Wednesday, 16 September 2020

PENDEKAR TEMBAK MELAYU

 Kredit : FB Pencinta Dunia Ketenteraan Dan Pertahanan

Adakah tok nenek moyang kita dahulu ketinggalan teknologi dari segi senjata ? Benarkah mereka berperang hanya dengan menggunakan pedang , tombak , keris dan parang ?

"Tatkala kita sudah berdiri , Maka hakikatkan lah diri kita "Alif". Kemudian maka naikkanlah bedil itu kepada pipi serta kita hakikatkan bedil kita di dalam "isim alam jalil" serta kita hilangkan kepada hati kita , kehendak kita dan kita kata tiada pedaya aku dan kuasa aku , Engkau juga yang mengenakan dan juga yang tiada mengenakan. Kemudian samakan petik yang guru tunjukkan itu hari , barulah petik. Tatkala kita duduk hendak berdiri membadil , kita hakikatkanlah suruh panjangkan "Lam Jallallah" tuju kepada sarun bedil kita. Maka ambil alamat taruh di dalam Jalallah kita ambil peluru taruh dalam Jalallah hakikat kita."

Petikan diatas adalah dari Manuskrip Ilmu Bedil Tok Nenek Moyang kita. Hebatkan tok nenek moyang kita dahulu , Sehinggakan nak menembak pun menggunakan elemen tasawuf , Kalau di zaman canggih hari ini, Pembuatan peluru berpandu mengejar target , Nenek moyang kita pun ada tetapi menggunakan "Mantera". Adapun sebutir peluru tepat dulu disebut sebagai "Peluru Petunang" ianya adalah peluru yang telah dimanterakan , Jika dibedil peluru itu tepat kena pada sasaran yang dihajati dengan keyakinan yang tinggi pada Allah. Tok nenek moyang kita bukanlah orang yang ketinggalan zaman , Malah telah mengadaptasi senjata api untuk memanfaatkan situasi , ruang , waktu dan jarak tanpa membazirkan sebutir peluru.

Kebanyakan perang di Semenanjung Melayu menggunakan senjata api dalan skala yang besar , Seperti perang kelang , perang musuh bisik , perang kelantan (saudara) , perang pahang. Perang naning dan lain-lainnya. Cuma tidaklah semua pejuang yang menggunakan senjata api , Bermula dari Kesultanan Melaka , Johor- Pahang , sehingga abad ke 18 dan 19 kita sudah pun memiliki beribu senjata api.

Ketika Portugis menawan Melaka, tentera Portugis telah merampas beberapa ribu senjata api (bukan keris) milik tentera Melaka. Dianggarkan sekitar 30,000 senjata api telah dirampas , dimana 8,000 daripadanya adalah senjata berat atau senjata pemusnah (Weapon of Mass Destruction) pada ketika itu. Antara senjata api yang digunakan oleh tentera Melaka pada ketika itu ialah Senapang dan Meriam.
Beberapa laras senapang ini telah di bawa oleh tentera Portugis ke Jepun. Dari senapang milik tentera Melaka inilah, Jepun mula mencipta senapang mereka sendiri selepas meniru teknologi senapang tentera Melaka.

Jangan Ingat tok nenek moyang kita hanya tahu menggunakan keris dan parang , Seperti mana yang dicatatkan di buku teks sejarah sekolah menangah . Melayu terdahulu bahkan lebih bijak menggunakan dan memanfaatkan senjata api , Malah ketika british menawan kembali kubu Jeram Ampai mereka menjumpai senjata api "Winchester Rifle" di perahu Tok Gajah. Itu bermakna Dato Bahaman , Mat kilau , Mat Kelubi , Awang Nong , Teh Ibrahim dan lain-lainnya juga memilik senjata api ketika menentang british. Senjata api ketika itu sangat Mahal mungkin hanya separuh pejuang saja yang menggunakannya.

Ingat lagi tak ketika kumpulan Dato Bahaman berada di Terengganu di tempat Tokku Paloh , disitulah perancangan mereka bermula dan orang-orang mereka menyeludup senjata api dari Singapura membawa masuk ke Terengganu. Rifle Winchester tu mahal , saya pun tak tahu macam mana mereka boleh beli , Sebab pada zaman tu antara Rifle terbaik di dunia ketika itu adalah Winchester. Tapi tak pastilah pulak model apa yang mereka gunakan. Sebab winchester banyak model. Senjata ni hanya boleh didapati di USA ketika itu.

So saya pun malas nak cakap panjang , Cuma saya nak beritahu janganlah lagi menganggap orang melayu ni ketinggalan zaman dengan bangsa lainnya dan selalu kalah perang lawan penjajah sebab teknologi senjata ketinggalan , Tok nenek moyang kita dah ada semua tu , Antara pembuat senjata pada zaman Kesultanan Melaka dahulu adalah orang-orang REMBAU , Bahkan seawal kurun ke 14 Pahang adalah pengeluar meriam terbaik di alam melayu. Dan satu lagi jangan percaya sangat apa yang ada di buku teks sejarah tu , Banyak yang dah diubah dan diputarbelit. Sesetengah ada yang betul sesetengah ada yang tak betul.

Saya akui kita orang melayu selalu dijajah dan ada sesetengah perang kita tewas (adatlah perang ada menang dan kalah) Itupun kerana adanya pengkhianat dari kalangan kita yang menjadi barua kepada musuh , Itu sekaligus memberi kelebihan (advantage) kepada musuh. Namun sedemikian , Pernah tak dengar tok nenek moyang kita melarikan diri dari pertahankan tanah air kita ? Jika Adapun mereka hanya berundur seketika untuk mengatur semula rancangan perang.

Al-Fatihah buat semua pejuang Melayu dan Tok Nenek moyang kita terdahulu yang berjuang bermatian mempertahankan tanah air demi kita dan generasi hadapan.

Gambar lakaran : @Jefri din

Sumber & Kredit Tengku Daeng Mawelle.

Copy and paste: 16 September 2020 / 28 Muharram 1442H : 11.50 am

No comments: