Thursday, 1 March 2018

TAMADUN MELAYU YANG DISEGANI DUNIA

"SUNGAI BATU CIVILISATION:THE BRETHREN COURT OF WORLD ANCIENT CIVILISATION IN 500 A.D"
Tamadun yang dimaksudkan sudah semestinya yang lain tak bukan tamadun Sungai Batu yang berdiri megah pada sekitar tahun 535 sebelum masihi yang menjdai pusat peleburan besi/pedang terbaik di dunia menggunakan teknologi pemprosesan yang sangat tinggi seperti pedang Qala'i yang duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan tamadun dunia yang lain seperti Tamadun Rom,Yunani,Mesopotamia,Mesir Putba,Hwang-Ho dan Indus.
Tamadun ini lebih tua daripada Borobodur dan prambanan di Indonesia termasuk Thatbyinnnyu Temple di Bagan(Myanmar),Angkor Wat/Bayon/Preah Vihear(Kemboja),Kompleks Mison(Vietnam) dan tapak peninggalan kuno dari Sukhotai dan Ayutthaya(Thailand)
Seorang Ahli geografi dari arab era abbasiah dalam karyanya Al-Rujjar (Nuzhat Al-Mushtāq Fi Khtirãq Al-Āfāq) dan Abu Dhulaf, seorang pengembara dan pemuisi dari Bujhara yang catatannya(Al-Risalah) dalam dalam Majmu' Fil Jughrafiyya dimana salah satu pedang dari 8 koleksi pedang milik Nabi Muhammad S.A.W adalah berasal dari Kedah-Tua iaitu pedang Qala'i yang sehingga kini masih dipamerkan di Istana Topkapi di Turki.

Pedang Qala'I digelar "The King of all sword" dan "The sword of the last prophet".Di dunia ada 3 pedang terbaik di dunia berasal dari Hindi, Persia dan Kedah-Tua malah lebih hebat daripada pembuatan pedang dari Damascuss di Syria ketika era Sultan Salahuddin Al-Ayubbi.
"Jika ia diperbuat daripada Qala'I (Kedah-Tua), berhati-hatilah!"
- Al-Jahiz
Antara catatan tentang penerhatian kepada Tamadun sungai batu dan Kedah-Tua yang menjadi kota milik empayar Melayu-Sriwijaya:-
Pada 940 S.M, Abu Dhulaf telah mengunjungi Kedah-Tua dan melakukan pemerhatian pada persekitaran tempat pada kerajaan tersebut:-
"Apabila saya tiba di Kalah(Kedah-Tua),saya dapati ia menjadi tempat yang indah yang dikelilingi oleh tembok-tembok batu yang menjadi bentengnya,taman-taman bunga dan air yang mengalir dari mata air di tanah.Saya melihat lombong timah,yang tidak dapat dibandingkan dengan mana-mana tempat lain di dunia ini..."
Pada 916 S.M, Abu Zaid iaitu Seorang penduduk dari Siraf:-
"Kalah (Kedah-Tua) adalah wilayah di bawah naungan Raja al-Zabaj (Sri Wijaya),yang terletak di antara China dan Arabia.Pelabuhan Kedah menarik kapal-kapal dari Oman dan dari sini kapal-kapal berangkat ke Arab.Kedah adalah pusat perdagangan kayu cendana, kapur barus, kayu aloe,gading,timah, arang,kayu "sepang",pelbagai jenis rempah dan barang-barang lain yang terlalu banyak untuk dihitung... "(Paul Wheatley 1961: 218).
Mas'udi yang menulis pada 943 A.D. pada penghijrahan pedagang Arab dan Iran dari Canton ke Kedah pada tahun 877 A.D adalah seorang musafir muslim yang menulis banyak buku. Dalam bukunya, "Muruj al-Dhahab wal ma'adin al-Jawahar" yang ditulis dalam 943 S.M:-
"...di sekitar Kalah(Kedah-Tua) dan Sribuza (Sri Wijaya) adalah lombong emas dan perak,laluan laut meletakkan Kedah lebih jauh dari beberapa laluan dari Arabia ke China dan kini Kedah adalah pusat tarikan untuk pedagang Muslim dari Siraf dan Oman menaiki kapal China untuk pergi ke China.Laut Kalah(Kedah-Tua) adalah cetek dan sukar untuk berlayar dan terdapat banyak pulau kecil dan selat." (Paul Wheatley, 1961: 218-219).
Bagaimana dengan teknologi pemprosesan besinya? Kategori teknologi kejuruteraan dan perkilangan besi.
Penemuan beratus-ratus "Tuyere" yang ditemui di Tapak Arkeologi Sungai Batu telah membuktikan kepesatan industri besi di Tamadun Kedah-Tua pada zaman kegemilangannya.Teknologi ini memerlukan ilmu kejuruteraan dan perkilangan besi yang sangat tinggi yang dikuasai oleh bangsa melayu sendiri selain pakar maritim di laut yang pernah dijulang menjadi pelayar terkenal di dunia seperti Panglima Awang/"Henrique"(Gelaran bagi bangsa eropah) yang mampu mengelilingi dunia tanpa menggunakan kompas tetapi menggunakan ilmu astronomi(Bulan dan Bintang).
Namun begitu,Teknologi ini kekal misteri apabila "Blueprint" teknologinya lenyap sama sekali seperti bagaimana orang-orang Mesir Purba menghasilkan "Casing Stone" pada piramid yang begitu sempurna seperti dipotong oleh peralatan laser.
Misteri atap genting dan perumahan diperbuat daripada batu? kategori teknologi artikek.
Lebih hebat lagi pengguna atap genting yang dan perumahan berdindingkan batu telah digunakan pada era tamadun melayu ini yang begitu mewah sekali sehingga ia disangkal milik imperialisme/perdaban inggeris milik british yang pernah dijalankan pentarikhan di beberapa makmal termasuklah di Beta Analytic Lab di Amerika Syarikat,Universiti Oxford di Uk,London,Universiti Washington dan Institut Sains Asas Korea menerusi kaedah Radio Karbon dan OSL(Optically Stimulated Luminescense) untuk mendapatkan pengesahan cerita sebenar di sebaliknya dan ia terbukti milik Kedah-Tua selepas melakukan kajian pentarikhan.
__________________________________
Kepada sahabat Tamil-India yang klaim bahawa Tamadun Melayu ini milik Rajendran Chola dari Dinasti Chola yang pernah takhluk tanah jajahan empayar Melayu-Sriwijaya dimana Kedah-Tua/Kadaram di Malaysia menjadi salah satu dari 11 kota milik empayar Melayu-Sriwijaya,ia sememangnya palsu dan tidak benar kerana tiada bukti kukuh bukan hanya rujuk pada wikipedia yang boleh di diubah faktanya atau "edit".Salah satu logik akal mereka adalah kerana ia adalah kerajaan hindu jadi milik india dan paling mustahak mereka mengaku bahawa kerajaan kedah-tua milik tamil dari India supaya diakui etnik india menduduki tanah melayu lebih awal dari bangsa melayu.Kita sudah sedia maklum bahawa bangsa lain menggangap bahawa bangsa melayu hanya tahu bercucuk tanam dan duduk di pedalaman hutan sahaja sejak zaman kesultanan Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan dunia sekaya Venice dan Genoa di Itali sehinggakan tidak percaya tamadun sehebat ini milik bangsa melayu.Ia sememangnya menjadi sentimental dalam lapisan masyarakat melayu.
Melayu itu bangsa pelayar,perdagangan,diplomasi, yang terhebat di dunia sehungga bahasa melayu kini ke-5 terbesar di dunia malah setiap raja eropah mempunyai penterjemah bahasa melayu pada masa silam.Bangsa melayu mampu bina meriam terbesar di dunia seperti " Seri Pattani",pedang terbaik di dunia seperti "Qala'i",Pusat perdagangan terkaya di dunia seperti " Kota Melaka" dan lain-lain lagi.
MAKE MALAY EMPIRE GREAT AGAIN!
Copy and paste: FB Sungai Batu Tamaddun Terawal Asia Tenggara

No comments: