Saturday, 11 November 2017

KEMBARA CHINA 2017 - GUILIN & YANGSHOU


Syukur Alhamdullillah saya bersama keluarga (isteri, anak dan ibu mertua) telah berkesempatan untuk bercuti bersama keluarga ke Guilin, YangShou dan Guangzhou pada 11 - 16 November 2017. 
Saya telah memilih percutian ini ketika saya dan isteri hadir ke MATTA Fair 2017 di PWTC, Kuala Lumpur pada awal tahun ini. Kami menempah percutian ini melalui Andalusia Travel and Tours Sdn Bhd



Saya sepatutnya pergi lebih pada bulan Oktober 2017, tetapi oleh kerana saya dan isteri di saat-saat akhir telah terpilih untuk menunaikan fardhu Haji ke Mekah pada musim Haji 1438H, maka saya terpaksa menangguhkan percutian ke China pada bulan November 2017. 

Ini adalah merupakan lawatan saya yang ke 3 ke negara China. Sebelum ini saya telah melawat ke Beijing, Tianmen dan Chengde pada tahun 2001 dan kemudaian ke Suzhou, Hangzhou dan Shanghai pada tahun 2003.

Rujuk:
1. Lawatan ke China 2001 - LAWATAN KE CHINA 2001

2. Lawatan China 2003 - LAWATAN KE CHINA 2003

Kami sekeluarga bertolak ke Guilin, China pada pagi 11 November 2017 menaiki pesawat Air Asia AK 156 dari KLIA 2 pada jam 6.00 pagi. 
Kami telah berada di Lapangan Terbang KLIA 2 seawal jam 1.00 pagi dengan 2 buah teksi. 





 2 anak Bujang saya turut sama dalam percutian kali ini.






LIANGJIANG INTERNATIONAL AIRPORT, GUILIN, CHINA
Kami selamat tiba di LiangJiang International Airport di Guilin, China pada jam 10 pagi. 








Lapangan Terbang Antarabangsa LiangJiang di Guilin terletak di Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, kira-kira 28 km dari pusat Bandar Guilin. Lapangan Terbang ini dibuka pada 1 Oktober 1996. 
Pada tahun 2014, Lapangan Terbang Liangjiang adalah lapangan terbang yang ke 33 paling sibuk di China dengan jumlah penumpang meningkat ke 5,875,327 orang. 

GUILIN, CHINA


Guilin adalah sebuah bandar yang terletak di Utara Guangxi di China. Guilin adalah sebuah bandar yang sangat indah dan cantik dan merupakan antara destinasi pelancongan yang terkenal di China. Keindahan panorama Sungai Li (Li River) di Guilin dapat dilihat dalam cetakan wang kertas 20 Yuen (RMB) di China. 



Li River dicetak di muka belakang matawang RMB20.00 (yuen) China

Guilin adalah bandar yang ke 3 terbesar di Guangxi selepas Nanning dan Liuzhuo. Jumlah penduduknya adalah 800,000 orang. 
Nama "Guilin" bermaksud "Forest of Sweet Osmanthus" , Osmanthus adalah nama sejenis tumbuhan yang  banyak terdapat di bandar ini. 
Daun Osmanthus boleh dibuat teh dan mempunyai dan mempunyai nilai perubatan yang tinggi. 


Osmanthus

Guilin diasaskan pada 214 S.M ketika zaman Dinasti Qin (221 SM -206 SM). Maharaja Qin Shihuang telah membina Terusan Ling yang menjadikan Guilin sebagai pintu masuk antara Central Plains dan Wilayah Lingnan (sekarang Guangdong, Guangxi dan sebahagian Hunan, Jiangxi). 
Ketika pemerintahan Dinasti Song (960-1127M) Guilin menjadi ibukota Wilayah Autonomi Guangxi moden dan Wilayah Hainan.
Guilin menjadi ibu kota Wilayah Guangxi dari zaman Dinasti Ming (1368-1644M) sehingga tahun1912.
Ketika Perang Dunia kedua, Guilin menjadi pengkalan Tentera Udara dimana banyak serangan dilancarkan terhadap tentera Jepun dari Pengkalan ini. 
Pada tahun 1981, Guilin disenaraikan oleh State Council China sebagai salah satu dari 4 bandaraya selain Beijing, Hangzhou dan Suzhou sebagai Tapak Warisan Sejarah dan Budaya. 

Sejarah Guilin bermula seawal abad pertama Sebelum Masihi (SM). Ia diasaskan sebagai sebuah pusat perdagangan di China. Semasa pemerintah Dinasti Ming, sebuah garison ditubuhkan dan Guilin mula berkembang pesat dengan industri perladangan ketika itu. 
Bandar ini telah musnah teruk semasa Perang Dunia kedua. Bagaimanapun selepas perang bandar ini beransur-ansur telah dipulihkan kembali.
Di Guangxi dan Guilin adalah penempatan kepada 12 etnik minoriti di China. 









Sebaik tiba di Lapangan Terbang Liangjiang, Guilin, kami telah disambut oleh Pemandu Pelancong tempatan yang dikenali sebagai Mr. Alex.  Dari Lapangan Terbang kami dibawa untuk makan tengahari di sebuah restoran Muslim di Guilin. 
Restoran tersebut adalah Endian Halal Muslim Restaurant terletak di Haitang 1st Alley, Xiangshan Qu, Guilin Shi, Guangzi, Zhuangzuziqu. 


Pemandu Pelancong kami Mr. Alex memberi taklimat lawatan












Sejak dulu lagi ketika pertama kali menjejakkan kaki di Bumi China pada tahun 2001 di Beijing, saya amat menggemari masakan China Muslim. Masyarakat China di sini mereka makan tidak banyak makan nasi, menu mereka lebih banyak lauk dari nasi. Sup adalah menu paling utama di China. Jadi di China ini kita terpaksa mengikut selera orang di sini... kalau di Malaysia kita lebih banyak makan nasi, tapi di sini , kita kena ubah pula, lebih banyak meratah lauk dari nasi.  Bagaimanapun makanan di sini memang enak, cuma kurang pedas. 

Endian Halal Restaurant ini terletak di Haitang 1st Alley,Xiangshan Qu, Guilin Shi, Guangxi. Sekali imbas kita mungkin menyangka ini restoran India Muslim,sebenarnya ialah adalah restoran yang diusahakan oleh penduduk tempatan.
Menghidangkan makanan ala Cina seperti sup dan pelbagai jenis sayur-sayuran goreng, di sini turut disediakan menu ikan siakap tiga rasa yang rasanya sama seperti di Malaysia.
Jadi jangan bimbang mengenai makanan di Guilin kerana selera orang Malaysia masih boleh menerima hidangan makanan di sini.
Waktu makan malam, kami dibawa pula ke sebuah lagi restoran China Muslim di Bandar Guilin, saya tidak ingat nama restoran itu, tapi menunya boleh tahan juga dan enak. 

Disini kami makan malam selepas melawat ke beberapa destinasi pelancongan di YangShuo. 

MASJID CHONG SHAN, GUILIN
Selepas makan tengahari kami di bawa ke masjid Chong Shan untuk solat Jamak Zohor dan Asar. Masjid ini terletak di sebelah restoran Endian iaitu di Chongshan Road. 

















Bandar di hadapan Masjid ChongShan

Masjid Chong Shan dibina pada tahun 1735, tahun ke 13 pemerintah Maharaja Yongzheng. Masjid ini telah diperbesarkan pada tahun 1849 dizaman pemerintahan Maharaja Jianqing, manakala pembaikpulihan masjid ini dibuat pada zaman Maharaja Daoguang (1821-1850) dan juga selepas pembentuk Republik Rakyat China (1912-1949). 
Pada masa kini, Masjid ini meliputi kawasan seluas 2000 meter persegi. 

ISLAM DI CHINA
Agama Islam dikatakan mula bertapak di China seawal tahun pertama Hijrah iaitu pada zaman Pemerintahan Dinasti Tang (618-907M). Maharaja China mengikut rekod pada ketika itu ialah Maharaja Gao Zong (Yung Wei) . 
Para pedagang Arab sampai di Guangzhou dan mendirikan penempatan di salah sebuah pelabuhan terbesar di China.
Mengikut Ahli Sejarah juga, salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w iaitu Saad bin Abi Waqqas (salah seorang dari 10 orang yang dijamin syurga oleh Nabi s.a.w.), telah dihantar ke China untuk mengembangkan Islam. Maharaja Yung Wei telah menyambut baik kedatangan rombongan Islam di China. Mereka telah diberi layanan yang baik dan diberi kebebasan untuk berdakwah di China. Malah masjid yang pertama di China di dirikan oleh Saad bin Abi Waqqas di daerah Guangzhou iaitu Masjid Huaisheng
Di China sekarang dianggarkan terdapat lebih kurang 42,00buah masjid. 


Masjid Huaisheng di Guangzhou, China

Terdapat banyak versi sejarah mengenai sejarah awal Islam di China. Antaranya :
1. Islam disebarkan oleh Hamzah bin Hamzah iaitu anak kepada Hamzah bin Abdul Mutalib. 
2. Menurut Ibrahim ma, seorang tokoh sejarah tempatan, melaporkan pendakwah Islam yang pertama datang ke China ialah Saad bin Lubayd yang tiba di Canton pada 630M. 

Islam terus berkembang di China dari zaman Dinasti Tang sehinggalah Negara China menjadi sebuah negara republik pada tahun 1912. 
Islam di China  pernah melalui zaman kegemilangannya semasa pemerintahan Dinasti Tang, Dinasti Song dan Dinasti Ming. Islam di China juga pernah mengalami zaman kegelapan di bawah beberapa dinasti seperti Dinasti Yuan, Dinasti Qing dan selepas pembentukan Republik Rakyat China, namun itu tidak menghalang Islam terus subur di China walaupun umat Islam di China pernah di halang, ditindas  dan malah ada yang diseksa dan dibunuh supaya meninggalkan ajaran Islam, namun Islam tidak pernah pudar malah semakin subur di China. 
Dalam buku "Sejarah Islam di China" Jing Chee Tang telah mengemukakan bukti yang jelas menunjukkan bahawa Maharaja Zhū Yuánzhāng, pengasas Kerajaan Dinasti Ming ialah seorang yang beragama Islam. Ibrahim T.Y. Ma juga telah membuktikan perkara yang sama. 
Sejarah Islam di China juga telah melahirkan beberapa tokoh-tokoh Islam yang terkemuka. Salah seorang tokoh Islam China yang cukup terkenal di seluruh dunia ialah Laksamana Cheng Ho (1371-1433) atau Zheng He atau Muhammad Ma Ho. Beliau yang hidup di zaman Dinasti Ming semasa pemerintahan Maharaja YongLe. Beliau telah mengetuai ekspedisi Pengembaraan dan memimpin armada China sebanyak 7 kali ke 30 buah negara diserata alam Melayu, Asia Selatan, Timur Tengah dan juga benua Afrika hampir satu abad sebelum Christopher Columbus tiba di Amerika. 


Ma Hajji, Pegawai Kerajaan Dinasti Yuan (keturunan Sayyid Aijal Sham al-Din Omar) bersama anaknya Ma He (Laksamana Cheng Ho).

Di Negara China terdapat sekurang-kurangnya 10 etnik minoriti Islam. 

  1. Yang terbesar sekali ialah etnik Hui yang ditemui diseluruh Negara China. Perangkaan yang dikeluarkan oleh Kerajaan China, komuniti Islam Hui berjumlah lebih kurang 10 juta orang. 
  2. Etnik Uyghur yang mendiami wilayah Xinjiang.Jumlah mereka lebih kurang 8.4 juta orang. 
  3. Etnik Kazakh pula berasal dari Kazakhstan dan jumlah mereka lebih kurang 1.25 juta orang. 
  4. Etnik Dongxiang yang mendiami wilayah Gansu dan Xinjiang. Jumlah mereka lebih kurang 514,000 orang. 
  5. Etnik Kyrgyz yang mendiami wilayah Xinjiang dan Heilonjiang berjumlah lebih kurang 144,000 orang.
  6. Etnik Uzbeks berasal dari Uzbekistan dan Afghanistan, jumlah mereka lebih kurang 125,000 orang. 
  7. Etnik Salar ditemui di Qinghai dan Gansu, mereka adalah orang Turki yang berhijrah ke China dizaman Dinasti Ming. Jumlah mereka ialah 105,000 orang. 
  8. Etnik Tajik menetap di wilayah Xinjiang, mereka mempunyai salasilah keturunan Parsi (Iran) dan majoriti mereka berfahaman Syiah. Jumlah mereka ialah 41,000 orang.
  9. Etnik Bao'an yang menetap di wilayah Gansu dan Qinghai. Jumlah mereka 17,000 orang. 
  10. Etnik Tatar merupakan etnik Islam yang terkecil jumlah tinggal di wilayah Xinjiang. Jumlah mereka hanya 5,000 orang. Kebudayaan etnik ini lebih dekat dengan kebudayaan masyarakat Eropah Timur. 



Sumber:
2. Sejarah Keislaman Dinasti Ming
3. Salam Sejarah
4. Islam in China - Wikipedia
5. Ma Ibrahim T.Y. "Perkembangan Islam di China", Bulan Bintang Jakarta, 1979
6. Pelayaran Cheng Ho - Ustaz Ann Wan Seng
7. Rahsia Islam di China, Gemilang di Sebalik Tembok Besar - Ustaz Ann Wan Seng.
8. Mencari Islam di China - Ustaz Ann Wan Seng
9. History of Islam in China - Wikipedia
    
3 buah buku tulisan Ustaz Ann Wan Seng yang saya miliki sebagai bahan rujukan.


Selepas makan tengahari dan solat Jamak Zohor dan Asar, kami dibawa ke sebuah kawasan perkampungan di YangShuo, Guilin untuk menaiki bot menyusuri Sungai Li yang terkenal di Guilin. 

Seterusnya:
11 November 2017 - Li River Cruise 









3 comments:

TIARA TOURS said...

HORAS … !!! JOM KE MEDAN … !!! JOM KE DANAU TOBA … !!!
SALAM KENAL TUAN AND PUAN . MINTA IZIN NAK IKUT PROMOTE KAT BLOG TUAN / PUAN

PERKENALALKAN KAMI DARI AGENCY PELANCONGAN TIARA TOURS INDONESIA. KAMI ADALAH AGENCY PELANCONGAN YANG BER LICENSED DAN PROFESSIONAL. KAMI MENAWARKAN PAKEJ – PAKEJ MELAWAT MURAH KE MEDAN, DANAU TOBA, BERASTAGI DAN TEMPAT – TEMPAT SHOPPING MURAH DI BANDAR MEDAN, DAN PAKEJ LAWATAN LAINNYA KE PADANG, BUKIT TINGGI, BANDA ACEH, PULAU SABANG, JAKARTA , BANDUNG, JOGYAKARTA , BALI, LOMBOK, MAKASAR, BUNAKEN, MENADO, TORAJA.

PAKEJ KAMI DESIGN SANGAT MENARIK, HEMAT DENGAN LAYANAN BEST, PASAL PERHIKMATAN KAMI DISOKONG BEBERAPA UNIT KERETA BARU DAN BUS PERSIARAN.

DISINI KAMI BAGIKAN PAKEJ MELAWAT KE MEDAN DAN KE DANAU TOBA, PROGRAM 04 HARI / 03 MALAM ( FULL SERVICE ) TAK ADA EXTRA BAYAR.
TAK ADA TIPU – TIPU !!!
HARGA PAKEJ HANYA 380 ( MINIMAL 10 ORANG)

ITINERAY :

DAY 1 : ARRIVAL – SIANTAR – PARAPAT
ARRIVAL AT KUALANAMU INTERNATIONAL AIRPORT. AFTER CUSTOMS CLEARANCE, MEET OUR TOUR GUIDE/DRIVER WHO WILL TAKE YOU TO START THE TOURS BY USING TOURIST COACH OR VAN. TRANSFER TO THE RESTAURANT FOR YOUR LUNCH. DEPART TO PARAPAT ALONG THE ROAD WHICH OFFERS THE ENDLESS VIEW OF RUBBER AND OIL PALMS PLANTATIONS THROUGH THE JOURNEY. STOP SHOULD BE MADE AT PEMATANG SIANTAR FOR SHOPPING OF LOCAL PRODUCT SUCH AS KACANG TUMBUK “TING TING, TENG TENG”, OTHER SNACKS ETC. ARRIVED IN PARAPAT THEN CHECK IN TO HOTEL. THE REST OF THE DAY IS FREE ON YOUR OWN LEISURE. DINNER WILL AT RESTAURANT

DAY 2 : SAMOSIR ISLAND – BERASTAGI
BREAKFAST AT HOTEL. BY BOAT / FERRY VISIT TOMOK VILLAGE, TO SEE THE TOMBS OF THE KING OMPU SIDABUTAR & SHOPPING PLACE. AMBARITA VILLAGE, TO SEE THE TRADITIONAL BATAK VILLAGE WITH ANCIENT MEGALITHIC FURNITURES. RETURN TO PARAPAT FOR LUNCH AT LOCAL RESTAURANT. AFTERWARDS PROCEED TO BERASTAGI–A MOUNTAINS RESORT WITH IT’S REFRESHING WEATHER AND MAGNIFICENT MOUNTAINS SCENERY WHICH HAS AN ABUNDANCE OF FLOWERS, VEGETABLES AND FRUITS. EN-ROUTE STOPS AT PANORAMA SIMARJARUNJUNG , SIPISO-PISO WATERFALL. ARRIVED IN BRASTAGI THEN TO VISIT THE CENTRAL FRUITS MARKET (SHOPPING PLACE). AFTERNOON CHECK IN TO HOTEL. DINNER WIL BE SERVED IN RESTAURANT.

DAY 3 : BERASTAGI – MEDAN
AFTER BREAKFAST. PROCEED FOR TWO HOURS DOWN THE HILL TO MEDAN. VISIT LUMBINI PARK. ARRIVAL IN MEDAN CITY SIGHT SEEING TO VISIT A SEVERAL INTEREST SUCH AS THE MAIMOON PALACE, AL-MATSHUN GRAND MOSQUE. LUNCH AT THE LOCAL RESTAURANT, AND THEN PROCEED TO THE SHOPPING AREAS AS FOLLOW DANAR HADI BATIK EMPERIUM AND OTHERS WHOLE BATIK SELLERS IN MEDAN, INCLUDING TO PASAR IKAN MARKET AND MALLS. CHECK IN TO HOTEL FOR ACCOMMODATION. DINNER AT RESTAURANT.

DAY 4 : HOTEL – AIRPOR
AFTER BREAKFAST AT HOTEL. FREE PROGRAM UNTIL TIME TRANSFER TO THE AIRPORT FOR YOUR FLIGHT HOME.

SERVICES TERMASUK :
1. TRANSPORT
2. PEMANDU PELANCONGAN
3. HOTEL 3 BINTANG
4. BREAKFAST 3X
5. MAKAN TENGAH HARI 3X
6. DINNER 3X
7. SEWA KAPAN KE SAMOSIR ISLAND
8. KARCIS / TIKET MASUK KE TEMPAT MENARIK
9. MINERAL WATER

BILA NAK MELAWAT KE MEDAN, SILA HUBUNGI DAN TEMPAH PAKEJ DI :
TIARA TOURS INDONESIA
JLN. PANGLIMA DENAI NO. 76 MEDAN, 20227
LICENSED : 503/508.SK/IUP/BPW/MM/2011
TEL/FAX : +6261 - 733 59 765
EMAIL : TIARATOURSINDONESIA@GMAIL.COM.
HP / WA +6281383535091
HP / WA +6285358982828
HP / WA +6285762820068

TERSEDIA LAYANAN SEWA KERETA DAN BUS PERSIARAN
TOYOTA AVANZA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
SUZUKI ERITGA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
INOVA REBORN (05 ORANG ) MYR 175 / HARI
ISUZU ELF (11 ORANG ) MYR 235 / HARI
TOYOTA HIACE (11 ORANG ) MYR 320 / HARI
MEDIUM BUS ( 27 ORANG ) MYR 500 / HARI

NOTE :
HARGA SEWA KERETA SUDAH TERMASUK : DRIVER AND PATROL


Unknown said...

Rm380 untuk seorang ya

TIARA TOURS said...

MYR 380 / ORANG ( UNTUK HARGA 10 ORANG )
HARGA TERMASUK :
1 MALAM DI PARAPAT
1 MALAM DI BERASTAGI
1 MALAM DI MEDAN
TRANSPORT SELAMA 04 HARI ( MASA LAWATAN SESUAI PROGRAM )
DRIVER AS GUIDE
BREAKFAST 3X
MAKAN TENGAH HARI 3X
MAKAN MALAM 3 X
TIKET BOAT MELAWAT KE SAMOSIR ISLAND
TIKET MASUK KE TEMPAT – TEMPAT MENARIK SESUAI PROGRAM
PARKIR AND HIGH WAY