Monday, 13 November 2017

KEMBARA CHINA 2017 - CHINESE TEA & JADE GUILIN

Sambungan:
13/11/2017 - Elephant Trunk Hill & Fubo Hill

Daripada Fuboshan Park, kami meneruskan perjalanan kami menuju kesebuah kedai memproses Teh China yang saya tidak ingat dimana lokasinya. 












Orang China memang gemar minum teh, mereka akan menjamu tetamu-tetamu yang datang dengan teh. Teh adalah keperluan dalam kehidupan harian orang China. 
Ada beberapa jenis teh China, antaranya ialah teh hijau, teh merah, teh Oulong, teh bunga, teh tuo (teh yang telah dimampatkan menjadi seperti bentuk mangkuk) dan lain-lain. 
Teh di China bermanfaat dalam membantu penghadaman dan mencegah beberapa penyakit. 

Selesai lawatan di sini kami dibawa makan tengahari di Endian Halal Restaurant di Chong Shan Lu, Guilin.









Selepas makan tengahari kami singgah pula ke kedai Jade, lokasinya pun saya terlupa nak catit. 







Selesai lawatan kami kembali ke hotel untuk berehat kerana malam ini ada satu lagi aturcara terakhir kami di Guilin, kerana esok (14.11.2017) kami akan berangkat ke Guangzhou. 







Setelah berehat seketika di hotel, kami berjalan kaki untuk makan di sebuah restoran Muslim yang terletak tidak jauh dari hotel kami iaitu di Zhengyang Pedestrian Street..  Malam ini tercapai hasrat saya nak merasa makan mee tarik di China, kalau kat KL dah biasa dengan mee tarik ni, tapi saya nak juga merasa yang originalnya di Negara China. 





























ZHENGYANG PEDESTRIAN STREET
Selepas makan malam, kami terus berjalan kaki menuju ke Zhengyang Pedestrian Street, kerana malam ini ada pertunjukan Akrobatik China di dalam kawasan ini. Memandangkan pertunjukan Guilin Mirage Show bermula jam 7.30 malam, maka kami dibawa bersiar-siar disekitar Zhengyang Pedestrian Street. 
Disepanjang jalan ini terdapat kedai-kedai yang menjual pelbagai barang-barangan dari yang moden hinggalah barangan tradisional. 


 Zhengyang Pedestrian Street tidak jauh dari Hotel Penginapan kami di Universal Hotel



MIRAGE GUILIN SHOW
Mirage Guilin Show adalah persembahan Akrobatik bermuzik. Akrobatik memang polular di China, malah lawatan saya sebelum ini di China iaitu di Beijing, Tianmen, Chengde, Shanghai, Hangzhou dan Suzhou , pertunjukan akrobatik adalah suatu kemestian. 





Persembahan yang paling hebat dan mengerikan ialah pertunjukkan stunt bermotosikal apabila pada mula hanya sebuah motosikal berpusing-pusing dalam globe sfera, kemudian diikuti satu persatu lagi motosikal hingga akhirnya menjadi 5 motosikal berpusing disalam sfera itu. Lebih mengkagumkan lagi salah seorang dari 5 penunggang motosikal itu adalah wanita.... Pemandu Pelancong kami Mr. Alex memberitahu saya bahawa wanita itu adalah stuntwoman paling hebat di China suatu ketika dahulu dan telah merantau ke seluruh dunia bersama pasukannya membuat persembahan. Kini beliau hanya membuat persembahan di treater ini sahaja kerana faktor usia. 



Berakhir persembahan kami terus pulang ke hotel masing-masing, namun biasalah dalam perjalanan balik ke hotel pasti akan lalu lagi di Pedestrian street tadi.... orang perempuan kalau tak singgah tak sah... kalau tak singgah bukan perempuan namanya...hehe... so terpaksalah aku tunggu isteri dan emak mertua ku meninjau-ninjau kedai-kedai baju, kasut, bag tangan dsb...

Balik ke hotel kami kena berehat kerana esoknya (14/11/2017) kami akan menaiki keretapi berkuasa tinggi (High speed Train) untuk ke Guangzhou. Jadi malam ini adalah malam terakhir kami di Guilin... walaupun hanya beberapa hari di Guilin, namun Guilin banyak meninggalkan kenangan manis bagi kami di sini... kerana pemandangannya yang sangat indah dan cantik...terus terang saya katakan... saya dah banyak pergi ke beberapa daerah di China antaranya Beijing, Tianmen, Chengdu, Shanghai, Hangzhou dan Suzhou. Bagi saya Guilin paling cantik dengan pemandangan yang indah ... begitulah cantiknya Alam yang Allah s.w.t ciptakan untuk bumi Guilin ini...

Sambungan:
14/11/2017- GUILIN KE GUANGZHOU

1 comment:

stenote said...

Blog yang menarik, mengingatkan saya akan Pertunjukan Liu Sanjie di sungai Yangshuo, disutradarai oleh sutradara terkenal Zhang Yi Mou. Pertunjukan ini adalah pertunjukan udara terbuka di latar belakangi pegunungan dan sungai alamiah di Yangshuo, sebuah kecamatan di ujung tour sungai Li dari Guilin, Tiongkok.
Saya mencoba menulis blog tentang Liu Sanjie, semoga anda juga suka: di http://stenote-berkata.blogspot.hk/2017/12/teater-liu-sanjie-di-yangshuo.html