Sunday, 11 March 2018

2018 - SUNWAY COLLEGE JOHOR BAHRU

Saya dan Awareness Team Yayasan Jantung Malaysia bertolak dari Pejabat kami di Kuala Lumpur menuju ke Taman Mount Austin Johor Bahru untuk program pemeriksaan kesihatan di Sunway College Johor Bahru. 
Kami menginap di Hotel Vistaria, Taman Mount Austin, Johor Bahru. 

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Vistaria Hotel di Taman Mount Austin , Johor Bahru adalah sejauh 333 km dan mengambil masa perjalanan 3 jam 30 minit. 



Hotel Vistaria
1 & 3, Jalan Austin Heights 3
Taman Mount Austin
81100 Johor Bahru
Johor
Tel: 07-359 7299




PROGRAM KESEDARAN PENYAKIT JANTUNG
SUNWAY COLLEGE JOHOR BAHRU
11.3. 2018
Program Pemeriksaan Kesihatan berlansung di Sunway College Johor Bahru pada 11 Mac 2018 dari jam 9.00 pagi sehingga jam 4.00 petang. 

Sunway College Johor Bahru terletak hanya dibelakang hotel penginapan kami. 

Sunway College Johor Bahru milik Sunway Education Group ditubuhkan pada tahun 2004. Terletak di Jalan Austin Heights Utama, Taman Mount Austin Johor Bahru.









Selesai program jam  4 petang, kami pulang ke hotel untuk beristirehat. 
Manakala di sebelah malam kami mengambil kesempatan untuk bersiar-siar di Johor Bahru dan singgah makan malam di Kilang Bateri Johor Bahru. 




Kilang Bateri dibuka pada pertengahan 2015 terletak di Kawasan Perindustrian Tampoi, Johor Bahru merupakan bekas tapak Kilang Bateri Eveready dan dari sinilah tempat ini mendapat nama. 
Terdapat pelbagai gerai-gerai dari aksesori dan gadget, pakaian dan juga medan selera. 
Sebenarnya ini adalah kunjungan kedua saya ke Kilang Bateri ini. Kali pertama ialah pada tahun lepas (2017). 
Kedatangan saya untuk kali kedua ini ialah kerana pada kali pertama dulu saya tak dapat makan kacang Pool yang famous di JB ni, sebab ketika itu saya sudah terlalu kenyang. Itulah sebabnya saya mesti juga datang kali kedua ini sebab nak merasa keenakan kacang pooi JB. 


Saya juga berkesempatan untuk bertemu dengan sahabat lama saya yang pernah bersama saya berkhidmat di atas kapal KD Raja Jarom, di Woodlands Singapura pada tahun 1981/82. Beliau ialah Redzuan (tak ingat nama penuh), malah beliau juga satu intake dengan saya dalam TLDM iaitu intake 139/80. Kami sama-sama menjalani latihan di Pusat Latihan TLDM di KD Pelandok, Lumut, Perak pada tahun 1980. 
Selesai makan di Kilang Bateri, sebelum pulang ke hotel, kami mengambil kesempatan untuk bersiar-siar dahulu menikmati keindahan bandar Johor Bahru di waktu malam. 
Johor Bahru sebenarnya tidak asing bagi saya, kerana saya pernah bertugas di Woodlands, Singapura tahun 80'an... dan sering berulang alik ke Johor Bahru dari Singapura. 



Kami pulang ke Kuala Lumpur pada keesokan harinya iaitu pada 12 Mac 2018. 

No comments: