Wednesday, 17 October 2018

LIRIK LAGU SUCI DALAM DEBU BUKAN CALANG-CALANG MAKSUDNYA, PENULIS LIRIK AKHIRNYA MEMBUKA RAHSIA

Pemergian penyanyi tanah air Am Saleem Abd Majeed atau lebih popular dengan nama Saleem Iklim ini memberikan impak besar pada rakyat Malaysia.
Lagu seperti Suci Dalam Debu, Aduhai Seribu Kali Sayang, Hakikat Sebuah Cinta, Bunga Emas, Bukan Aku tak Cinta masih menjadi siulan orang ramai sehingga kini.
Mesti lagu-lagu tangkap leleh Allahyarham Saleem akan jadi playlist korang masa karaokea kan? Tapi, sebenarnya kita tak sedar bahawa lagu Suci Dalam Debu ini bukan lagu jiwang! Jom kita amati video dibawah
“Berdasarkan ilmu tasauf yang saya belajari selama ini.”
Engkau bagai air yang jernih (Ruh)
Di dalam bekas yang berdebu (Jasad dari tanah)
Zahirnya kotoran itu terlihat (Sifat manusia yang suka lihat keburukan orang lain)
Kesucian terlindung jua (benda baik orang tak pandang)

Cinta bukan hanya di mata (Cinta bukan hanya sudut syariat mahupun solat)
Cinta hadir di dalam jiwa (Dari hati yang suci/zikrullah)
Biarlah salah di mata mereka (Golongan ini selalau dipandang rendan & serong oleh masyarakat)
Biar perbezaan terlihat antara kita (Perbezaan di antara hamba Allah & Hamba Dunia)

Kuharapkan kau kan terima (Bermunajat)
Walau dipandang hina (Sebagai hamba yang hina)
Namun hakikat cinta kita
Kita yang rasa (Perasaan yang wujud antara hamba & penciptanya tidak dapat diungkap dengan kata-kata)
Suatu hari nanti (Alam Akhirat)
Pastikan bercahaya
Pintu akan terbuka
Kita langkah bersama (Mendapat syurga, merekalah yang berjaya)

Di situ kita lihat
Bersinarlah hakikat (Diri kita yang sebenar berseri-seri dan bersinar)
Debu jadi permata
Hina jadi mulia ( Roh mereka yang soleh, dihina di dunia, menjadi mulia di akhirat)
Bukan khayalan yang aku berikan (Kitab Al-quran)
Tapi keyakinan yang nyata (Kitab yang beri keyakinan dan kebenaran)
Kerana cinta lautan berapi
Pasti akan kurenang jua

Setiap nurkilan lirik lagu pasti ada mesej-mesej yang mendalam disebalik alunan melodinya. Lirik Lagu Suci Dalam Debu yang popular pada tahun 1990 ini sebenarnya berlandaskan pengajian ilmu tasauf yang boleh mengaitkan seorang hamba dengan pencipta-Nya.
Menerusi Utusan, penulis lirik S. Amin Shahab atau nama sebenarnya Syed Mohd. Amin Syed Hashim mengakui bahawa lagu memang berunsurkan ketuhanan.
“Lirik Suci Dalam Debu misalnya, mempunyai maksud yang mendalam di mana ia juga berunsurkan ketuhanan. Di Indonesia para peminat menggelar lagu itu dengan gelaran lagu tayamum.
Saya tulis lirik itu dalam masa 30 minit. Mesej lagu itu berdasarkan pengalaman dan pemahaman saya dalam ilmu tasauf yang saya pelajari selama ini,”

Sumber : Facebook
Untuk pengetahuan penulis lirik lagu Suci Dalam Debu, S. Amin Shabab merupakan ahli pengikut aliran tasauf. Selain lagu Suci Dalam Debu, lagu-lagu seperti Umpama Mimpi Dalam Mimpi, dendangan kumpulan Damasutra juga sebenarnya ada unsur ketuhanan.
“Ramai yang beranggapan lirik-lirik tulisan saya bertemakan kisah cinta. Tetapi sebenarnya, ia rasa kecintaan yang lebih tinggi antara manusia dan Tuhan. Elemen itu ada dalam setiap diri manusia.”
Sebenarnya pendedahan ini sudah lama namun ramai netizen mula sedar sejak semalam apabila viral di Twitter mengenai pendedahan ini.
Ia susulan dengan berita yang mendukacitakan rakyat Malaysia terhadap pemergian Allahyarham Saleem pada 14 Oktober 2018 jam 6.15 pagi.
Apa pun, salam takziah daripada Team Lobak Merah kepada ahli keluarga. Semoga Allahyarham ditempatkan dalam golongan yang beriman. Ameen.
sumber: lobakmerah.com
Copy and paste:
17 Oktober 2018: 11.03 malam

No comments: