Sunday, 17 June 2018

Allah itu Adil

"Kenapa Allah lahirkan golongan lorong hanya untuk dihantar ke neraka, dan dilahirkan golongan orang-orang yang baik hanya untuk dihantar ke syurga. Di manakah adilnya Allah kalau ujian yang dihadapi manusia itu tidak sama beratnya?" Nur ajurkan pertanyaan kepada Ustaz Adam.
"Takkan adil. Sampai bila-bila pun takkan adil. Sama macam kenapa Allah wujudkan orang yang cacat dan menghadapi kehidupan yang sukar sepanjang hidup di samping orang yang normal. Dan mereka terus ditindas, hak mereka untuk terus hidup. Ataupun sama juga macam mereka yang miskin, yang keturunan demi keturunan merasakan kesusahan sepanjang masa sedangkan hidup mereka dikelilingi oleh orang-orang yang senang, hidup seperti didalam dulang emas, tetapi mereka terus berusaha, berusaha untuk mencari sesuap nasi sedangkan yang si kaya tanpa membuat apa-apa untuk menjadi senang. Adil ke macam tu?
Apatah lagi, orang yang macam saya. Yang dikatakan bertuah, hidup dalam keturunan orang yang baik-baik, mendapat ilmu yang baik-baik, dipermudahkan segala ibadah dia, dibentangkan segala peluang saya untuk masuk ke syurga. Pada masa yang sama, Allah wujudkan golongan lorong seperti ini. Hanya hidup untuk dikeji, dimaki, dihina. Ramai orang-orang kat sini nak keluar daripada hidupan yang gelap ni. Tapi gagal. Adil ke macam tu?
Sedangkan dalam seminggu pun kita ada 7 hari. Bukan 8. Kalau diagihkan jumlah dia takkan adil. Ada 3, ada yang dapat 4. Jadi bukan kamu sorang je rasa yang dunia ni tak adil. Semua makhluk atas muka bumi ni rasakan yang dunia ni tak adil. 
Di Alaska, umat Islam terpaksa berpuasa 20 jam, sedangkan disini umat Islam berpuasa selama 12 ke 13 jam sahaja. Adil ke macam tu?
Tapi, selagi kita mencuba melihat keadilan Allah disisi sesama manusia, selagi itu kita takkan nampak dimana letak keadilan Allah itu." Ustaz Adam menjelaskan pertanyaan Nur
"Habistu kat mana letaknya keadilan Allah itu, ustaz?" Tanya Nur lagi.
"Adil Allah apabila kita redha dengan ketentuan Dia, dan kita redha dengan ketentuan yang ditetapkan untuk hidup kita. Dan keadilan Allah itu lagi jelas apabila umat Islam di Alaska berpuasa selama 20 jam dan mereka tetap bersyukur dan redha tanpa rasa merungut. Kenapa mereka berpuasa lebih daripada masa kita yang singkat dekat sini. Kerana mereka tahu, mereka tahu ada hikmah disebaliknya. Adil juga di mata Allah apabila si cacat teruskan hidup dia dengan bersusah payah, dengan rasa bersyukur, dengan apa yang mereka ada. Sama juga macam si buta, teruskan hidup dia dengan buta, si kudung teruskan hidup dia dengan tidak berkaki. Tapi mereka bersyukur mereka tak pernah merungut, tak pernah meronta-ronta nak menjadi seperti orang biasa, yang celik, orang biasa yang berkaki. Sedar diri.
Adil juga untuk orang miskin yang sentiasa bersyukur walaupun rezekinya hanya secupak. Dan dia sentiasa redha tanpa rasa sikit pun iri hati terhadap si kaya. Dan si kaya sanggup memberikan hak dia kepada orang miskin sedangkan dia tahu benda tu tak adil untuk dia.
Bila kamu sentiasa redha dengan ketentuan Dia, dan kamu terima apa saja ujian dalam hidup kamu. Kamu kena terima. Kamu kena terima segala ujian ni dengan berlapang dada tanpa rasa dendam. Dan jangan mempersoalkan kenapa kamu ada kat sini.
Kamu kena berjuang. Hukum tetap hukum. Di situlah sebenar-benarnya letak ujian. Langkah pertama, kamu kena terima, kamu kena terima hakikat ujian dalam hidup kamu.
Selagi kita tak redha dengan ujian Allah untuk kita, selagi itu kita akan tetap salahkan Allah dan tak pernah berlaku adil untuk kita. Sedangkan Allah itu Maha Adil sifatnya.
Mungkin di dunia kamu susah, tapi di akhirat nanti kalau kamu lepas ujian ni, in shaa Allah maqam kamu akan lagi tinggi dari para wali (mendapat darjat yang tinggi di sisi Allah di akhirat nanti). Asalkan kamu ikhlas dengan ujian hidup kamu. Allah itu Maha Adil, Dia berhak melakukan apa saja yang Dia mahukan. Itulah sebenar-benarnya keadilan. Kebesarannya yang tiada tandingannya."

#0108887485

#teamIstiqamah
#0108887487

Copy and paste: FB INFO AKHIR ZAMAN
17.6.2018 : 11.18 PM

No comments: