Oleh Addin Kechik
Maaf panjang lebar penulisan saya. Kalau kamu rasa bermanfaat untuk perubahan kamu, luangkan masa baca sampai habis. Kalau sebaliknya, sila abaikan.
Saya puji Allah, sebagai tuhan Yang Maha besar, Maha Agung, Maha Berkuasa, Maha Pencipta dan Maha Pengampun. Yang mana, pengampunan Allah SWT bukanlah calang-calang pengampunan. Kalau kita, bila ada orang buat salah pada kita berkali-kali, kemudian dia minta maaf, kemudian dia buat balik dan minta maaf semula, rasa-rasanya kita nak maafkan ke dia? Kalaupun kita maafkan dia, kita masih tak boleh lupakan salah dia pada kita, yang mana akhirnya bila bergaul dengan dia, kita akan rasa tak sedap hati.
Tapi pengampunan Allah SWT bukan begitu!
Walaupun kita berkali-kali melakukan dosa banyak gila bapak, lepas tu kita kononnya minta ampun, lepas tu kita ulang balik, kemudian buat balik, selagi kita minta ampun, selagi itulah Allah SWT ampunkan. Bukan itu sahaja, specialnya pengampunan Allah SWT ialah:
“Allah SWT maafkan segala salah kita dan melayan kita seolah-olah kita LANGSUNG TAK PERNAH melakukan dosa padaNya”
Ya Allah, Ya Allah. Tak tahu nak hurai macamana. Walaupun kita buat salah dan mungkir janji pada Allah SWT, kita tipu Allah SWT berkali-kali, selagi kita menangis meminta ampun pada Allah SWT, Allah SWT akan tersenyum kegembiraan, lantas mengampunkan kita.
Mana nak dapat tuhan yang begini baik? Mana nak dapat? Allah SWT lah satu-satunya tuhan yang layak di sembah dan di puji. Hanya dia yang layak kerana dia memang layak!
Tapi wahai sahabat..
Tapi wahai sahabat-sahabat yang saya sayang sekalian….
Kenapa?
Kenapa kita seolah-olah langsung tak hargai nikmat ini? Kenapa kita susah sangat nak membalas jasa Allah SWT setelah Allah SWT berkali-kali menghulurkan kasih-sayangNya pada kita? Kenapa? Saya malas nak sentuh isu-isu lain pada kali ini.
Saya nak sama-sama kita renungi, bagaimanakah SOLAT kita. Kita mendabik dada mengatakan kita cinta Allah SWT, kita semangat melaungkan nak pemerintahan yang adil, kita semangat berselawat pada Nabi, NAMUN, perkara ASAS sebagai orang islam, kita abai.
Saya kira, saya tak perlu hurai betapa RAMAINYA orang yang tak solat. Betapa ramainya orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan mengabaikannya. Mungkin mereka benci Allah SWT, mereka rasa Allah SWT ni tak layak di hargai. Hidup dia hanya fikirkan cinta orang ini, cinta orang itu, putus cinta sini sana, pergi wayang, main game macam apa, dengar lagu-lagu yang berunsur haram sehingga HATI MATI, dan langsung kita tak Nampak Allah SWT dalam kehidupan kita. Seolah-olah, tuhan kita adalah nafsu.
Apa yang kita nak jawab pada Allah SWT? Berangan nak masuk syurga?
Atas faktor inilah, saya ingin membawa semua pembaca agar sama-sama kita berubah, faham akan perkara ini, supaya kita yang dulunya malas nak solat, benci solat, menyampah dengan solat, KEMBALI sedar, bertaubat, menangis pada Allah atas kebodohan dan kelemahan kita.
UNTUKMU, WAHAI GOLONGAN YANG MENINGGALKAN SOLAT
Awal-awal ni, saya minta maaf, kalau teguran saya kali ni lebih berbentuk ancaman. Sebab, jujur saya kata, dah ramai gila bapak orang abaikan solat ni. Tinggalkan dengan rileksnya, lepas tu bagi alasan:
“Saya nak solat, tapi saya rasa beraaaat sangat…”
“Saya pun tak tahu, saya faham kewajipan solat. Tapi seolah-olah ada benda yang menghalang saya untuk solat….”
Dan banyak lagi alasan. Maka, saya fikir lama jugakla, macamana nak bagi kita semua dah tak berani langsung untuk tinggalkan solat ni. Maka, saya dah buat keputusan, untuk guna cara yang agak kasar sedikit. Supaya, korang SENTAP. Biarlah korang benci saya, asalkan, korang jaga solat!
Ada dua jenis orang yang tinggal solat ni. Pertama, SENGAJA. Kedua, TAK SENGAJA. Contoh sengaja ialah dia memang tinggalkan tanpa sebarang keuzuran. Dia tak tenat, dia sempurna, dia tak gila. Entah apahal dia tinggal solat. Main bola bajet terer boleh je. Gi wayang dengan member, selamba je. Solat yang tak sampai 5 minit dah terketar-ketar.
Apakah ini?
Contoh tak sengaja ialah dia terlajak tidur. TAPI, kalau dah hari-hari terlajak, tu bukan tak sengaja. Itu sengaja namanya!! Usahalah sikit pasang alarm, suruh orang kejut, dan lain-lain. Dah tahu susah nak bangun, takde usaha langsung. Kadang-kadang, dah bangun, pastu tidur balik. Pergh.. Apakah ini wahai sahabat?
Baiklah.
Korang tahu tak, apa balasan orang yang tinggalkan solat? Korang tahu tak? Ataupun, korang ingat, kalau tak solat, lepas tu taubat, settle. TAK! Korang wajib qodho segala solat yang korang tinggalkan. Kenapa? Kenapa? Dosa-dosa lain, kita taubat, Allah SWT boleh ampunkan. Tapi, kenapa solat, kena qodho balik? Maka, saya akan kemukakan beberapa ANCAMAN YANG ALLAH SWT DAN RASULULLAH SAW ANCAM bagi orang yang tak solat 5 waktu ni. Jom tengok satu-satu, dan, check diri, menangislah!
1)Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Pemisah antara seseorang dengan kekufuran adalah solat..”
Lihatlah, sedar tak sedar, bila kita tinggalkan solat, kita seolah-olah dah jadi KAFIR. Bahkan, banyak ulama telah menyatakan bahawa, kalau kita tinggalkan satu solat dengan sengaja TANPA SEBARANG UZUR, maka kita telah jatuh kafir. Dan balasan bagi orang kafir ialah, neraka selama-lamanya. Selama-lamanya!
Adakah bila kau sanggup tinggalkan solat lagi bila kau dah tahu perkara ini? Orang yang beriman, dia akan menyesal, menangis dan bertaubat…
2)Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Barangsiapa yang meninggalkan solat sehingga terluput waktunya, kemudian dia mengqodho’nya, maka dia akan di SEKSA ke dalam neraka selama 1 huqub. Satu huqub bersamaan 80 tahun, dan satu tahun terdiri dari 360 hari. Dan sehari di akhirat bersamaan dengan 1000 tahun dunia!”
Subhanallah! Ini baru satu waktu solat! Bayangkan, kalau kita tinggalkan walau hanya 1 waktu solat dengan sengaja, kita akan di seksa dalam neraka selama (360x1000x80) 28,800,000 hari di dalam neraka!! Ini baru satu waktu beb! Bayangkan berapa banyak kali dah kita tinggalkan solat dengan rileksnya, sampai dah tak ingat berapa banyak kali!
Ya rabb. Tak menggeletar ke badan kita bila fikir benda ni? Tak menangis ke kita? Tak takut ke kita? Tak menyesal ke kita? Ya Allah, Ya Allah!
3)Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Kedudukan solat di sisi islam adalah umpama kepala pada badan…”
Korang rasa, kalau korang takde kepala, korang boleh hidup tak? Confirm tak! Tahu tak korang, solat adalah perkara pertama yang akan di Tanya selepas iman di akhirat nanti. Yang mana, andai solat kita lepas, maka amalan lain akan mudah untuk lepas. Tapi, bila solat tak lepas, MUSTAHIL amalan lain akan lepas.
Kerana bila kita tinggalkan solat, semua amalan baik kita Allah SWT tak akan terima!!!
Saya tak mahu letak banyak lagi hadis Nabi Muhammad SAW yang berunsur ancaman bagi orang yang meninggalkan solat. Saya harap, jika ada antara membaca kali ini yang pernah meninggalkan solat, saya amat harap korang dapat baca sambil menangis teresak-esak.
Kerana, hati yang hidup, akan mudah terasa. Tapi hati yang mati, takkan rasa apa-apa. Seperti mayat. Tikamlah, bakarlah, kelarlah, mana rasa apa-apa!
Saya ulang:
“Hati yang MATI, mana rasa apa-apa bila tengok maksiat. Mana rasa apa-apa bila buat maksiat. Macam mayat. Kelarlah, tikamlah, bakarlah, mana rasa apa!!”
Saya yakin. Saya amat yakin, bila korang baca ni, korang rasa sangat bersalah. Hati korang berdebar. Korang menangis, korang menyesal dan mengimbau dosa-dosa lalu. Korang rasa nak bertaubat. Korang rasa dah tak nak tinggalkan solat lagi. Korang nak jaga solat 5 waktu dengan sempurna! Tapi...
Timbul persoalan yang biasa di utarakan:
“Ustaz, saya nak berubah. Saya nak bertaubat. Saya dah tak nak tinggalkan solat lagi. Saya tak nak! Adakah Allah SWT akan ampunkan saya? Dan adakah saya perlu QODHO’ SEMULA solat yang saya tinggalkan?
Jika ya, saya dah tak ingat berapa banyak yang saya tinggalkan. Macamana saya nak qodho sebab banyak sangat? Tolong saya ustaz….”
Saya rasa, hampir 100 soalan orang Tanya pada saya masalah ini dalam wassap/messeger. Saya yakin korang IKHLAS nak BERUBAH DAN BERTAUBAT. Jadi, saya akan usaha untuk bantu korang tentang isu qodho solat ni. Insyallah. Moga cara ini korang dapat buat!
ISU QODHO’ SOLAT
Sebagai ASAS, saya nak nyatakan di sini bahawa qodho solat adalah WAJIB. Samada kita tinggalkan solat dengan sengaja ataupun tak sengaja, kita wajib qodho juga. Kerana solat adalah merupakan HUTANG kita pada Allah SWT. Allah SWT dan nabi nak ajar kita bahawa solat ni bukan benda main-main. Boleh tinggalkan, lepas tu taubat dan tak payah qadha. Senanglah macam tu.
Qodho solat adalah WAJIB!
Maka, bagaimana nak qodho kalau dah banyak sangat kita tinggalkan sampai kita LUPA berapa banyak?? Maka, kaedah yang ulama' beri ialah:
“Qodho’lah sebanyak-banyaknya solat kita sehingga kita rasa kita dah qodho LEBIH dari yang kita tinggalkan..”
Maka, mungkin kelihatan BERAT kalau kita dah banyak sangat tinggal solat. Tapi, hakikatnya, takdelah berat mana. Kalau kita terlepas drama-drama best, boleh je kita sanggup qodho balik episode-episod drama yang kita tertinggal kat TV dengan kita download kat internet? Boleh pulak.
Perkataan “BERAT” adalah ALASAN orang-orang yang tak ikhlas dalam berubah. Time nak berubahpun, still ikut NAFSU. Nak yang mudah-mudah dan sesuai dengan nafsu dia. Kalau time nak berubah pun kita ikut suruhan nafsu, bila lagi kita nak ikut suruhan Allah SWT??
Saya ulang:
“Kalau time nak berubah pun kita ikut suruhan nafsu, bila lagi kita nak ikut suruhan Allah SWT?”
Maka, di sini, saya kemukakan STEP MUDAH untuk qodho solat:
1)Ulama' menyarankan, setiap kali kita habis solat satu waktu, selepas tu kita kita qodho solat waktu tu. Erk. Macam berbelit je ayat saya. Takpe, saya bagi contoh:
“Kalau kita tengah solat subuh misalnya, selepas kita solat subuh tu, kita bangun untuk solat subuh GANTI. Bermakna, satu kita solat subuh hari tu, satu lagi ialah solat subuh qodho. Begitu juga time zohor. Lepas solat zohor, bangun dan qodho solat zohor. Asarpun macam tu. Maghrib isyakpun macam tu. Maksudnya, setiap hari, setiap waktu solat, kita solat DUA KALI. Satu solat betul, satu solat qodho’…”
Faham tak?
Maksudnye, kalau korang berterusan buat macam ni selama DUA tahun, means korang dah berjaya qodho solat 2 tahun korang. Kalau korang dah 5 tahun tinggal solat. Dan korang bertaubat dan tak tinggal solat lagi, maka, kalau berterusan guna cara ni, korang automatik dah dapat qodho solat yang korang tinggalkan selama 5 tahun.
Sekali gus, korang tak rasa BERAT. Kalau cara macam ni pun rasa berat, apa lagi yang korang nak? Kalau tak nak susah-susah, macamana nak masuk syurga wahai sahabat? Buat je. Kalau korang betul-betul ikhlas dalam berubah dan bertaubat, nescaya korang akan rasakan perkara yang berat itu sebagai satu kemanisan.
2)Kalau kita rajin sikit, buatlah lebih sikit. Yang pasti, solat qodho ni boleh buat bila-bila. Lepas subuh ke, petang ke, malam ke, tengah malam ke, tengahari ke, bila-bila boleh.
Faham?
3)Ada orang Tanya:
“Apa niat solat qodho ye?”
Maka sebenarnya mudah je.
Kalau nak qodho subuh:
“Sahaja aku solat fardhu subuh, 2 rakaat, qodho kerana Allah..”
Kalau nak qodho zohor:
“Sahaja aku solat fardu zohor, 4 rakaat, qodho kerana Allah..”
Begitulah asar, maghrib dan isyak. Macam biasa niatnya, just tambah “qodho’”. Faham kan? Harap-harap faham. Korangkan smart dan bergaya.
So,TIGA point tentang isu qodho ni, saya harap korang semua JELAS. Jangan rasa beban. Saya ulang balik ayat saya di atas:
“Kalau kita terlepas drama-drama best, boleh je kita sanggup qodho balik episode-episod drama yang kita tertinggal kat TV dengan kita download kat internet? Boleh pulak…”
“Perkataan “BERAT” adalah ALASAN orang-orang yang tak ikhlas dalam berubah. Time nak berubahpun, still ikut NAFSU. Nak yang mudah-mudah dan sesuai dengan nafsu dia. Kalau time nak berubah pun kita ikut suruhan nafsu, bila lagi kita nak ikut suruhan Allah SWT..??”
ISU SOLAT JEMAAH
Ni lagi satu benda saya nak utarakan. Ada jenis orang, solat 5 waktu dah jaga dah, tapi entah apahal, dia dengan bangga dan rilexnya tak pergi surau/masjid untuk solat Jemaah.
Apakah?
Jap, sebelum saya bebel panjang-panjang, saya nak nyatakan, solat berjemaah ni KHUSUS pada lelaki je. Wanita tak di sunatkan pergi surau/masjid. So, saya nak tegur lelaki yang jaga solat, tapi tak gi berjemaah kat surau.
Nak mengamuk sikit.
Sahabatku, kenapa kau susah sangat nak pergi surau? Sembang agama lebat, nak jatuhkan kerajaan zalimlah, nak menegakkan khalifah di muka bumilah, ya hanana sini sana, belajar agama tinggi-tinggi, tapi time azan, tak pergi surau.
Apa ni?
Tahu tak, apa yang Nabi Muhammad SAW ancam bagi orang yang dengar azan, tapi tak pergi solat berjemaah kat surau? Baca ni, kemudian, muhasabahlah diri, menangislah dan taubatlah!
1)Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Barangsiapa mendengar seruan azan, tetapi tidak memenuhinya(tak pergi solat berjemaah di masjid) tanpa sebarang uzur yang menghalanginya, maka solat yang dia kerjakan tidak akan di terima!!
Maka sahabat bertanya:
”Apakah uzurnya?”
Nabi Muhammad SAW menjawab:
“Ketakutan atau sakit…”
(HR Abu dawud, Ibn Hibban dan Ibn Majah).
Maksud “solatnya tak akan di terima” ialah, solatnya itu tak dapat pahala, walaupun kewajipan solatnya dah tertunai. Tapi, ada certain sahabat dan tabiin berpendapat bahawa, tinggalkan solat Jemaah kat masjid tanpa uzur adalah HARAM.
Ibn Abbas ada riwayatkan satu hadis:
“Barangsiapa yang dengar azan, tapi dia tak memenuhinya dengan solat berjemaah, bermakna, dia tak nak kebaikan dan dia tak layak mendapat kebaikan!!”
Bak kata Imam Abu Hurairah r.a:
“Barangsiapa dengar azan tapi tak solat berjemaah, maka lebih baik kita tuangkan cairan timah yang mendidih ke dalam telinga dia!”
Sahabat, sekarang dah maju. Kita dah tahu waktu solat, dah ada kalendar. Jangan bagi alasan tak dengar azan. Orang beriman, takkan bagi alasan. Kalau dah malas tu, mengaku je, jangan tipu diri sendiri. Ok?
2)Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Aku teringin nak memerintahkan para pemuda agar mengumpulkan KAYU BAKAR untukku, kemudian aku datang ke rumah orang-orang yang solat di rumah mereka tanpa uzur, lalu aku mahu BAKAR rumah-rumah mereka!!!!”
(HR Muslim)
Tak rasa sedih ke? Tak sentap ke? Nabi Muhammad SAW mana pernah rasa benci pada umat dia. Nabi Muhammad SAW amat sayang dan cintakan umatnya. Nabi Muhammad SAW tak sanggup tengok umatnya berada dalam kesusahan walaupun sedikit. TETAPI, hadis kat atas menunjukkan betapa NABI MUHAMMAD SAW MARAH SANGAT orang yang tak solat Jemaah kat masjid!
Adakah kita boleh mendabik dada kata kesayangan
kita cinta Nabi Muhammad SAW dengan berqasidah semata, tapi solat Jemaah tak jaga???
Saya rasa, cukup dua hadis tu untuk sedarkan para LELAKI sekalian akan betapa pentingnya solat Jemaah ni. Ni bukan isu kecik brader. Ni isu besar syeikh… Kalau kau tak solat Jemaah, mungkin kau bukan lelaki. Sebab biasanya perempuan je yang solat kat rumah ni. Tak payah bajet hensem, bajet maskulin, bajet awesome, bajet jambu, bajet macho, tapi solat kat rumah..MALU SYEIKH!
Sebagai pengakhiran, saya tak tahu nak cakap macamana lagi. Saya hanya mampu menyampaikan. Akhirnya, yang buat keputusan untuk bertaubat dan berubah adalah diri kita sendiri. Usahlah merungut, susahlah, penatlah, beratlah. Kerana MERUNGUT bukan sifat orang beriman.
Kalau kita betul-betul nak berubah, nescaya kita takkan beri walau SATU PUN ALASAN. Hendak 1000 daya, tak nak 1000 dalih!! Itulah prinsip yang kita kena pegang. Kalau kita ni nak berubah jadi baik, perkara pertama kita kena ubah ialah SOLAT KITA. Kerana mustahil kita akan jadi baik, kalau solat kita hancur.
Tahu tak kita??
“Sebelum Nabi Muhammad SAW wafat, yang mana, Nabi Muhammad SAW langsung tak larat untuk bangun, tetapi baginda tetap mahu pergi masjid untuk solat berjemaah, dan menyuruh sahabat MENGUSUNGNYA. Sahabat papah Nabi Muhammad SAW, sehingga kaki Nabi Muhammad SAW terheret kat tanah lantaran badan baginda yang terlalu lemah. Itulah solat terakhir Nabi SAW. Kemudian, baginda wafat…”
Nabi Muhammad SAW nak ajar ummatnya, Nabi Muhammad SAW nak ajar kita, susah mana pun, jangan sesekali tinggal solat.
Tahukah kita?
"Umar Al-khattab r.a, ketika di tikam oleh Abu Lu’lu’, kemudian pengsan. Perkara pertama yang bermain di fikirannya setelah beliau sedar ialah SOLAT. Beliau meminta sahabat mengambilkan wudhuk untuknya, supaya beliau dapat solat. Dan akhirnya meninggal..."
Tetapi kita pada hari ini bagaimana? Langsung tak hargai Allah SWT dan Rasulullah SAW, terlalu mengikut nafsu, lantas berangan-angan untuk mendapat syurga? Menangislah pada Allah SWT. Taubatlah padaNya. Cukuplah masa silam kita yang gelap. Mulakan hidup baru.
Saya doakan InsyaAllah. Maafkan salah silap saya, andai terkasar bahasa di dalam penulisan kali ini. Demi Allah SWT, penulisan ini untuk diri saya yang hina serba dhoif ini. Doakan saya juga.
Wallahua’lam bish shawab.
Jazakumullahu khairan khatsira.
Assalamualaikum wbt.
Copy and paste
FB Kebangkitan Bani Jawi (Nusantara)
26 Julai 2018 : 09.29 pm