Thursday 28 June 2018

KEDUDUKAN DAN PERANAN ATM: APAKAH PERBEZAAN DENGAN AWAM/POLIS

(Olih Mej Hj Mior Rosli TUDM Bersara)
Baru2 ini kita dengar apabila  PH menang PRU14, PAT dan KPN akan di letakkan dibawah Parliament. Pada saya ianya mungkin ada baiknya dan mungkin ada buruknya. Tapi cadangan INI bertentangan dengan perlembagaan persekutuan.

Pada saya, sebelum Kita terburu2 untuk membuat sesuatu keputusan, kita harus berbalik kepada "Rule of Law" atau keluhuran Undang2.

Perkara 41 perlembagaan persekutuan dengan jelas dan padat menyatakan bahawa Yang Di Pertuan Agong hendaklah menjadi Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan (The Yang Di Pertuan Agong shall be the Supreme 
Commander of the Armed Forces of the Federation).

Tidak ada mana2 perkhidmatan Awam di Malaysia mempunyai pemerintah khusus sepertimana yang di berikan kepada ATM seperti yang di peruntukkan Di perkara 41 perlembagaan persekutuan.

Untuk memahami Angkatan Tentera Tanah Melayu dengan lebih dekat, perlu kita lihat sejarah kehebatan kententeraan Tanah Melayu itu sendiri.

Perhubungan Angkatan Tentera dengan Raja2 Melayu ujud sejak kemahsyuran kesultanan Melayu Melaka lagi dimana Angkatan Tentera adalah dibawah kawalan sepenuhnya oleh Bendahara dan Laksmana. Angkatan Tentera adalah benting Pertahanan dan kekuatan kesultanan ketika itu hinggakan Melaka mengawal dan membuat undang2 Laut bagi seluruh selat Melaka. Sebagai contoh, Bendahara Tun Perak, semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1445-1459), telah dua kali megalahkan serangan Tentera Siam terhadap Melaka. Tun Perak juga telah berjaya menakluki Pahang, Trengganu, Johor, Riau, Lingga, Bengkalis, Inderagiri dan Aru. Bendahara adalah orang biasa yang paling kanan dan penasihat utama bagi sultan. Bendahara sangat mahir dari segi peperangan dan kerja2 diplomatic dengan negara luar. Kesetian Bendahara dan Laksmana terhadap Sultan tidak ada berbelas bagi.

Kuasa Laksmana sangat besar dan dia adalah Panglima tertinggi Angkatan Tentera (Laut) dan juga menjadi wakil Sultan kepada negara2 luar. Laksmana bertanggonjawab memastikan keselamatan selat Melaka dan menguat kuasa-kuasa Undang2 Laut Melaka (Maritime Laws of Malacca) yang perlu di patuhi oleh semua kapal2 dari Eropah, Arab, India dan China.

Kekuatan Tentera kesultanan Melaka boleh di lihat semasa pemerintahan Sultan Manshur Shah apabila Bendahara Tun Perak dan 19 Hulubalang (komander) menyerang Inderagiri (Pahang) yang di jajah oleh Maharaja Dewa Sura, dengan 200 kapal perang.

Olih kerana kehebatan kententeraan Kesultanan Melaka, Raja Majapahit terpaksa menyerahkan Inderagiri, Jambi, Tungkal Dan Siantan kepada kesultanan Melaka.

Perhubungan Antarabangsa antara maharaja China sangat erat Di zaman Pemerintahan Sultan Mansur Shah Di mana pada tahun 1481 Tentera Melaka telah bantu Maharaja China dengan menyerang tentera Vietnam yang menggangu orang Islam di Champa. Tentera Vietnam telah kalah dengan Teruk.

Sultan Mansur Shah telah mengembangkan jajahannya hingga ke Kampar Dan Siak Di Sumatra. Baginda mangkat pada tahun 1477 dan anak baginda Sultan Aladdin Riayat Shah Di tabal jadi Sultan (1477-1488) dan di ikuti oleh Sultan Mahamud Shah(1488-1511). Pada tahun 1500 Melaka telah telah Negara Yang amat berkuasa dan mashsur dalam perdangangan dan kegiatan Islam nusantra. Pada tahun 1506 Malacca tawan Kelantan.

Pada 1hb Ogos tahun 1509 Diogo Lopes De Sequeira, perwakilan raja portugis datang ke Melaka untuk mengkaji perdagang secara terus dengan Melaka, tetapi atas nasihat orang Gujarat (Tamil Muslim) Sultan Mahamud Shah dan Bendahara merancang untuk bunuh Lopes De Sequeira tetapi dia dapat melepaskan diri kecuali beberapa orang nya dapat di tangkap.

Pada tahun 1510, Alfonso De Albuquerque membuat keputusan untuk tawan Melaka. Pada bulan April tahun 1511, Alfonso De Albuquerque membawa 18 kapal perang dengan 1400 anggota tentera untuk serang melaka. Percubaan pertama mereka gagal kerana Pertahanan oleh tentera Melaka sangat kuat.

Dari Catalan buku Sejarah portugis, Tentera Melaka mengunakan persenjataan yang paling canggih ketika itu. Melaka mempunyai hingga 8000 buah meriam besar Yang sangat hebat yang mampu menembak tembus kapal2 perang lawan. Anggota Tentera Melaka mengunakan senapang jenis Matchlock dan Gajah2 perang.

Akhinya, melalui rasuah kepada penjaga pintu kubu Kota Melaka, Tentera Portugis dapat masuk kedalam Kota Melaka Dan Tentera Malaka tidak bersedia. Pada 24 Ogos 1511 tentera portugis bergerak Dalam 6 Barisan dan membunuh siapa sahaja yang cuba menentang. Sultan Mahamud Shah lari ke Kampar Sumatra, putera baginda Muzaffar Shah lari ke Perak Dan Aladdin Shah ke Johor. Portugis menjawab Melaka selama 130 tahun. Maka pada tahun 1511, tamat lah kehebatan kententeraan Melayu Melaka.

Belanda menawan Melaka dari portugis pada tahun 1641 Dan berahkir pada tahun 1825. Belanda menjajah Melaka selama 183 tahun(1641-1825) apabila Belanda serah Melaka kepada British ( dengan pertukaran jajahan British Bencoolen dengan Melaka)

Pada tahun 1786  Sultan Kedah  pajak Pulau Pinang kepada British. Pada 1815 Governor British, Stamford Raffles mendapatkan Singapura dari Sultan Johor.

Sejak 1902, Raja2 Melayu Yang Di ketuai oleh Almarhum DYMM yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Muhamad ibni Yam Tunku Antagonist, Almarhum DYMM Sultan Perak, Sultan Alang2 Iskandar Shah, Almarhum Raja Di Holiday Perak, Raja Sir Chulan dan Abdullah bin Haji Samad telah mengesa Pejabat Jajahan British untuk menubuhkan Satu Rejimen Askar Melayu dari anak tempatan. Pada 23 Januari 1933, Lembaga perundingan persekutuan telah meluluskan Akta Askar Melayu, Akta no. 11. Pada 1 Mac 1933 tertinggi kompeni percubaan pertama Di Haig Lines di Port Dickson. 
Pada zaman Darurat, Tentera Darat telah menubuhkan satu pasukan berbilang bangsa iaitu  Rejimen Persekutuan  dan  Skuadron Kereta Perisai Persekutuan pada tahun 1952 (sekarang di gelar Kor Armor DiRaja).
Rejimen Semboyan Diraja bermula apabila tertubuhnya Communications Troop di Pusat Latihan Askar Melayu Diraja pada tahun 1949 di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Kor Ordnans Diraja bermula dengan penubuhan Malay Regiment Stores Depot pada 17 Julai 1964 di Port Dickson yang kemudiannya disatukan dengan lain-lain pasukan logistik, dalam bulan April 1957 dengan nama Army Service Corps (ASC). 

Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) telah ditubuhkan pada 22 April 1953. 

Kor Polis Tentera Diraja telah ditubuhkan pada 12 November 1953 dikenali sebagai Polis Tentera Persekutuan dan diletakkan dibawah pemerintahan dan Pentadbiran Royal Military Police, British Army. 
Kor Perkhidmatan Am diwujudkan dalam tahun 1954 dengan nama The Federation General Service Corps. Bahagian-bahagiannya ketika itu ialah Pejabat-pejabat Rekod, Gaji, Perubatan, Pelajaran dan Perisikan. Nama pasukan Perkhidmatan Am dikuatkuasakan pada 1 Julai 1958. Bahagian-bahagian Perubatan dan Perisikan kemudian berpisah dan menubuhkan kor yang berasingan. Pasukan Perkhidmatan Am dengan rasminya menjadi Kor Perkhidmatan Am pada 1 Mei 1972. 
Kor Perkhidmatan Diraja berasal dengan penubuhan Cawangan Bekal dan Angkut dalam bulan April 1957 sebagai satu bahagian dalam Army Service Corps (ASC). 
Kor Jurutera Letrik dan Jentera Diraja berasal dari Army Service Corps (ASC) yang telah ditubuhkan dalam bulan April 1957.

Rejimen Artileri Diraja ditubuhkan di Kajang pada 15 Ogos 1957 dengan satu Bateri dimana sebahagian besar anggota-anggotanya ketika itu terdiri daripada bekas anggota Artileri Diraja yang pernah berjuang di Pulau Belakang Mati, Singapura semasa Perang Dunia II.

Sejarah Tentera Laut pula, bermula dengan pembentukan Tentera Laut Simpanan Sukarelawan Negeri Selat - Straits Settlement Naval Volunteer Reserve (SSNVR)- yang telah ditubuhkan oleh kerajaan kolonial British Negeri-negeri Selat pada 27 April 1934 di Singapura. SSNVR ditubuhkan untuk membantu Tentera Laut Diraja British mempertahankan kawasan perairan Tanah Melayu. 

Apabila Perang Dunia Kedua meletus, SSNVR dikerahkan untuk perkhidmatan aktif sebagai unit dalam Royal Navy Malay Section, juga dipanggil Royal Malay Navy ataupun Malay Navy ( kemudian Di bubar Kan kerana kekurangan kewangan) . Pada 24 Disember 1948, Darurat diisytiharkan di Tanah Melayu akibat ancaman pengganas komunis. Menyedari kepentingan tentera laut bagi membendung ancaman komunis, pihak British mengaktifkan semula Malay Navy dan kali ini digelar Malayan Naval Forces , MNF. Tarikh 4 Mac 1949 Malayan Naval Forces ditubuhkan di HMS Malaya, Woodlands, Singapura.

 Pada bulan Ogos 1952, Ratu Elizabeth II telah mengurniakan gelaran ‘Diraja’ kepada MNF, menjadikan MNF kini dikenali sebagai Tentera Laut Diraja Malaya (Royal Malayan Navy) di atas perkhidmatan MNF yang cemerlang ketika Darurat. Dengan tertubuhnya Malaysia RMN Di tukar Nama sebagai  Tentera Laut Diraja Malaysia.

Tentera Udara mula penubuhannya dengan Pasukan Sukarela Tentera Udara Negeri-negeri Selat(SSVAF) oleh British pada tahun 1936. Pasukan ini ditukar nama kepada Pasukan Simpanan Tentera Udara Malaya pada tahun 1940 tetapi telah dibubarkan selepas Perang Dunia Kedua. Pada tahun 1950 pasukan ini telah dihidupkan semula sebagai Royal Air Force Malaya(RAF Malaya). Tentera Udara Malaya menjadi kenyataan pada tahun 1958 apabila pesawat Twin Pioneer pertama mendarat di pangkalan RAF Kuala Lumpur.  Semasa ditubuhkan ia dikenali sebagai “Tentera Udara Diraja Persekutuan“. Sebagai angkatan yang muda tugas awal yang diamanahkan kepada Tentera Udara Diraja Persekutuan pada ketika itu ialah untuk memberikan perkhidmatan perhubungan melalui udara dan membantu pasukan keselamatan menjalankan operasi memerangi komunis yang mengancam negara. Dengan tertubuhnya Malaysia pada 16 September 1963, nama Tentera Udara telah ditukar kepada “Tentera Udara Diraja Malaysia” atau lebih dikenali sebagai TUDM.

Pada 5 Ogos 1957, Raja2 Melayu telah membuat 7 wasiat Raja2 Melayu sebelum Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu Di isytiharkan. Wasiat nombor 3 adalah mengenai Askar Melayu (Angkatan Tentera) Yang berbunyi:

"Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara."

Didalam Perkara 132 perlembagaan persekutuan, perlembagaan menjejaskan senarai Perkhidmatan2 Awam untuk mentadbir Negara ini seperti berikut:
Perkhidmatan-perkhidmatan awam
132. (1) Bagi maksud Perlembagaan ini, perkhidmatan-
perkhidmatan awam ialah—
(a) angkatan tentera;
(b) perkhidmatan kehakiman dan perundangan;
(c) perkhidmatan awam am Persekutuan;
(d) pasukan polis;
(e) (Keretapi Tanah Melayu (Dimansuhkan);
(f) perkhidmatan awam bersama yang disebut dalam Perkara
133;
(g) perkhidmatan awam setiap Negeri; dan
(h) perkhidmatan pendidikan.

Jika Kita lihat susunan dalam Perkara 132 (1) Perlembagaan Persekutuan seperti Yang Di senaraikan diatas, Angkatan Tentera merupakan perkhidmatan awam yang terkanan dari segi protokol antara semua perkhidmatan awam Negara.
Kedudukan kekanan Perkhidmatan Angkatan Tentera ini hendaklah lah di baca bersama dengan Perkara 41 (seperti diatas) Dan Perkara 137 perlembagaan persekutuan seperti berikut:

Majlis Angkatan Tentera
137. (1) Maka hendaklah ada suatu Majlis Angkatan Tentera yang
hendaklah bertanggungjawab di bawah kuasa am Yang di-Pertuan
Agong bagi pemerintahan, tatatertib dan pentadbiran angkatan tentera,
dan segala perkara lain yang berhubungan dengannya selain perkara yang berhubungan dengan penggunaan angkatan tentera bagi maksud operasi.

Dalam Perkara 137(1) diatas, ada lah sangat jelas bahawa segala hal pemerintahan, tatatertib dan pentadbiran angkatan tentera,
dan segala perkara lain yang berhubungan dengannya hendaklah mendapat kelulusan SPB Yang Dipertuan Agong terlebih dahulu. Perkara ini lebih jelas Di lihat Di dalam setiap seksyen didalam Akta Angkatan Tentera 1972 yang melibatkan tiga perkara ini. Semua ayat dalam seksyen2 Yang berkaitan memerlukan kelulusan Yang Di Pertuan Agong.

Selepas merdeka, Tentera Darat telah menubuhkan beberapa lagi Kor2 Dan Perkhidmatan seperti berikut:
1. Rejimen Renjer Diraja (RRD) adalah salah satu daripada Kor Infantri yang telah ditubuhkan pada 16 Mac 1963.
2. Rejimen Gerak Khas  Malaysia merupakan entiti utama pasukan elit TDM yang ditubuhkan pada 1 Ogos 1965 di Kem Majidee, Johor Bharu. 
3. Kor Kesihatan Diraja terukir apabila Kor Ubatan dan Gigian (KUG) ditubuhkan secara rasmi pada 11 Mei 1967.
4. Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) adalah sebuah kor di dalam Tentera Darat Malaysia yang menguruskan dan mengendalikan hal ehwal keagamaan bagi ketiga-tiga cabang di dalam ATM. Penubuhan KAGAT bermula pada tahun 1979.
5. Pasukan Udara Tentera Darat telah ditubuhkan pada 1 Julai 1994.

Kesemua Kor2 dan perkhidmatan Tentera Darat ini terbuka pada semua kaum kecuali untuk Rejimen Askar Melayu Diraja. In Di jelaskan dalam Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996) di seksyen 6(1) dan seksyen 16(1) seperti berikut:
Mentauliahkan pegawai 
Seksyen 6. (1) menyatakan, Yang di-Pertuan Agong boleh atas syor Majlis Angkatan Tentera mengurniakan sesuatu tauliah dalam Tentera Darat, Tentera 
Laut atau Tentera Udara kepada mana-mana orang, mengikut 
mana-mana yang berkenaan:
 Dengan syarat bahawa hanya orang Melayu boleh ditauliahkan dalam Askar Melayu Diraja.

SYARAT PERKHIDMATAN BAGI
ANGKATAN TETAP
Menurut seksyen16 (1) Pula, is mengatakan,Sesiapa jua boleh  didaftarkan dalam angkatan tetap:-Dengan syarat bahawa hanya orang-orang Melayu boleh didaftarkan  dalam Askar Melayu Diraja

Askar Melayu Diraja in telah di tetapkan oleh wasiat Raja2 Melayu no.3 pada 5hb Ogos 1957 (seperti diatas). 

Didalam ATM setiap Perkhidmatan Dan Kor secara tradisnya mempunyai Kolonel kehormat terdiri dari Raja2 Melayu dan setiap Perkhidmatan dan  Kor berkempen mempunyai panji-panji Agong Dan  juga panji-panji Kor/squadron masing2. Perkhidmatan dan Kor2 tersebut adalah seperti berikut:

Masyal/Laskmana Armada/Masyal TUDM : Yang Di Pertuan Agong, Panglima tertinggi Angkatan Tentera, 

Kolonel Yang DiPertua adalah satu jawatan istiadat didalam sesebuah rejimen tentera. Ia biasa digunakan dalam beberapa tentera darat Komanwel, yang mana ia dipegang oleh penaung rejimen, biasanya anggota kerabat diraja. Jawatan ini dahulunya digunakan didalam tentera darat beberapa pemerintahan beraja Eropah. Kolonel Yang DiPertua hanya mempunyai peranan istiadat dalam rejimen mereka.

Dari segi sejarah Kolonel Yang DiPertua adalah ketua istiadat sesebuah rejimen, biasanya dari kalangan anggota kerabat diraja sesebuah negara Eropah. Amalan ini boleh dijejak dari tahun 1740 di Prusia apabila Raja Frederick II memegang jawatan ini didalam Garde du Corps yang baru diwujudkan, iaitu rejimen elit kavalri berat.

Pada lewat abad ke-19 jawatan ini boleh diberikan kepada anak raja; wujud gambar anak perempuan  Tsar Nicholas II dalam pakaian seragam rejimen mereka.  KaiserWilhelm II merangkul gelaran itu hingga ketahap ekstrim, memegang hingga berpuluh-puluh rejimen Jerman dan (melalui ihsan diplomatik) Austria-Hungary, British, Rusia, dan Portugis. Disamping itu, ibunya, isteri, anak lelaki, dan anak perempuan juga merupakan Kolonel Yang DiPertua atau timbalan Kolonel Yang DiPertua untuk  pelbagai unit.

Dalam penggunaan moden, Kolonel Yang DiPertua rejimen ialah (biasanya raja) penaung, yang mempunyai peranan istiadat dalam kehidupan rejimen. Mereka tidak mempunyai peranan operasi, atau hak untuk mengeluarkan arahan, tetapi dimaklumkan semua aktiviti penting rejimen dan membuat lawatan sekali-sekala ke unitnya. Tujuan utama Kolonel Yang Dipertua ialah mengekalkan hubungan langsung antara rejimen dan kerabat diraja. Sesetengah rejimen artileri mempunyai seorang Kapten Jeneral bagi mengganti Kolonel Yang Dipertua, namun jawatan itu adalah sama.

Posisi Kolonel Yang Dipertua berbeza daripada jawatan istiadat rejimen yang lain seperti Kolonel Rejimen dan Kolonel Kehormat, yang biasanya datang dari pegawai tentera bersara atau tokoh awam yang ada kaitan dengan rejimen.

Kolonel Yang Dipertua dilantik atas jemputan rejimen. Adalah menjadi tradisi bagi tokoh diraja memegang posisi itu dan adalah atas budi bicara rejimen atau kor untuk menjemput mereka.

Setakat tahun 2015, sebahagian besar Kolonel Yang Dipertua dalam Tentera Darat British adalah anggota Keluarga Diraja British. 

Peranan ini telah berkembang ke tentera darat lain dalam Negara-Negara Komanwel, sekurang-kurangnya di negara yang mempunyai keluarga diraja.

Kolonel Yang Di Pertua ( Colonel-in-Chief) Di Malaysia:
Rejimen Tempur Tentera Darat
Rejimen Askar Melayu Diraja - Sultan Kedah
Rejimen Renjer Diraja - Raja Perlis
Kor Armor Diraja - Sultan Terengganu
Grup Gerak Khas - Sultan Johor (Kolonel Komandan)
Rejimen Bantuan Tempur Tentera Darat
Rejimen Artileri Diraja - Sultan Kelantan
Rejimen Askar Jurutera Diraja - Sultan Perak
Rejimen Semboyan Diraja - Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan
Kor Polis Tentera Diraja - Raja Perlis
Kor Risik Diraja - Sultan Kelantan
Kor Jurutera Letrik dan Jentera Diraja - Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
Pasukan Bantuan Perkhidmatan Tentera Darat
Kor Perkhidmatan Diraja - Sultan KedahKor Ordnans Diraja - Sultan TerengganuKor Kesihatan Diraja - Sultan Perak
Tentera Udara Diraja Malaysia - Sultan Pahang (Kolonel Kehormat TUDM)
Tentera Laut Diraja Malaysia - Sultan Selangor (Kepten Yang DiPertua)

APAKAH MASAALAH ATM SEKARANG?
1. Pada tahun 1972, Lapuran Sheikh Abdullah telah menurunkan Gaji Pegawai2 ATM lebih Rendah dari Gaji PTA/PTD. Tindakan ini adalah ultra vires kepada Perkara2 137(1) dan 139(1) perlembagaan persekutuan dimana Majlis Angkatan Tentera mempunyai bicara sendiri menentukan Gaji Dan pencen Anggota ATM, dan Suruhanjaya perkhidmatan Awam tidak ada jurisdiction terhadap ATM.
2. Perkhidmatan awam am persekutuan tidak menghormati kedudukan ATM dari segi protokol mengikut Perkara 132(1) perlembagaan persekutuan.
3. Pada 1982, MAT Di gabungkan dengan KEMENTAH menjadi Lembaga Menteri. Kuasa MAT dalam perkara 137 perlembagaan persekutuan dicairkan.
4. MAT sekarang Di masukkan dalam satu organisasi yang dinamakan Kumpulan Pengurusan Angkatan Tentera Di KEMENTAH. JPP mengikut website Kementerian Pertahanan Di letak dibawah KSU KEMENTAH. Semua ini bertentangan dengan perlembagaan persekutuan. Kesan nya hingga membantah Veteran. Akta AT,72 jelas mengatakan membuat pencen ATM adalah urusan MAT tetapi kerana pemegang Amanah mengikut perlembagaan persekutuan tidak tahu tugas mereka semua hal pentadbiran Dan Pemerintahan ATM jadi kucarkacir.
5. Pada 2013, ATM Di harmoni Kan dengan semua perkhidmatan Awam.. Dari segi gaji sahaja tapi Dari kerja Dan Cara hidup Anggota Tentera tetap berbeza. Pangkat 2 Tentera Dan Polis Di harmonikan, Sama dengan Gred gaji perkhidmatan Awam Am seperti contoh berikut:
a. Kapt dan ASP sama dengan gred 44 Awam.
b. Mej Dan DSP Sama dengan gred 46A Awam.
C. Kol dan ACP sama dengan gred 52 Awam.
Kalau inilah caranya,  hapuskan syarat2 perkhidmatan Tentera Dan samakan dengan Awam.

PERBEZAAN PERKHIDMATAN TENTERA DENGAN AWAM
Berikut adalah sebahagian perbezaan Yang anggota Tentera harus lalui yang berbeza dengan penjawat Awam mahupin dengan polis:
a. Setiap anggota Tentera tertakluk dengan Akta Angkatan Tentera Dan disiplin Tentera yang rigid dan dgn  masa yang sama tertakluk juga dengan undang2 sivil.
b. LTAT tidak Sama dengan KWSP, pegawai tidak Di nesting menjadi ahli.
c.Risiko kerja melampaui OSHA.
d. Setiap kali sambung perkhidmatan, anggota perlu membuat PULHEEM Dan mesti bertaraf FE.
e. Dalam ATM hanya 4% pegawai (sahaja) Yang boleh Bersara sampai umur 60 seperti perkhidmatan awam.
f. Anggota lain2 pangkat terpaksa berhenti pd thn ke 10, 15, 18, 21 jika penyambungan tidak di luluskan. Yang kurang Dari 21 tahun tidak layak dapat pencen. Begitu juga pegawai,  hanya kol Keatas sahaja berhenti umur 60.
g. Cuti adalah keistimewaan bukan hak.
h. Kerja aktif 24/7 selagi dalam ATM.
i. Tidak Ada kebebasan bersuara 100% Dan berpersatuan.

Fikirkan lah!

Mej Hj Mior Rosli TUDM Bersara
27 Jun 2018

Copy and Paste: Whatsapp Group Skot 139/80 Lumut
28 Jun 2018 : 3.00 pm

No comments: