Wednesday, 30 September 2020

FAKTA MENGENAI DAGING KAMBING - dari sudut Sains dan Islam

  • Sumber protein yang paling baik.
  • Membekalkan zat besi, daging kambing boleh membekalkan  20% keperluan harian zat besi bagi lelaki. Manakala untuk perempuan, ia boleh membekalkan 12% keperluan zat besi harian. Zat besi yang terdapat dalam daging kambing mudah untuk diserap oleh badan. 
  • Ia juga membekalkan 45% zink yang diperlukan badan. Antara zat penting untuk tumbesaran, penyembuhan dan sistem pertahanan badan. Zink yang terdapat di dalam daging kambing mudah diserap berbanding yang datang dari sumber lain. 
  • Daging kambing adalah sumber vitamin B yang paling baik untuk reaksi metabolisma di dalam badan. Ia boleh membekalkan lebih daripada 100% vitamin B12 yang diperlukan setiap hari.
  • Mengandungi magnesium, kuprum dan selenium. 
  • Separuh dari lemak yang terdapat di dalam daging kambing adalah lemak tidak tepu yang baik untuk kesihatan. 
  • Daging kambing adalah makanan kesukaan Rasulullah s.a.w. 
  • Berdasarkan kajian santifik, daging kambing tidak akan menyebabkan tekanan darah naik.
  • Daging kambing adalah paling kurang lemak berbahaya, kolesterol, lemak tepu dan tinggi lemak tidak tepu. 
  • Untuk menjamin daging kambing itu menjadi makanan yang menyihatkan adalah bergantung pada kaedah memasaknya. 
  • Daging kambing yang dipanggang secara perlahan-lahan, maka lemaknya akan turun dahulu dan yang tinggal adalah dagingnya sahaja. Daging itulah menyihatkan dan tidak mendatangkan penyakit. 
  • Daging kambing tidak boleh dimasak secara mendadak seperti di rendang, digulai kari maupun direbus kemudian ditambah santan kelapa dan minyak... inilah yang mendatangkan penyakit. Cara orang Malaysia memasak daging kambing itu yang menyebabkan penyakit dan bukannya daging kambing itu sendiri. 
  • Penyakit darah tinggi adalah kolesterol dan lemak. Lemak bukanlah berasal dari kambing sahaja, sebaliknya ia dari bahan-bahan yang ditambah didalam masakan tersebut seperti santan dan minyak. 
  • Daging kambing adalah daging merah yang paling baik kerana kandungan lemaknya kurang berbanding daging lain. 
  • Nak makan daging kambing setiap hari pun tidak jadi masalah kerana ia sumber protein yang baik. 
  • Termasuk didalam keberkatan haiwan bernama kambing ini adalah pada susunya. Kajian sains telah membuktikan susu kambing adalah terbaik selepas susu ibu. 
  • Susu kambing mengandungi mineral, enzim, protein dan asid amino. Ini bermakna selepas susu ibu yang paling baik diberikan kepada kanak-kanak adalah susu kambing dan bukan susu lembu. 
  • Kambing juga adalah menjadi daging pilihan penduduk dunia yang merangkumi sebanyak 63 peratus dan menjadi sumber protein utama di banyak negara Arab dan Afrika Utara selain penting di rantau Asia Tenggara,kepulauan Caribbean dan kawasan tropika yang lain.
  • Penelitian dari American Heart Association menyatakan, daging kambing baik untuk mereka yang memiliki masalah berkaitan jantung . Ini karena daging tersebut tinggi kualiti  proteinnya dengan rasio kandungan lemak yang sehat.
  • Kajian telah dibuat di Universiti Harvard dan mengesahkan bahawa lemak tepu adalah lemak tidak sihat dan punca sakit jantung. Sedangkan lemak tidak tepu yang terdapat pada daging kambing baik dari segi membantu membaiki paras kolestrol, melegakan keradangan, menstabilkan rentak jantung dan banyak lagi.
Sumber lain:

Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat KL
30/9/2020 : 12 Safar 1442H : 12.27 pm

No comments: