Monday, 29 May 2017

MINYAK CAP KAPAK BERUSIA 80 TAHUN


PENGASAS minyak angin Cap Kapak, Leung Yun Chee berhijrah dari China ke Singapura pada 1928 dalam usaha untuk mengubah hidupnya

Ketika tiba di Singapura, dia bertemu dengan pakar perubatan Jerman, Dr Schmeidler yang berkongsi dengannya resipi minyak ubatan yang mampu merawat pelbagai jenis penyakit

Mendapat ilham dan inspirasi, dia terus memulakan penghasilan produk dan daripada situlah jenama Minyak Cap Kapak dilahirkan

Pun begitu, ketika awal perniagaannya, jenama itu masih tidak dikenali ramai pada awal 1930-an. Yun Chee terpaksa berhadapan dengan persaingan yang kuat daripada jenama China dan Hong Kong

Dengan semangat yang tinggi, Yun Chee nekad memasarkan produk dengan agresif. Dia mula mencipta logo bersama-sama dengan pasukan ilustrasi dan pereka grafik, yang mana kini telah menjadi antara logo ikonik bagi jenama itu

Bukan itu sahaja, Yun Chee turut mengedarkan risalah di seluruh Singapura dan membuahkan hasil dengan mencatatkan jualan yang tinggi

Namun, pada 1937 hingga 1945 ketika perang tercetus di seluruh dunia, banyak perniagaan berjuang untuk terus hidup. Banyak jenama yang tutup kerana tidak mampu bertahan

Tetapi berlainan pula dengan Yun Chee, dia menganggap perang itu merupakan peluang untuk berkembang. Jenama itu terus bersaing dengan jenama luar dan hasilnya, Minyak Cap Kapak menjadi jenama yang dikenali, sekali gus menjadi pemimpin dalam segmen itu sehingga hari ini

Pada 1950 hingga 1970, syarikat itu terus mengorak langkah dengan mengembangkan perniagaan sehingga ke Asia

Antara negara pertama yang diterokai adalah Arab Saudi selepas ia telah diguna pakai oleh jemaah ketika menunaikan haji

Pada 1971, Yun Chee telah meninggal dunia dan anaknya, Leong Heng Keng telah mengambil alih tugasnya dengan mengembangkan perniagaan

Adiknya Leong Mun Sum turut menyertai syarikat sebagai Pengarah Urusan pada 1986

Hari ini, dengan lima kilang bertaraf Amalan Pengilangan Baik (GMP), Minyak Cap Kapak bangga menjadi peneraju jenama bagi minyak perubatan di Asia.


Sumber:

No comments: