya : Allah lebih patut bahawa disegani dari-Nya daripada sekelian manusia.”

Dan sebahagian fuqahak mengharuskan mandi telanjang.

Berkata Imam Nawawi :

قُلْتُ: لَا يَجُوزُ الْغُسْلُ بِحَضْرَةِ النَّاسِ إِلَّا مَسْتُورَ الْعَوْرَةِ. وَيَجُوزُ فِي الْخَلْوَةِ مَكْشُوفُهَا، وَالسَّتْرُ أَفْضَلُ.

Artinya : “Tiada harus mandi di tempat yang hadir manusia melainkan dengan menutup aurat. Dan harus pada ketika sunyi membuka aurat dan tetapi dengan menutup itu lebih afdhal.
(Kitab Raudah At-Talibin)

Dan berkata Imam Taqiyudin Ad-Dimasyqi :

وَيجوز ذَلِك فِي الْخلْوَة والستر أفضل لِأَن الله سُبْحَانَهُ أَحَق أَن يستحيا مِنْهُ

Artinya : “Dan harus buka aurat ketika bersunyi dan menutup adalah lebih afdhal dari kerana sungguhnya Allah Taala itu lebih utama untuk dimalukannya.” (Kitab Kifayatul Akhyar)

Kesimpulan mandi di tempat yang sunyi dalam keadaan telanjang itu hukumnya adalah harus menurut pendapat sebahagian ulamak atau makruh menurut pendapat sebahagian yang lain tetapi yang afdhal ialah dengan menutup aurat.

wallahua’lam
ustaz azhar idrus
Kredit Ustaz Azhar Idrus


Copy and paste from FB : 20/9/2020 / 2 Safar 1442H: 7.47 am

No comments: