Friday 5 October 2018

NEW ZEALAND NORTHERN ISLAND : 5 OKTOBER 2018

Sambungan dari:





Pada jam 7 pagi rombongan check out motel untuk meneruskan perjalanan ke Matamata, lebih kurang 161 km dari Auckland. 
Perjalanan mengambil masa 1 jam 54 minit. 
Matamata adalah sebuah bandar yang terletak di bandar Waikato, Utara New Zealand, terletak berhampiran Banjaran Kaimai. Merupakan sebuah kawasan pertanian yang berkembang maju dan juga terkenal tempat latihan pembiakan kuda. 
Matamata adalah sebahagian daripada Daerah Matamata-Piako. 
Disini terdapat lokasi pengambaran Filem Hobbiton, The Lord of The Rings. 




Antara pemandangan indah yang dapati dilihat sepanjang perjalanan dari Auckland ke Matamata. 




HOBBITON MOVIE SET - TOURIST FARM

Hobbiton Movie Set, sebuah lokasi yang digunakan untuk penggambaran filem The Lord of The Rings dan siri The Hobbit. Ia terletak disebuah ladang keluarga kira-kira 8 km arah Barat Hinuera dan 10 km arah Baratdaya Matamata. 
Kerajaan New Zealand telah mengekalkan set studio filem di kawasan ini untuk dijadikan sebagai kawasan tarikan pelancong. 
Terdapat sebanyak 44 buah rumah Hobbit yang dibina di perkampungan ini. 


























Dari Hobbiton Movie Set rombongan kemudian dibawa terus ke Rotorua, lebihkurang 67 km dari Matamata dengan perjalanan mengambil masa 52 minit. 


Rotorua adalah sebuah bandar di Pantai Selatan di Bay of Plenty kawasan Northern Island New Zealand. Ianya terkenal dengan aktiviti geoterma dan perkampungan budaya Maori (masyarakat asli New Zealand). Di Lembah Whakarewarewa Te Puia, terdapat kolam lumpur yang menggelegak dan Pohuru Geyser dengan ketinggian 30m yang telah meletus beberapa kali. 

ROTORUA GOVERNMENT GARDEN


Rotorua Government Gardens (asalnya dikenali sebagai Paepaekumanu) adalah sebuah taman awam terletak di Tasek Rotorua. Ianya merupakan destinasi pelancongan utama di New Zealand. 








WYLIE MEMORIAL
Monument ini memperingati Fred Wylie, seorang askar muda dari Galatea yang bertempur dengan 4th New Zealand Contigent. Beliau menanggotai unit yang dikenali sebagai "Rough Rider". Beliau terbunuh ketika mengetuai serangan di Klipfontein pada 26 Mei 1901. 







Rombongan menginap di Rosecourt Motel di 329 Fenton St.Glenholme, Rotorua 3010, New Zealand. 








Selesai Aturcara lawatan untuk 5 Oktober 2018. 
Bersambung ke:

No comments: