Sunday, 12 November 2017

KEMBARA CHINA 2017 - LIPU RIVER, GUILIN

Sambungan:
11 November 2017- Li River Cruise

Selepas bersarapan pagi, kami dibawa menuju ke sebuah perkampungan yang dinamakan Lipu untuk aktiviti berakit. Perjalanan ke Lipu kita akan melalui beberapa buah perkampungan yang cantik dan pemandangan yang indah dengan gunung-ganang dan bukit-bukit yang menghijau. 
Dalam perjalanan juga kami telah melalui sebuah bukit yang dinamakan Moon Hill. Menurut Alex, kalau dipandang dari arah yang berlainan, Moon Hill ini akan kelihatan seperti bulan penuh dan juga bulan sabit. Alex juga memberitahu untuk naik ke Moon Hill kena mendaki 800 anak tangga. Tapi kami tidak singgah di Moon Hill cuma sekadar lalu sahaja kerana ia tidak termasuk dalam aturcara lawatan kami. 
Dikatakan Presiden Amerika, Bill Clinton pernah mendaki Bukit ini sekadar untuk memastikan bahawa bulatan yang terbentuk seperti bulan itu adalah semulajadi dan bukan buatan manusia. Setelah berada dipuncak bukit itu, baru beliau berpuas hati dan mengakui ia adalah semulajadi. Sambil berjenaka beliau mengatakan beliau cemburu kerana Tuhan telah meletakkan MoonHill ini di Guilin dan bukannya di Amerika...haha....




BAMBOO RAFTING LIPU RIVER
Perjalanan dari hotel kami ke Perkampungan Lipu lebih kurang 125 km dan mengambil masa dan mengambil masa 1 jam 40 minit. 
Perkampungan Lipu telah dipromosikan oleh Kerajaan China sebagai kawasan Bamboo Rafting di Guilin. 

Perkampungan Lipu

Cendawan Gergasi yang dijual di perkampungan Lipu














 
Saya, isteri dan ibu mertua memcuba mendayung rakit, nampak macam senang tapi bila dah cuba baru tahu susahnya mereka mencari rezeki begini. 













  



  

Aktiviti harian penduduk tempatan membasuh baju di Sungai



 PERKAMPUNGAN LIPU, GUILIN, CHINA



CORMORANT FISHING
Sepanjang menyusuri Sungai Lipu, kami dibawa juga untuk melihat kaedah penangkapan ikan secara tradisional di Guilin. Yang uniknya adalah mereka mengangkap ikan dengan menggunakan burung yang dikenali dengan nama Cormorant. 
Burung Cormorant ini telah dilatih untuk menangkap ikan sejak kecil lagi. Leher mereka akan diikat dengan gelang supaya mereka tidak dapat menelan ikan yang ditangkap. Ikan yang ditangkap oleh burung ini akan tersekat dileher burung Cormorant dan tuannya akan mengurut leher burung tersebut untuk mengeluarkan ikan ikan yang ditangkap. Yang menariknya burung ini sangat patuh dengan tuannya. 
Hasil dari kajian para ilmuan, didapati burung ini mampu menyelam ke dasar laut dengan kedalaman 46 meter dan mereka menyelam selama 80 detik. 

Ref: Wikipedia - Cormorant Fishing






BURUNG CORMORANT


Selesai menyusuri Sungai Lipu, kami kembali ke pengkalan untuk meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu Silver Cave di Guilin. 

bersambung......
12 November 2017 - Silver Cave, Guilin










No comments: