Sunday, 6 September 2020

BAGAIMANA MEMANTAPKAN PERPADUAN NEGARA?

Kredit: Gerakan PENA Malaysia

Jalur Gemilang yang menjadi kebanggaan Malaysia, terdapat padanya pelbagai mesej dan makna. Antaranya ialah warna biru yang membawa maksud perpaduan. Walaupun hakikatnya, warna biru tidaklah diketahui sebagai tanda perpaduan di peringkat universal. Namun itu lah dia makna perpaduan yang akhirnya diketahui oleh sekalian rakyat Malaysia.
Persoalannya, apakah sebenarnya perkara yang mampu membentuk perpaduan negara? Maka ramai lah tokoh-tokoh yang telah memberikan pandangan mereka tentang perpaduan di dalam buku-buku mereka.
Namun saya ingin mengambil ibrah perpaduan di zaman Rasulullah Salallahualaihiwasalam dan saya percaya cara itu masih realaven untuk diadaptasikan di dalam negara kita.
Kita melihat Madinah, asalnya merupakan sebuah kawasan yang tinggal di dalamnya pelbagai kabilah. Seperti yang saya yakin pembaca juga tahu, betapa kabilah-kabilah ini juga saling bergaduh sesama mereka. Pergaduhan saudara yang tercetus itu bukanlah perkara luar biasa di Madinah. Bangsa Arab daripada dahulu sehingga hari ini, sangat terkenal dengan sifat assobiah dan semangat kesukuan.
Namun setelah hadirnya Rasulullah Salallahualaihiwasalam, semua kabilah di Madinah berhenti daripada pergaduhan. Malah mereka saling tolong-menolong sesama mereka. Bukan sahaja sesama kabilah di Madinah, tetapi sifat tolong-menolong ini juga muncul kepada golongan Muhajirin yang mana mereka bukan berasal dari Madinah pun.
Orang Ansar ialah orang asal Madinah. Orang Muhajirin ialah orang asal Mekah yang berpindah ke Madinah. Secara logiknya, Bagaimana sudi orang Ansar untuk mengajak orang-orang Muhajirin untuk duduk dirumah mereka?
Bagaimana sudi, orang Ansar mempelawakan duit yang banyak untuk orang Muhajirin memulakan bisnes?
Bagaimana orang Ansar boleh sudi memberikan orang-orang Muhajirin pekerjaan untuk menyara keluarga?
Bagaimana orang Ansar boleh sudi untuk memberikan isterinya sendiri untuk dikahwinkan dengan Muhajirin?

Apakah SATU ASBAB yang membuatkan orang Ansar dan orang Muhajirin begitu akrab?
Ya, saya ingin memberikan satu jawapan yang orang akan kata clishe jika menyebutkan tentang 'Muhajirin dan Ansar', yang membentuk perpaduan dua golongan agong ini ialah, ISLAM. atau apa yang saya lebih suka tekankan di sini, AQIDAH.
Apabila Muhajirin dan Ansar telah memegang dengan Aqidah yang sama, maka terpupuklah satu perpaduan. Terpupuk juga satu komuniti. Persaudaraan baharu yang dipupuk daripada 'iman'. Darah yang berbeza bersatu dengan kesatuan aqidah.
Aqidah Islam yang mempersaudarakan sesama Muslim. Mereka bersama-sama berjuang untuk keuntungan Islam. Mereka sama-sama susah untuk menaikkan nama Islam. Mereka buat semua atas nama Islam. Tidak pernah orang Muhajirin berkata "Aku lebih mulia kerana aku dari Mekah bumi Ibrahim Alaihisaalam".. Kerana kefahaman Aqidah yang telah pun sebati di dalam jiwa mereka.
Lalu akan ada yang persoalkan keterangan ini, kerana Muhajirin dan Ansar itu kedua-duanya orang Arab. Memanglah mudah untuk bersatu. Saya katakan, itu lah yang buatkan mereka lebih susah untuk bersatu. Kerana bangsa Arab itu sesama suku juga kuat semangatnya.
Hakikatnya di Madinah sendiri, ramai sahaja sahabat yang tidak berbangsa Arab, tetapi turut bersama bersatu di dalam perjuangan Rasulullah Salallahualaihiwasalam. Antaranya, Bilal Bin Rabbah, Salman Al Farisi, Wahsyi Bin Harb, Usamah Bin Zayd, Abdullah Ibn Salam dan ramai lagi sahabat² lainnya. Mereka semuanya boleh sahaja hidup bersatu di Madinah dan Mekah.
Bagaimana? Sekali lagi saya jelaskan, kerana peranan AQIDAH. Begitulah hebatnya suatu pemerintahan apabila asasnya dimulakan dengan Aqidah. Sebagaimana dakwah nabi juga bermula dengan menguatkan aqidah.
Maka perpaduan yang tertegak dengan Aqidah ialah sebaik-baik perpaduan.
Saranan saya, dakwahlah kepada orang-orang kafir di negara kalian. Bawakan mereka aqidah Islam. Saya sendiri sangat berbesar hati, jika komuniti Cina dan India di Malaysia beramai-ramai memeluk Islam. Kerana perpaduan lebih mudah tercapai dengan cara itu. Alhamdulillah, saya ramai sahabat India Muslim dan Cina Muslim. Benar, banyak perkara yang mudah disepakati dengan mereka. Kerana Aqidah yang sama. Tidak kira lah berbeza darah dan warna kulit. Apabila isu-isu yang memudaratkan Islam, maka Cina, India dan Melayu akan bersatu dalam mempertahankan Islam. Bayangkan jika begitulah suasana negara kita.
Kesatuan aqidah membawa perpaduan sejati, Insyaallah.
[Gerakan PENA Malaysia]
Copy and paste: 6 September 2020 / 18 Muharram 1442H: 10.43 am

No comments: